Bismillah
Untuk yang nak berkenalan dengan aku;
Nama aku Dhiya, a working mom.
A working mom yang selalu berangan nak jadi working at home mom (WAHM).
A working mom yang selalu sayu angkat anak yang masih tidur dan tinggalkan anak kepada pengasuh
A working mom yang bangun awal pagi untuk siapkan makanan sihat no salt no sugar untuk anak semasa di rumah pengasuh
A working mom yang sentiasa berfikir semua yang terbaik untuk anak
Begitu juga a stay at home mom.
Tak ada beza.
Dulu sebelum aku ada Nuha, aku tak kisah sangat hal ni. Tapi sekarang aku mula faham. Aku pilih untuk berdamai dengan mana-mana pilihan atau ketetapan hidup - samada ibu itu bekerja di pejabat atau berada di rumah (kerana berada di rumah pun bukan goyang kaki, tetap bekerja)
Kalau nak dengar mulut orang, kau akan sakit hati.
Working mom abaikan anak. Selfish. Anak tak terurus. Rumah bersepah. Asyik makan kedai.
Stay at home mom takde wawasan. Belajar tinggi tapi duduk rumah. Kesian suami kena kerja tanggung keluarga sendirian.
To me, both moms are fighters. Penatnya sama, struggle nya sama. Sayunya sama. Working mom mungkin kurang dari segi masa dengan keluarga, tapi sama berjuang dengan suami untuk membangunkan ekonomi keluarga. Stay at home mom mungkin tidak berpakaian formal untuk ke pejabat. Tapi dia berjuang di rumah membesarkan anak depan mata. Kurang di A, lebih di B.
Fair enough, kan?
Aku working mom- Selalu berangan nak ada di rumah untuk anak. Nak memasak untuk dia, nak mandikan dia, nak pakaikan baju dan sikat rambut dia. Tapi aku mungkin lupa ada stay at home yang meronta-ronta nak pergi kerja kerana rasa bersalah menjadi 'liabiliti' kepada suami dan dianggap 'duduk saja' di rumah.
Betullah, kita memang tak pernah bersyukur menjadi diri kita. Kekurangan itu memang ada. Tapi kenapa kita tak pandang kelebihan dan kekuatan yang menjadi sebahagiannya. Selagi kita tengok apa yang orang lain ada, selagi itulah kita tak Nampak apa yang kita ada.
Sekarang aku optimis je. Aku bekerja dan aku kena top-up kelemahan aku. Tanpa ada pilihan, kadang-kadang aku korbankan je masa tidur aku untuk me time aku, untuk keperluan anak dan suami aku. It's okay. Aku enjoy je especially kalau overtime tu malam minggu. Sunyi dan tenang je. Alhamdulillah. At least Allah bagi aku masa despite of kesibukan kerja.
Insya Allah in ten years, aku nak jadi working at home mom. Tetap. Masih. Dengan cita-cita itu.
I am a working mom. So what?
I am a happy working mom.
Dhiya
Saya sama macam sis... Saya bekerja dan ada seorang anak..saya pjj dengan suami.. Mengajar di daerah berlainan... Tapi sekarang saya tambah kerja saya dengan buat bisnes online dan bantu banyak suri rumah yang
ReplyDeleteSis boleh cuba buat bisnes dari rumah💖
ReplyDeleteSaya sama macam sis... Saya bekerja dan ada seorang anak..saya pjj dengan suami.. Mengajar di daerah berlainan... Tapi sekarang saya tambah kerja saya dengan buat bisnes online dan bantu banyak suri rumah yang Perlu pendapatan lebih... Mungkin sis boleh cuba..
ReplyDeleteHi. No worries. saya happy dgn profession saya skrg. ada juga berhobi menjahit, attend class and socialize with people with same idealogy with me. my doter is growing up and now befriend with me.
Delete