Amak Nuha Dah Tak Memasak Ke?


Bismillah

Ada ni
Adaaaaa

To answer the question; Yes aku masih je memasak untuk Nuha tapi disebabkan kekangan masa dengan komitmen lain, aku tak sempat laahai nak up semua benda kat blog. Lagipun, one of the good things is; Nuha dah makan family food tapi masih no salt no sugar. So apa yang kami makan adalah apa yang Nuha makan. So takde lah semua benda aku nak cerita dah kan. Hhahaha!
Untuk yang tanya why amak Nuha sangat beria (read:mengada, bajet bagus) tentang apa yang Nuha makan; I tell you why.
Anak anak bawah usia 2 tahun selalunya organ mereka (especially kidney) belum cukup matang untuk melakukan fungsinya. Disebabkan itulah, kita tidak boleh membebankan buah pinggang mereka dengan bahan makanan bergula dan bergaram kerana bahan ini adalah 'berat' kepada buah pinggang anak. Real food is good. So berilah real food okay! Dan sebab tulah juga kenapa anak-anak tak digalakkan makan makanan rapu, air dalam botol, processed food dan macam macam lagi.
So please jangan kecam-kecam aku cakap aku beria, bajet bagus, overprotective and whatsoever. I just be responsible to my loved one~

Insya Allah lepas dua tahun, kami akan slowly introduced her wider variety of food. Yang pedas sikit, yang ada rasa sikit. But still, no junk food~! Aku rela buat semua home-made kalau nak chicken nugget ke, fries ke apa because I love my children. 
Yea kita dulu kecik-kecik makan nasi dengan kicap, jadi je manusia kan. Well this is a very typical excuse yang aku selalu dengar. Tapi aku just buat tak dengar sambal dalam hati berkata; Kau nak bagi anak kau makan kicap, go on. Jangan libatkan anak aku.

Insya Allah Y2020 is a better and growing year for everyone of us. Aku akan terus positif dalam kehidupan dan akan tolak semua negativity jauh dari hidup aku. Cuma syaratnya satu je lah; orang luar jangan kacau dan masuk campur dalam urusan kehidupan aku sekeluarga. Simple je rule dia. 
Aku juga akan cuba untuk menulis dengan lebih konsisten. Kalau bukan utntuk orang lain, yes ianya untuk aku.

So welcome to Y2020 dan semoga kita terus berjaya!

Dhiya
Chef amak

1 comment