Bismillah
Hello mommies, hari ini aku nak kongsikan resepi oat untuk Nuha. Oat can be a substitute to rice, so selalunya aku tak akan campur oat dengan beras dah. Oat ni selalunya aku bagi sebagai sarapan dia. Ala macam kita lah kan. Oat dengan buah di pagi hari gittuuhh!
Banyak jenis oat di pasaran, tapi aku guna rolled oat yang mana perlu dimasak sedikit lama (sebab rolled oat ni tebal sikit) dan apabila dimasak, kita masih rasa oat tu. Dia tak hancur semua. Rolled oat ni sesuai lah kalau dicampur dengan buah-buahan.
Ada yang jenis instant oat (instant maksudnya cepat dimasak sebab potongannya yang lebih nipis), bukan instant 3 IN 1 tu ya. Yang 3 IN 1 tu memang totally out from baby's food list sebab ada gula. Instant oat yang cepat dimasak ni aku prefer guna kalau nak buat bubur ayam ke, bubur lambuk ke sebab nanti bila masak, tekstur dia halus je.
Ok lagi cerita tentang oat, dalam entri yang lain ya. Entri tu nanti bukan cerita oat untuk menu baby je, tapi sesuai juga untuk orang dewasa yang nak tukar kepada menu yang lebih sihat.
Penyediaan oat:
1. 4 sudu besar rolled oat
2. 1 sudu tepung gandum
3. Sedikit perahan lemon
4. Air suam
* Semua bahan dicampur sekali dan dibiar dalam peti sejuk semalaman (4-8 jam). Rendaman dengan tepung gandum dan air perahan lemon adalah untuk menggalakkan proses germination rolled oat tu.
Selepas direndam, oat tu aku bilas dengan air untuk buang rasa lemon dan tepung tu. Kemudian aku masak dengan air dalam 5-10 minit dan dibiarkan sejuk. Kadang-kadang aku masak plain macam tu je, kadang-kadang aku letak cream cheese sikit. Bila dah sejuk, aku akan blend dengan buah mangga manis. Nak blend asing pun boleh tapi aku macam tak suka buat kerja redundant ni. Lagi pun Nuha tak suka premixed ni. Maybe rasa dia tak balance masa gaul tu sebab tak sekata jadi ada part yang rasa plain oat je.
Lepas siap, aku masukkan dalam jar comel-comel untuk sedang elok sukatan makan dia dan simpan dalam peti. Oat dengan mangga ni boleh dimakan sejuk, tak perlu rendam air panas. Tapi depends juga pada penerimaan anak masing-masing. Macam Nuha, dia macam boleh tahu makanan yang macam mana perlu suam, makanan macam mana yang boleh sejuk.
Ha yang jenis macam ni la Nuha tak suka. Dia suka yang blended sekali harung. Ni sekali ni je aku buat macam ni. Kebetulan lawa pulak warna dia. So simpanlah satu gambar buat kenangan.
Oh ya, Nuha starts makan oat pada umur 7 bulan lebih and she likes it very much. Aku pun macam senang hati nak sediakan sebab cara dia mudah. Cuma jangan lupa rendam dulu. Selalunya aku rendam sebelum pergi kerja. Nanti balik kerja waktu petang, dah boleh masak. Esoknya dah chilled dan sedia dimakan.
Selamat mencuba, amak-amak lawa
Real foods never go wrong
At all!
Dhiya
No comments