Bismillah
Asalnya aku memang tak nak beli baby carrier (bc). BIG NO sangat. Kenapa? Sebab kami dah labur banyak untuk stroller. Tapi setelah ditimbang tara, kami berdua bersetuju yang kami perlukan juga bc atas beberapa sebab:
1. Kami duduk apartment, tingkat 9. Dari basement nak naik lift, quite troublesome. Kadang-kadang lif penuh lagi-lagi pada waktu puncak macam waktu orang baru balik kerja. Kalau bawak stroller, makan ruang dan orang mesti marah.
2. Kalau nak masuk kedai runcit macam Speedmart sebab nak beli sebotol kicap je, macam tak berbaloi nak bawa stroller. Bc sangat membantu.
3. Bc sangat berguna untuk berjalan di tempat-tempat sempit dan ramai orang seperti pasar malam. Stroller pulak berguna kalua berjalan dalam shopping mall besar-besar.
Jadi atas pertimbangan inilah, kami akhirnya ambil keputusan untuk beli bc. Memandangkan yang akan menggendong Nuha pada kebanyakan masa adalah babahnya, jadi aku serahkan kerja-kerja research pada dia. Hahahhaha! Tapi kau tahu je lah betapa cerewetnya babah Nuha ni. Dia punya analisis tu sangat detail dan ambil kira semua aspek. Tapi for Nuha's sake, aku lantakkan aje.
Akhirnya kami memutuskan untuk membeli bc jenama Ergobaby, cuma tak buat keputusan lagi nak beli model apa. Jadi kami ke FabulousMom Shah Alam (masa tu ada sale) untuk tengok dengan lebih dekat. Di situ, ada pekerja yang consult kami dan boleh cuba satu-satu sampai kita jumpa yang sesuai dengan bajet, keperluan dan keselesaan.
Ergobaby bc ada beberapa model, ikut fungsi. Ada yang 3 position, ada yang 4 position. Beza 3 dan 4 position ni adalah 4 position tu ada fungsi boleh gendong menghadap hadapan. Suami aku cakap dia taknak fungsi tu sebab stroller dah boleh menghadap depan. Lagipun menghadap depan macam tak berapa selesa untuk baby walaupun guna bc ergonomic. Jadi kami narrowed down the choice into 3 position bc only.
Ergobaby bc juga ada yang perlu insert (macam lapisan dalam untuk betulkan posisi baby), ada yang tak perlu sebab dah built in. Tapi generally Ergobaby sangat selesa pada pinggang dan bahu parents dan selesa pada baby juga. Kedudukan kaki dia macam bila didukung. Tengok gambar kat bawah ni:
Kami tak terus beli. Kami balik rumah dan bincang lagi. Gitulah suami aku wehhh. Tahap consideration dia sangat tinggi. Agaknya sebab tulah dia ambil masa yang agak lama nak kahwin dengan aku dulu. Dok fikir ok ke tak aku ni agaknya. Hahahhahahahaha!
Setelah buat keputusan, esoknya kami datang balik ke FabulousMom dan buat keputusan untuk beli Ergobaby Adapt. Kenapa Adapt? Sebab Ergobaby Adapt paling compact, tak perlu insert, boleh gulung jadi kecil, tapi dalam masa yang sama memenuhi keperluan dan keselesaan baby.
Pertama kali kami letak Nuha dalam bc ni, kami dah tau dia selesa sebab dia diam je. Ada sekali tu aku tengok dia tertidur dalam tu. Ewah-ewah sangat! Jadi kami yakin yang kami (suami aku lah) dah buat pilihan tepat untuk Nuha.
Aku sendiri pun dah cuba. Nuha nampak tenang dan selesa. Mungkin salah satu sebabnya adalah dia menghadap aku dan rasa macam kena peluk.
Aku rasa bc pun agak berguna untuk baby yang cranky dan asyik nak berdukung je. Tapi Alhamdulillah Nuha tak macam tu dan kami pun tak ajar dia begitu. Tapi kalau baby yang jenis nak berdukung je sampai amak apak tak boleh buat kerja, yes- Aku rasa bc is very helpful.
(p/s: Jangan ajar anak nak berdukung je memanjang. Hahahahaha!)
Harga?
Harga biasa model Adapt ni adalah RM500++. Kat FabulousMom RM 565. Tapi disebabkan masa tu ada clearance sale, kami dapat pada harga RM499. Eh banyak lah juga bezanya kannn...Hahahahah! Aku memang selalu bernasib baik bab-bab harga ni. Sokmolah dapat best price samada promotion atau clearance.
Setakat Nuha dah 4 bulan ni, Ergobaby Adapt works well on her. Dari kepala masih tak terjulur sampai sekarang kepala dah tinggi dan kami dah boleh cium kepala dia dan suka kunyah-kunyah harness bc tepi mulut dia tu. Mujurlah masa beli Ergobaby bc hari tu, dapat free gift Onya cotton cover yang boleh dipasang kat harness tu bagi mengelakkan harness tu basah dengan air liur dia.
Sekarang aku faham, semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak, dan terbaik juga untuk keluarga. Aku direzekikan sejenis suami yang agak economical, means nak guna barang murah takpe asalkan ok dan berbaloi, atau mahal pun takpe asalkan kualiti dan penggunaan dia sampai masuk syurga (long-lasting lah maksudnya). Kalau ikut kepala otak aku yang tak fikir panjang ni,
mesti beli apa-apa lepas tu menyesal. Hahahahah! Mak Nuha~
Thanks Ergobaby Adapt. Nuha suka sampai tidur lena dalam tu. Kami pun suka sebab tak sakit pinggang dan rasa kemas di badan. Fabrik pun lembut jadi tak rasa macam ada bendasing kat badan.
Salam sayang,
Ummidhiya
No comments