Nuha Makan - 6 Bulan


Bismillah

I am ready to write about Nuha's solid food journey!
Sumber
Di saat ramai mak-mak excited nak bagi anak makan sebaik anak mencecah usia 6 bulan, Nuha mula makan solid food not right after umur dia masuk 6 bulan. Aku delay sikit dalam seminggu to be exact, on 11 December 2018.



On the day she ate, it was dinner time at home. Aku masak bubur nasi cair (sangat cair) untuk dia. Aku tambah susu EBM juga sebaik bubur tu sejuk dan sedia untuk dimakan. We both were so excited (plus nervous) to see this next step of advancement in her life. 
Aku pulak drama sikit, rasa sebak pulak tengok anak dah makan. I feel like she won't attach to me regularly anymore for milk. (Beria kan~) But the truth is, it never happen. Up to now, she's still my milk-drunk customer! Hahahahahah!
Nuha was like "Ngape laaaa amak aku ni"
Suapan pertama
Alhamdulillah Nuha dapat menerima suapan pertama dengan baik sangat. Dia tak rasa weird pun dan nampak pandai telan. Aku syak dia pandai sebab hari-hari tengok makpak dia yang kuat makan ni. Hahahaha!
Aku sangat excited dan rasa sangat bersyukur! Reaksi Nuha ni buat aku rasa sangat bersemangat untuk sediakan makanan sihat dan berkhasiat untuk dia. 

Untuk itu, aku join (dah lama join sebenarnya) satu support group in FB yang bernama Happy Baby Foods Malaysia. Untuk pengetahuan, support group ni adalah medium di mana ibu-ibu berkongsi idea menu masakan untuk anak-anak pada pelbagai peringkat umur, nasihat berkenaan nutrient, makanan terbaik dan banyak lagi. Admin support group ni pun bukan calang-calang. Kadang-kadang aku baca nasihat dan tips dari dietitian, nutritionist dan ibu-ibu yang berpengalaman yang sangat sangat berguna. 
Jadi note that kalau kau tengok aku dok tengok phone atau FB tu, aku bukanlah cari cerita CE dan CS. Aku baca tips dan nasihat dari support group ni tauuuu~

Untuk sesi makan pertama tu, kami tak expect Nuha makan banyak pun. Dua tiga suap jadilah. Tapi habis juga separuh mangkuk kecil saiz tapak tangan tu. Aku follow 4 Days Rule (4DR, sila refer support group yang aku mention kat atas tu) untuk pastikan tak ada sebarang alergi atau masalah. 

Untuk 2 minggu pertama, Nuha makan sehari sekali je di rumah. Aku tak hantar ke rumah Mama tapi aku dah bagitahu dia supaya standby yang Nuha dah boleh makan dan aku akan hantar makanan untuk dia very soon. Syukurlah Mama is an experienced BS, dia tahu macam mana nak panaskan makanan dan handle the food thingy. 

Masuk minggu-minggu seterusnya, aku mula masukkan satu jenis sayur dalam bubur nasi dia. Sayur pertama adalah lobak merah and she accepted it very well. Lepastu brokoli and it's as good as carrot. When I introduced potato, she's started having constipation. Itulah pentingnya 4DR supaya kau boleh kenal makanan mana yang boleh sebabkan masalah seperti alergi atau sembelit. 

Oh ya, macam dalam cerita aku yang lepas, aku nak kenalkan sekali lagi big helper aku dalam penyediaan makanan Nuha iaitu slow cooker aku yang kecik molek ni.
Pensonic slow cooker ni aku beli pada harga RM39 je, sangat convenient terutamanya kalau check-in di hotel atau travel ke mana-mana. Di rumah pun aku guna juga sebab senang, hanya perlu pengawasan minimum. 

So mommies, bare with my next entries. Akan ada banyak gambar-gambar makanan Nuha. Hahahahah! Blog mak-mak dah DDD ni. Harapnya entri aku ni memberi inspirasi kepada mak-mak bekerja yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Insya Allah aku akan terus menulis perkara yang berfaedah supaya semua orang dapat manfaat.

Salam sayang, 
Dhiya

No comments