Thermos Lunch Jar Untuk Makanan Nuha


Bismillah

Hari ni aku nak share tentang hasil tuaian baru aku, berupa sebuah food jar (food jar lagi???) tapi kali ni betul-betul yang berbaloi punya- Jenama Thermos.
Last week, I bumped into a random link on FB saying that there's a sale on Thermos Malaysia Website in conjunction with International Women's Day.Aku punnnnnn ape lagi. Cepat je lah mencari di internet!

And yes, sale di situ betul-betul buat aku gila. Mata aku memang dah tertancap pada thermos lunch jar ni. Dalam hati; Nak beli ke tak ni? Nuha dah ada Endo food jar, lepas tu aku ada beli kat Tesco dulu. Ni kalau beli jugak, Nuha akan ada tiga food jar. Matilah aku kena bebel dengan babah Nuha.

Setelah ditimbang tara, aku pejam mata dan beli. Sebab pertama, harga dia menjunam teruk dari RM205 ke RM125. Kedua, lunch jar ni ada tiga bekas kecil yang dimuatkan dalam jar tu. Maknanya kan, kita boleh letak makanan berbeza dalam bekas yang berbeza dan hanya usik bekas yang nak dimakan je. Ketiga, aku memang nak beli. Apa boleh buat. Kalau kena ceramah dengan babah Nuha pun, aku dah bersedia. Hahhaha! (Inilah sisi buruk dan kelemahan aku. Lemah bab urus duit).

Since sale ni berlangsung 5-7 Mac je, aku pun cepat-cepat lah beli. Memang bulat betul tekad aku masa tu. Lepas buat payment, bukan main tak sabar nak tunggu barang sampai.
Akhirnya selepas 3 hari, aku terima food jar aku dari abang DHL. Dah terima tu, kemain gatallllllll nak unwrap the box walaupun masa tu aku sangat sibuk di pejabat. Ni memang sejenis aku lah. Lepas beli apa-apa, mesti tak sabar nak bukak dan tengok. Hahaha!

Balik rumah, tak dan duduk terus bukak! Nuha pun join sekali sebab dia tau itu untuk dia.

Babah Nuha geleng kepala je tengok aku dengan Nuha kerumun benda alah tu. Dia faham kut..Orang perempuan memang perangainya macam ni. Hahahahahha!

So dengan rasminya Nuha ada 3 food jar sekarang. Tapi yang paling aku suka semestinyalah yang Thermos ni. Boleh letak pelbagai makanan dan sangat convenient kalau travel sebab ada pouch sekali. I sukaaaa!

Mommies yang tengah tercari-cari bekas untuk simpan makanan anak untuk travel atau untuk dihantar kepada pengasuh, you should consider this Thermos Lunch Jar sebab sangatlah convenient. Ada dua warna, pink dan biru sebab dia tau anak korang- Kalau tak girl, mesti boy. Pandai Thermos ni, kan?

Selalu-selalulah cek website mereka. Aku ni memang kira rezeki jugaklah nak dapat harga macam ni. Kalau normal price, aku memang tak mampu.

Dhiya
Mak anak kuat makan

1 comment