Mommies,
Aku sekarang mengalami fasa rambut gugur selepas bersalin (postpartum hair loss). Dulu masa mengandung, rambut aku cantik dan shining (cettt puji). Tak tipu! Masa tu tak ada pun kisah rambut gugur. Tak ada langsung!
Tapi sekarang…
Haih…
Murung jap.
Rambut aku lebat, tapi kerap gugur. Kat lantai ni mesti ada je nampak rambut. Kat hair trap dalam bilik mandi pun ada. Stress pun ada jugak. Kadang-kadang ada la jugak dengar suami aku bebel. Ni awat laa banyak rambut ni yada yada yada. Tapi nak buat macam mana. Bukan aku yang cabut rambut tu~
Ada sekali tu kami berbual:
Dia: D, rambut D ni gugur je. Potong pendek lagi nak?
Aku: Ok je. Hm...Dulu masa mengandung rambut D cantik je. Takde pun masalah ni.
Dia: Kalau macam tu mengandung lagi lah~
(Dengan muka selamba)
Ewah ewah ewah.
Dia ingat itu jalan penyelesaian terbaik ke.
Grgrgrgrgrgr!
Apak Nuha ni kadang-kadang lawak dia, lawak ngeri jugak. Nak marah tak boleh, nak gelak macam tak kena tempat. Haih…
So mommies out there, siapa yang ada tips untuk kurangkan rambut gugur aku ni, boleh la cadangkan ye. Aku ada baca, postpartum hair loss memang takde ubat sebab ia berkaitan dengan hormone changes in the body. So memang tak boleh nak buat apa. But aku still mengharap; sekecil-kecil usaha aku nak cuba dan at least boleh kurangkan keguguran rambut aku ni.
Please?
I do some readings also supaya tak de lah noob sangat.
Dhiya
Mak Nuha
Sis boleh cuba guna hair tonic untuk masalah rambut sis💖
ReplyDelete