Bismillah
It's a Y2020 upgrading story again!
Kali ni aku nak cerita pasal carseat baru Nuha pulak. Actually aku memang dah lama rancang nak beli carseat baru sebab all this while, Nuha hanya bergantung pada baby carrier je. Kadang-kadang kalau aku kena drive sendiri, dia boleh bukak harness tu dan berdiri. Amak is ngeri! Lagipun baby carrier tu memang dah tak sesuai dengan saiz dia yang makin debab dan panjang tu.
Lagi pulak dengan penetapan undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak tahun ni kan, lagilah aku nak cepat-cepat belikan carseat baru.
Masa beli Tavo dulu, aku dah jumpa 2 model carseat idaman aku both jenama Joie. Tapi aku hold dulu. Hold punya hold, bila aku check balik dengan kedai tu - All sold out. Ok sila gelakkan aku.
Aku memang insist nak beli kat kedai tu sebab masa beli Tavo dulu aku dapat voucher. Dapatla juga berjimat kan.
Aku try survey-survey balik dan berkenan pulak dengan review Koopers. Koopers ada beberapa model carseat tapi aku berkenan dengan Lucafix ni. Masa aku check dengan kedai tu, ada satu je tinggal. Satu yang baru dalam kotak dan satu lagi yang display. Tanpa fikir panjang, aku book terus!
Petang tu jugak, aku ajak suami aku terus pecut ke kedai baby tu. Datang-datang je, perkenalkan diri dan terus dia tunjuk kotak carseat siap dah ada nama aku. Hekhekhek!
Sebelum tu kami test drive (betul ke term ni?) jugaklah carseat tu sekejap. Aku tengok Nuha macam syiok je duduk dalam tu. Diam je tak menangis.
Tanpa berlengah, terus buat bayaran dan yang paling best staff dia tolong pasangkan carseat tu terus kat dalam kereta kita.
1. Approved by standard. ECE R44/04. Maksudnya memang follow standard. Bukan copycat, inspired ke copy ori ke apa. No.
2. ISOFIX dengan top-tether. Ni kena cek kereta korang ada Isofix system ke tak. Isofix carseat akan lebih stabil. Kalau bukan Isofix, carseat korang biasanya diikan guna tali pinggang keselamatan kereta macam yang kita pakai tu je. Top-tether tu pulak macam second harness kepada Isofix tu.
3. Beli satu carseat ni je, boleh guna dari baby sampai 12 tahun. Jimat kan? Sebabnya Lucafix ni memang untuk 0-36 kg (0-18 kg, rearward-facing and 9-36 kg, forward facing). Untuk Nuha, aku remove padding kepala dan back-padding untuk kegunaan baby sebab dia dah setahun lebih.
4. Five-point harness system with auto adjustment. Senang je nak pasang. Tak payah terkial-kial nak adjust tali bahu tu sangat. Nak bukak kena struggle sikit demi keselamatan. Sebab kalau senang bukak, jawabnya anak kau boleh berdiri kat luar carseat tak sampai sejam~
5. 6-years warranty dan kalau kata berlaku kemalangan, it's 1-to-1 exchange. Maksudnya kalau carseat rosak sebab kemalangan, kita boleh exchange dengan yang baru.
6. Paling best, Lucafix ni boleh berpusing 360 darjah dengan hanya detach je top-tether, tak perlu nak cabut the whole chunk of the carseat. Katakanlah anak kau tengah forward facing dan tiba-tiba dia berak; detach je top-tether dan pusingkan je carseat to menghadap kau yang duduk kat sebelah dan tukar pampers jadi senang! Nak makan ke nak bagi susu ke nak bagi jajan ke nak tepuk-tepuk ke senang. Boleh pusing je carseat tu. Korang faham ke aku explain ni~? Nah tengok video:
Again untuk parents out there yang tengah study pasal carseat- Aku harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak membantu dalam pertimbangan korang. Semoga dipertemukan dengan carseat yang sesuai ya.
Paling penting, jangan ikut-ikut orang. Jangan tengok Instafamous pakai brand apa. Beli ikut features yang diperlukan, tengok bajet sendiri dan paling penting- utamakan keselesaan dan keselamatan anak.
FYI, Tavo dan Lucafix ni aku beli kat The Baby Store, Indah Alam Condominium Shot Lot, Shah Alam. Boleh cek IG mereka. Tapi aku terus 'serang' kedai sebab cepat. Layanan pekerja kedai ni pun bagus sangat-sangat!
Alhamdulillah pencarian kami rasanya (rasanya) dah selesai. Both cars now dah ada carseat dan stroller masing-masing. Bukan nak menunjuk ke apa, tapi memang perlu. Ada masa aku outstation dan suami aku kena handle Nuha sendiri. Ada masa dia yang outstation (selalnya memang dia la yang outstation) dan aku akan handle Nuha sendiri. Fair enough, kan? Sebab tu kami kena ada dua set. Tapi kami tak nyesal sebab esok lusa boleh je guna untuk adik-adik Nuha kan~ (adik-adik?) Hmmm..
Insya Allah kita dah berusaha, moga Allah lindungi kita. Amin
Dhiya
wow
ReplyDelete