Nuha Food Journey: Sagu Gula Melaka (Versi Nuha)


Bismillah

Hah Nuha makan sagu gula melaka? Gula? Sugar?

Eh tak tak tak.
Jangan la gelabah sangat k.

Aku lama tak menulis so bagi can la buat gempaq sikit. Btw, aku memang memasak je tapi aku sangat busy dengan hal kerja di awal tahun sampaikan tak sempat nak update apa-apa kat blog. Maafkan aku ok~

So this time round aku macam ada masa senggang sikit untuk aku up kan antara menu terbaru Nuha iaitu sagu gula melaka versi Nuha means no sugar no salt.
Ni first sagu gula melaka Nuha. Plain je sebab aku blend susu dengan madu je. Actually korang boleh put colors kepada sagu tu- macam puree buah naga. Tapi since ni first trial aku, aku buat basic je.
Cara dia simple je. Jom follow; 


Bahan-bahan


1. Sagu putih
2. Air secukupnya
3. Daun pandan
4. Susu full cream
5. Kurma / madu

Cara-cara

1. Basuh sagu, rendam sekejap sambil didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sagu tadi. Masak sampai mata sagu tu hilang. Part masak sagu ni pada aku kritikal sikit sebab kau tak boleh tinggal periuk tu (nanti hangit) dan kena selalu kacau. Kalau kering, kena tambah air. Tak ada sukatan spesifik tau. Pendek kata kena sabar macam buat bubur sum sum juga.
2. Bila dah masak, sejukkan sekejap sebelum masukkan ke dalam bekas untuk sekali makan.
3. Untuk kuah, depends pada korang.
4. Boleh blend susu full cream + madu / kurma
5. Boleh blend susu full cream + madu / pisang
6. Boleh tuang susu full cream + dragon fruit dadu

Makan sejuk-sejuk. Hah.
Bahagia anak beranak~

Mommies, cubalah ye. Kalau tak faham, boleh tanya kat komen. Aku sedia membantu.

Dhiya

1 comment