I am a Working Mom. So, What?


Bismillah

Untuk yang nak berkenalan dengan aku;

Nama aku Dhiya, a working mom.
A working mom yang selalu berangan nak jadi working at home mom (WAHM).
A working mom yang selalu sayu angkat anak yang masih tidur dan tinggalkan anak kepada pengasuh
A working mom yang bangun awal pagi untuk siapkan makanan sihat no salt no sugar untuk anak semasa di rumah pengasuh
A working mom yang sentiasa berfikir semua yang terbaik untuk anak

Begitu juga a stay at home mom.

Tak ada beza.

Dulu sebelum aku ada Nuha, aku tak kisah sangat hal ni. Tapi sekarang aku mula faham. Aku pilih untuk berdamai dengan mana-mana pilihan atau ketetapan hidup - samada ibu itu bekerja di pejabat atau berada di rumah (kerana berada di rumah pun bukan goyang kaki, tetap bekerja)

Kalau nak dengar mulut orang, kau akan sakit hati.

Working mom abaikan anak. Selfish. Anak tak terurus. Rumah bersepah. Asyik makan kedai.
Stay at home mom takde wawasan. Belajar tinggi tapi duduk rumah. Kesian suami kena kerja tanggung keluarga sendirian.

To me, both moms are fighters. Penatnya sama, struggle nya sama. Sayunya sama. Working mom mungkin kurang dari segi masa dengan keluarga, tapi sama berjuang dengan suami untuk membangunkan ekonomi keluarga. Stay at home mom mungkin tidak berpakaian formal untuk ke pejabat. Tapi dia berjuang di rumah membesarkan anak depan mata. Kurang di A, lebih di B.
Fair enough, kan?

Aku working mom- Selalu berangan nak ada di rumah untuk anak. Nak memasak untuk dia, nak mandikan dia, nak pakaikan baju dan sikat rambut dia. Tapi aku mungkin lupa ada stay at home yang meronta-ronta nak pergi kerja kerana rasa bersalah menjadi 'liabiliti' kepada suami dan dianggap 'duduk saja' di rumah. 
Betullah, kita memang tak pernah bersyukur menjadi diri kita. Kekurangan itu memang ada. Tapi kenapa kita tak pandang kelebihan dan kekuatan yang menjadi sebahagiannya. Selagi kita tengok apa yang orang lain ada, selagi itulah kita tak Nampak apa yang kita ada.

Sekarang aku optimis je. Aku bekerja dan aku kena top-up kelemahan aku. Tanpa ada pilihan, kadang-kadang aku korbankan je masa tidur aku untuk me time aku, untuk keperluan anak dan suami aku. It's okay. Aku enjoy je especially kalau overtime tu malam minggu. Sunyi dan tenang je. Alhamdulillah. At least Allah bagi aku masa despite of kesibukan kerja.

Insya Allah in ten years, aku nak jadi working at home mom. Tetap. Masih. Dengan cita-cita itu.

I am a working mom. So what?

I am a happy working mom. 

Dhiya 

Upgrade Carseat Nuha Koopers Z Lucafix Zip 360


Bismillah

It's a Y2020 upgrading story again!

Kali ni aku nak cerita pasal carseat baru Nuha pulak. Actually aku memang dah lama rancang nak beli carseat baru sebab all this while, Nuha hanya bergantung pada baby carrier je. Kadang-kadang kalau aku kena drive sendiri, dia boleh bukak harness tu dan berdiri. Amak is ngeri! Lagipun baby carrier tu memang dah tak sesuai dengan saiz dia yang makin debab dan panjang tu.

Lagi pulak dengan penetapan undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak tahun ni kan, lagilah aku nak cepat-cepat belikan carseat baru.

Masa beli Tavo dulu, aku dah jumpa 2 model carseat idaman aku both jenama Joie. Tapi aku hold dulu. Hold punya hold, bila aku check balik dengan kedai tu - All sold out. Ok sila gelakkan aku. 
Aku memang insist nak beli kat kedai tu sebab masa beli Tavo dulu aku dapat voucher. Dapatla juga berjimat kan.
Aku try survey-survey balik dan berkenan pulak dengan review Koopers. Koopers ada beberapa model carseat tapi aku berkenan dengan Lucafix ni. Masa aku check dengan kedai tu, ada satu je tinggal. Satu yang baru dalam kotak dan satu lagi yang display. Tanpa fikir panjang, aku book terus!

Petang tu jugak, aku ajak suami aku terus pecut ke kedai baby tu. Datang-datang je, perkenalkan diri dan terus dia tunjuk kotak carseat siap dah ada nama aku. Hekhekhek!
Sebelum tu kami test drive (betul ke term ni?) jugaklah carseat tu sekejap. Aku tengok Nuha macam syiok je duduk dalam tu. Diam je tak menangis. 
Tanpa berlengah, terus buat bayaran dan yang paling best staff dia tolong pasangkan carseat tu terus kat dalam kereta kita.
Ini antara review yang aku nak emphasize:

1. Approved by standard. ECE R44/04. Maksudnya memang follow standard. Bukan copycat, inspired ke copy ori ke apa. No.
2. ISOFIX dengan top-tether. Ni kena cek kereta korang ada Isofix system ke tak. Isofix carseat akan lebih stabil. Kalau bukan Isofix, carseat korang biasanya diikan guna tali pinggang keselamatan kereta macam yang kita pakai tu je. Top-tether tu pulak macam second harness kepada Isofix tu.
3. Beli satu carseat ni je, boleh guna dari baby sampai 12 tahun. Jimat kan? Sebabnya Lucafix ni memang untuk 0-36 kg (0-18 kg, rearward-facing and 9-36 kg, forward facing). Untuk Nuha, aku remove padding kepala dan back-padding untuk kegunaan baby sebab dia dah setahun lebih.
4. Five-point harness system with auto adjustment. Senang je nak pasang. Tak payah terkial-kial nak adjust tali bahu tu sangat. Nak bukak kena struggle sikit demi keselamatan. Sebab kalau senang bukak, jawabnya anak kau boleh berdiri kat luar carseat tak sampai sejam~
5. 6-years warranty dan kalau kata berlaku kemalangan, it's 1-to-1 exchange. Maksudnya kalau carseat rosak sebab kemalangan, kita boleh exchange dengan yang baru.
6. Paling best, Lucafix ni boleh berpusing 360 darjah dengan hanya detach je top-tether, tak perlu nak cabut the whole chunk of the carseat. Katakanlah anak kau tengah forward facing dan tiba-tiba dia berak; detach je top-tether dan pusingkan je carseat to menghadap kau yang duduk kat sebelah dan tukar pampers jadi senang! Nak makan ke nak bagi susu ke nak bagi jajan ke nak tepuk-tepuk ke senang. Boleh pusing je carseat tu. Korang faham ke aku explain ni~? Nah tengok video:
Again untuk parents out there yang tengah study pasal carseat- Aku harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak membantu dalam pertimbangan korang. Semoga dipertemukan dengan carseat yang sesuai ya. 
Paling penting, jangan ikut-ikut orang. Jangan tengok Instafamous pakai brand apa. Beli ikut features yang diperlukan, tengok bajet sendiri dan paling penting- utamakan keselesaan dan keselamatan anak. 

FYI, Tavo dan Lucafix ni aku beli kat The Baby Store, Indah Alam Condominium Shot Lot, Shah Alam. Boleh cek IG mereka. Tapi aku terus 'serang' kedai sebab cepat. Layanan pekerja kedai ni pun bagus sangat-sangat!

Alhamdulillah pencarian kami rasanya (rasanya) dah selesai. Both cars now dah ada carseat dan stroller masing-masing. Bukan nak menunjuk ke apa, tapi memang perlu. Ada masa aku outstation dan suami aku kena handle Nuha sendiri. Ada masa dia yang outstation (selalnya memang dia la yang outstation) dan aku akan handle Nuha sendiri. Fair enough, kan? Sebab tu kami kena ada dua set. Tapi kami tak nyesal sebab esok lusa boleh je guna untuk adik-adik Nuha kan~ (adik-adik?) Hmmm..

Insya Allah kita dah berusaha, moga Allah lindungi kita. Amin

Dhiya

Upgrade Stroller Nuha to TAVO Basic Edge R


Bismillah

Nuha is growing!

As such, kami bersetuju untuk upgrade (read = beli satu lagi) stroller yang lebih compact. Make them two supaya  tak payah susah-susah angkut stroller Quinny tu masuk kereta satu lagi in case we want to travel with another car.
All this while, kalau tiba-tiba nak pakai mini, kitorang kena ambil Quinny kat kereta dalam basement dan masukkan dalam mini. Jenuh la juga. Disebabkan kerja-kerja memunggah tu dilakukan oleh suami aku, jadi dia buat keputusan untuk beli lagi satu stroller yang mini untuk diletak dalam mini car kami.

Ingat tak dulu what was our concern masa nak beli stroller? Nah aku recall balik.

Kami nak yang dual facing ( especially yang boleh menghadap parents) tapi at the same time kami nak yang compact. Tapi malangnya you cannot get both of these features sebab selalunya stroller yang dual facing atau menghadap parents ni memang bulky. Masa survey dulu, kami jumpa Quinny yang paling hampir dengan requirement kami. Boleh dual facing, agak compact (yet still bulky and quite heavy). So kami beli Quinny tu. Happy.

Untuk stroller kedua ni, kami nak yang lightweight. Tak apa kalau tak facing parents dah sebab; satu kami dah ada Quinny. Dua sebab Nuha dah besar. Dia dah boleh duduk front facing. Ada beberapa model yang kami tengok antaranya GB Pockit, Babyzen Yoyo, Aldo Compacto, Babythrone dan Tavo. Untuk pengetahuan, semua yang aku sebut ni antara yang ada review baik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Paling penting, semua requirement yang kami nak ada pada stroller ni cuma tinggal lagi nak consider harga dan experience upon testing.
Suami aku ni pulak sejenis yang akan study habis-habis pasal stroller tu termasuklah baca review, kedai mana yang harga murah dan tengok YouTube. Dasyat kan~

So after sometimes, dia decide untuk hunt for Aldo atau Babythrone. GB Pockit and Babyzen Yoyo agak pricey dan terlalu compact sangat sampai boleh terbang kalau kena tiup angin. Yang tu, kalau kau memang travel naik kapal terbang selalu, boleh lah. 
Unfortunately, kedai yang give good review tu tak ada both of this strollers tapi ada Tavo. Dia pun test drive and suddenly dia macam fall in love with this Tavo. Aku pun macam hah legaaaaaaa sebab kalau tak dia akan willing jelajah satu KL untuk cari Aldo atau Babythrone.

So cut the story short, kami akhirnya beli Tavo tu. It's a TAVO Basic Edge R.
Sebelum korang baca review aku, bolehlah tengok video ni dulu;

After watching the video, aku harap korang akan lebih eye opening dengan review aku ni. 

1. Boleh lipat kecil siap ada tali kalau nak galas kat bahu. Ini features utama yang aku nak. Nama pun compact. As such, ianya lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan Quinny aku.
2. Boleh handle sebelah tangan. Buka, tutup dan tolak stroller boleh guna sebelah tangan je. Tapi buka dan tutup versi aku masih guna dua tangan sebab kudrat aku tak macam kudrat suami aku. Tapi untuk tolak, memang boleh guna satu tangan (malah satu jari) sebab roda dan alignment dia sangat soft.
3. Expandable basket. Bakul kat bawah tu nampak je sempit dan kecil. Sebenarnya ia boleh dibuka besar lagi. Kalau beli dua biji labu, boleh la tumpang letak kat situ. Sorry la Nuha, labu untuk Nuha jugak~
4. Expandable cover. Yang ni best sebab katakana Nuha tengah tidur, kami boleh tarik cover (awning) tu ke bawah lagi supaya dia tak silau. Kita yang tolak stroller ni boleh intai dari atas sebab ada 'tingkap' untuk tengok dekat atas awning tu.
5. Adjustable position with 5-point harness. Kalau anak tidur, boleh baringkan. Kalau duduk, boleh adjust to comfort sitting position

Korang boleh baca all the features in details kat Shopee atau kat mana-mana baby shop website. Yang aku review ni adalah mana yang aku nak emphasize je. Harga rasanya semua standard. Aku beli pada harga RM4++ which is jauh lebih murah dari model-model lain , yet dapat rasa great maneuver macam premium brand lain.

Oh FYI, Tavo is from Korea sebab tu video yang korang tengok tadi tu dalam Bahasa Korea. Aku pernah duduk Korea, so aku rasa aku patut respect juga kualiti produk mereka. Tu je yang aku boleh cakap.  

So kepada parents yang sedang berkira-kira untuk beli stroller, aku harap review aku ni berguna okay~
Nasihat aku, takyah kejar brand. Jangan ikut-ikut orang. Test drive sendiri, cari keutamaan dan features yang korang nak. Paling penting, utamakan keselesaan dan keselamatan anak.

Salam sayang, 
Dhiya

Nuha Food Journey: Sagu Gula Melaka (Versi Nuha)


Bismillah

Hah Nuha makan sagu gula melaka? Gula? Sugar?

Eh tak tak tak.
Jangan la gelabah sangat k.

Aku lama tak menulis so bagi can la buat gempaq sikit. Btw, aku memang memasak je tapi aku sangat busy dengan hal kerja di awal tahun sampaikan tak sempat nak update apa-apa kat blog. Maafkan aku ok~

So this time round aku macam ada masa senggang sikit untuk aku up kan antara menu terbaru Nuha iaitu sagu gula melaka versi Nuha means no sugar no salt.
Ni first sagu gula melaka Nuha. Plain je sebab aku blend susu dengan madu je. Actually korang boleh put colors kepada sagu tu- macam puree buah naga. Tapi since ni first trial aku, aku buat basic je.
Cara dia simple je. Jom follow; 


Bahan-bahan


1. Sagu putih
2. Air secukupnya
3. Daun pandan
4. Susu full cream
5. Kurma / madu

Cara-cara

1. Basuh sagu, rendam sekejap sambil didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sagu tadi. Masak sampai mata sagu tu hilang. Part masak sagu ni pada aku kritikal sikit sebab kau tak boleh tinggal periuk tu (nanti hangit) dan kena selalu kacau. Kalau kering, kena tambah air. Tak ada sukatan spesifik tau. Pendek kata kena sabar macam buat bubur sum sum juga.
2. Bila dah masak, sejukkan sekejap sebelum masukkan ke dalam bekas untuk sekali makan.
3. Untuk kuah, depends pada korang.
4. Boleh blend susu full cream + madu / kurma
5. Boleh blend susu full cream + madu / pisang
6. Boleh tuang susu full cream + dragon fruit dadu

Makan sejuk-sejuk. Hah.
Bahagia anak beranak~

Mommies, cubalah ye. Kalau tak faham, boleh tanya kat komen. Aku sedia membantu.

Dhiya

It's My Birthday!


Bismillah

Alhamdulillah

Walaupun ini adalah backdated post, tapi aku rasa aku kena tulis jugak sebab it's all about my special day. My birthday.
13 January is the date when I was born. Aku lahir kat kampung. Anak kampung. Membesar di kampung. Aku mula keluar dari kampung seawal usia 13 tahun, memasuki Tingkatan 1 di salah sebuah sekolah yang agak best jugaklah di daerah aku tu. Dengan keputusan yang baik dalam PMR, aku melangkah lebih jauh- Ke SBP luar dari negeri kelahiran aku. Bermula dari situ, aku merantau. Walaupun tak berjaya ke luar negara, tp at least aku keluar negeri.

Aku kurang appreciate ulang tahun, termasuklah ulang tahun sendiri. Ye lah. Aku ni anak orang biasa-biasa je. Tak pernah pulak dibudayakan untuk celebrate, surprise dan mesti ada kek, jauh sekali hadiah yang mahal-mahal. Tapi one thing yang aku pasti sangat adalah aku memang ingat semua tarikh penting dalam hidup aku. Aku akan sit down, diam dan berfikir. Kadang-kadang fikir sikit, kadang-kadang fikir banyak.
Untuk ulangtahun kelahiran aku tahun ni, kebetulan aku outstation 4 hari.. So tak sempat duduk, diam dan fikir. Hanya sekarang aku dapat duduk dan menulis sambal meluahkan.

Menginjak ke usia dengan pangkal 3- , tiada apa yang aku inginkan melainkan kebaikan dalam kehidupan. Tuhan tetap memberi terlalu banyak walaupun aku kurang meminta. Aku malu. Tapi kadang-kadang aku tak cakna. Banyak nikmat yang aku dapat tapi aku kurang bersyukur. Malu.
One of my Y2020 resolution is to have more time with HIM. Aku berazam untuk banyakkan bersyukur dan menjadi lebih baik. Hamba yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, anak yang baik - Semuanya baik.

Dalam pada seronok menerima ucapan selamat, sedar tak sedar aku makin tua dan mati menghampiri. Takut. Sekali sekala pejam mata, terfikir tentang mati- Aku gerun. Amal baik sedikit, ibadat lompong, serba serbi masih kurang dan lemah. Takutnya nak menghadap Tuhan dalam keadaan lemah macam ni. Hari-hari niat nak jadi baik, tapi pencapaiannya sikit je. Hm takpelah...Sikit-sikit lama-lama banyaklah kan. (pujuk hati)

Untuk yang meraikan birthday aku, terima kasih. Di ofis je ada 3 celebrations initiated by my teammates. Thanks boss! Thanks juga hubster and Nuha yang belanja amak makan makanan kegemaran amak. Well, birthday celebration kami memang makan-makan je. Takde party-party atau surprise. Well aku suka macam ni. Just nice dan tak membazir. Makan tu takpelah, tu pun kita tahu limit perut kita. 

Thanks juga untuk mak yang melahirkan. Abah yang menjadi pelindung macam superman untuk anak bongsu perempuannya yang manja dan cengeng ni. Maaf sebab D bukan anak yang terbaik. Selalu nak jadi yang terbaik, tapi Allah jualah yang terbaik.Terima kasih atas didikan yang sempurna, duniawi dan ukhrawi sampai boleh masuk UM school of engineering, dan boleh wakil negeri dalam pertandingan Tilawah Quran. Anak mak dan abah :)
Insya Allah Nuha juga akan dididik dengan baik macam mak dan abah didik D.

Y2020 will be good
Amin
Insya Allah

Happy birthday to me, 
Dhiya

Amak Nuha Dah Tak Memasak Ke?


Bismillah

Ada ni
Adaaaaa

To answer the question; Yes aku masih je memasak untuk Nuha tapi disebabkan kekangan masa dengan komitmen lain, aku tak sempat laahai nak up semua benda kat blog. Lagipun, one of the good things is; Nuha dah makan family food tapi masih no salt no sugar. So apa yang kami makan adalah apa yang Nuha makan. So takde lah semua benda aku nak cerita dah kan. Hhahaha!
Untuk yang tanya why amak Nuha sangat beria (read:mengada, bajet bagus) tentang apa yang Nuha makan; I tell you why.
Anak anak bawah usia 2 tahun selalunya organ mereka (especially kidney) belum cukup matang untuk melakukan fungsinya. Disebabkan itulah, kita tidak boleh membebankan buah pinggang mereka dengan bahan makanan bergula dan bergaram kerana bahan ini adalah 'berat' kepada buah pinggang anak. Real food is good. So berilah real food okay! Dan sebab tulah juga kenapa anak-anak tak digalakkan makan makanan rapu, air dalam botol, processed food dan macam macam lagi.
So please jangan kecam-kecam aku cakap aku beria, bajet bagus, overprotective and whatsoever. I just be responsible to my loved one~

Insya Allah lepas dua tahun, kami akan slowly introduced her wider variety of food. Yang pedas sikit, yang ada rasa sikit. But still, no junk food~! Aku rela buat semua home-made kalau nak chicken nugget ke, fries ke apa because I love my children. 
Yea kita dulu kecik-kecik makan nasi dengan kicap, jadi je manusia kan. Well this is a very typical excuse yang aku selalu dengar. Tapi aku just buat tak dengar sambal dalam hati berkata; Kau nak bagi anak kau makan kicap, go on. Jangan libatkan anak aku.

Insya Allah Y2020 is a better and growing year for everyone of us. Aku akan terus positif dalam kehidupan dan akan tolak semua negativity jauh dari hidup aku. Cuma syaratnya satu je lah; orang luar jangan kacau dan masuk campur dalam urusan kehidupan aku sekeluarga. Simple je rule dia. 
Aku juga akan cuba untuk menulis dengan lebih konsisten. Kalau bukan utntuk orang lain, yes ianya untuk aku.

So welcome to Y2020 dan semoga kita terus berjaya!

Dhiya
Chef amak