Bismillah
And here is the most awaited story. Aku sendiri pun tak sabar nak menaip. Tapi sejak habis cuti bersalin dan masuk kerja semula, aku sangat sibuk. Di pejabat, aku dapat portfolio baru, yang aku lebih suka dan berkait rapat dengan bidang aku. Di rumah pula tak payah cakap lah. Semuanya 360 darjah berbeza dengan kehadiran Nuha.
Ok let's back on the story track.
EDD aku adalah 10 Jun 2018 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1439 H. Tapi macam biasalah, ada plus minus di situ. Bila masuk je Ramadhan, perasaan dah bercampur baur. Takut, seronok, tazabar nak tengok baby dan macam-macam lagilah. Aku selalu cakap kat suami aku yang aku takut. Takut sakit. Kadang-kadang aku menangis mengongoi depan dia cakap pasal aku banyak dosa dan takut susah nak bersalin. Nampak tak drama aku~
Tapi Ramadhan tetap dilalui dan diraikan dengan meriah oleh kami suami isteri. Aku masih gagah berpuasa dan kami bangun sahur bersama-sama, bersahur ala kadar. Kalau hujung minggu, kami akan berterawih di masjid terutamanya Masjid Negara. Suami aku tiap-tiap pagi akan tanya samada larat ke tak nak berpuasa. Aku selalu cakap aku ok, baby pun ok. Kadang-kadang suami aku marah juga. Katanya aku memang la ok. Tapi kita tak tahu baby kat dalam ok ke tak. Dia bukan reti bercakap kalau lapar. Eh betul juga. Tapi Insya Allah Alhamdulillah aku dan baby dapat laluinya dengan baik.
2 Jun 2018, 17 Ramadhan 1439, Sabtu
It's weekend. Being lazy is just awesome!
Sempatlah aku bisik sama baby; taknak keluar time Nuzul Quran ni ke? Ehekehek!
Pagi tu landlord kami nak jumpa sebab nak bagi kad parking. Alhamdulillah after a while, kami berjaya dapat basement parking selepas merasa semua cabaran; berebut parking, kena langgar lari, dan banyak lagi. Lepas dapat, bersemangatlah kami malam tu lepas berbuka puasa di rumah untuk ke Masjid Negara untuk solat terawih.
Lepas balik dari solat tarawih, aku ajak suami aku ke Tapak di depan Amcorp Mall. Tapak ni adalah tempat makan-makan yang berkonsepkan food truck. Aku makan aiskrim RM 13 malam tu. Harga nak pergi haji balik hari gayanya~ Disebabkan harga aiskrim je dah melepasi bajet, aku tak makan pun. Lagipun aku agak kenyang. Just nak duduk lepak-lepak beromantika je.
Balik rumah dah dekat pukul 11 malam. Apa je boleh buat. Tidur lah~
3 Jun 2018, 18 Ramadhan 1439 H, Ahad.
Kami bangun 4 pagi untuk bersahur. Masa tengah makan, aku bagitau yang aku sakit perut dari tengah malam tadi. Tak lena sangat pun tidur, tapi taklah sakit sangat. Suami aku cakap tak payahlah puasa kalau macam tu. Aku pun menurut je sebab rasa memang tak ada tenaga nak puasa. Lepas siap makan, aku masuk tandas untuk buang air kecil dan ambil wuduk. Aku nampak darah turun ke betis. Tak banyak sangat, tapi aku kenal la tu darah. Aku bagitau suami aku yang tengah basuh pinggan di sinki. Kalau boleh melambung pinggan mangkuk tu, dah lama dah terbang kegirangan agaknya. Aku nampak dia yang kelam kabut. Dan dan tu jugak suruh bersiap ke hospital. Masa tu dekat pukul 5 pagi. Aku cakap; don't worry, aku tak sakit lagi. Kita lepaskan subuh je lah.
Masuk waktu subuh, kami sempatlah bersolat subuh secara berjemaah. It was very emotional. I'm gonna miss that moment.
Dalam pukul 7 pagi macam tu, kami pun keluar tapi tak terus ke hospital. Suami aku cakap dia nak ke pejabat dulu, tinggalkan laptop di pejabat supaya kalau dia cuti nanti, orang lain boleh back-up dia dan semua dokumen dah ada dalam laptop tu.
Kemudian kami terus ke Hospital Shah Alam, tengok kat mana nak drop aku. Tapi aku cakap jangan drop dulu. Jomlah jalan-jalan dulu~
To play safe, kami berjalan-jalan di tasik dekat Seksyen 7 tu je. Masa tu dalam pukul 9 pagi. Dapatlah pusing satu tasik tu walaupun kejap-kejap berhenti sebab dah rasa contraction. Lepas jalan keliling tasik tu, kami duduk-duduk pulak di kerusi tepi tasik tu. Nak makan tak boleh, jadi bersembang dan layan je lah mild contraction yang sekali-sekala datang.
Dalam pukul 10 pagi, akhirnya kami ke Hospital Shah Alam. Admission was okay, calm and quite fast. Cuma jururawat cakap sekarang wad penuh. Jadi kena tunggu kat labour room, kat kerusi je. I was like OMG OMG. Lepas cek kat PAC tu, aku dibawa ke tingkat 4, labour room. Kat situ ada beberapa orang lagi yang tengah menunggu di kerusi. Aku nampak ada beberapa orang dalam bilik menunggu, juga mundar mandir, banyak berjalan. Sementara menunggu clerking dan check-up oleh doktor di labour room tu, aku sempatlah tengok perangai orang. Maklumlah, masa tu aku tak sakit sangat lagi.
Bila nama aku dipanggil untuk cek dan clerking oleh doktor pelatih, masa tu aku dah mula sakit. To be frank, sakit aku bearable cuma kadang-kadang masa doktor tengah tanya-tanya tu aku berhenti sekejap sebab tahan sakit. Doktor pun sangat memahami dan tak memaksa sangat. Cek yang kedua dibuat oleh MO. Akhirnya dia buat keputusan untuk discaj aku sebab katanya opening baru 1 cm, sakit pun bearable dan ketuban pun tak pecah lagi. Nurse kat situ cakap, it's good lah boleh balik dulu sebab kat labour room ni takde katil. Balik rumah boleh rehat. Tapi kalau air ketuban dah turun, kena cepat-cepat datang balik ke hospital.
Aku turun balik ke PAC dan nampak suami aku setia menunggu. Aku pun ceritalah yang aku boleh balik dulu. Dengan tenang dan lega, kami balik. Masa tu dah tengahari. Suami aku singgah Burger King dan belikan Whopper untuk aku makan.
Kami sampai di rumah dalam pukul 1.30 petang. Niat di hati nak baring atas katil dan meluruskan pinggang. Masa tu sakit lah juga sekejap-sekejap. Kadang-kadang aku genggam lengan suami aku. Baru je nak baring, aku rasa macam ada air panas turun. Aku tau aku tak kencing. Aku cepat-cepat bangun dan air tu turun kat tepi katil. Cepat-cepat suami aku ambil kain lap. OMG OMG OMG. The baby is coming. Dalam pada panik air tengah turun tu, aku senyum kat suami aku. Dia cakap : "Sempat lagi ke senyum? Kejap lah, saya solat jap lepas tu kita pergi hospital balik". Aku pun solat dan mandi juga dan kami keluar semula pukul 2 petang.
Sampai je di hospital, I have to start everything all over again. Cek kat PAC tu dah makan masa dekat setengah jam, baru naik ke labour room. Masa tu sakit dah kerap. Aku cakap kat nurse, tak boleh ke skip PAC ni. (Suka hati aku je~) Bila nurse bawa aku naik ke labour room dalam pukul 4 petang, again- aku kena tunggu lagi. Masa ni kekuatan mental memang perlu. Sakit dah kerap tapi masa berjalan begitu perlahan. Doktor cek balik dan all the procedures were done. Pergerakan aku perlahan, tapi under control. Bila sakit, aku duduk diam. Bila tak sakit, aku gerak laju samada nak tukar baju, minum, tengok phone atau jalan-jalan. Aku minta epidural sebab aku nak rehatkan badan. Tapi HO cakap, epidural tak de kalau hari minggu. Hahahah! Aku faham, aku faham. Takpe. Mereka tawarkan pethidine pun aku terima je asalkan aku dapat rehat. Pethidine diberi dalam bentuk suntikan di labour room. Tak sampai 15 minit pethidine diberi, nurse panggil aku- Rupanya aku dapat bed kat wad. Alhamdulillah!
6.30 petang, aku dibawa ke wad diiringi suami. Kesian dia. Berbuka apalah agaknya. Penangan pethidine ni buat aku mengantuk. Aku ingat masa aku di wad, suami aku kiss dan bisik something. Tapi aku just hushed him with my hand. Aku cakap aku mengantuk dan nak tidur. Aku juga ingat ada nurse datang bagi orientation wad. Aku dengar dia tunjuk kiblat, tandas, kaunter jururawat semua. Tapi mata aku pejam. Tandatangan borang acknowledge orientation pun sambal pejam. Sakit? Yup sakit. Tapi aku rasa sakit macam period pain je. Tiap kali contraction, aku akan terjaga dan pegang besi katil. Bila contraction hilang, aku sambung tidur balik. Doktor datang visit pun aku cuma angkat ibu jari je, means I am all good.
4 Jun 2018, 19 Ramadhan 1439 H, Isnin
Sampailah pukul 12 malam, aku minta pethidine lagi. Doktor cakap mereka tak boleh bagi dah sebab opening dah 5 cm. Kejap lagi kalau labour room kosong, dah boleh ke sana. Aku rasa takde pethidine pun ok. Cuma aku berjaga untuk rasa sakit dan tak selesa tu. Again, aku play around dengan mind set dan sedikit self-hypno yang aku tak ada pergi kelas pun untuk belajar benda ni.
Sedar tak sedar, dah pukul 4 pagi. Aku cakap aku macam dah ada rasa nak push, tapi aku boleh kawal diri lagi. Tapi nurse dah tolak aku ke labour room, ke bilik nombor 5. Aku ingat ni. Drama kat labour room tak lama. Dalam sejam lebih je. Suami aku ada teman. Dia remind aku cara bernafas dan urut belakang aku bila tak ada contraction. Out of blue, aku rasa macam dah nak push. Everything was very fast. 2 kali teran, baby hanya disambut oleh dua orang nurse dan takde pun pasukan sorak yang macam orang dok selalu cerita tu. Semuanya sangat tenang dan tak ada rush moment. Dalam bilik tu cuma ada 4 orang termasuk aku. Aku dengar nurse cakap : "Baby out!" dan aku tengok jam, masa tu 6.15 pagi. I was like: Ehhhh dah keluar ke? Nurse tunjuk jantina baby dan suruh aku mention boy ke girl. OMG it was a very precious moment! Aku dengar suara baby merengek lepas tu mereka cakap nak bawa keluar kejap untuk dibersihkan. Suami aku pun disuruh keluar, boleh solat subuh dulu dan ke kantin beli makanan. Dalam masa tulah nurse bantu keluarkan uri dan jahit luka.
Tak lama lepas tu, baby diletak dalam cot sebelah aku dan suami aku pun masuk balik bawa makanan. Lama juga kami bertiga duduk dalam bilik nombor 5 tu, macam private room kami sendiri. Kami diberi masa untukk bonding termasuklah menyusu, dan azan iqamat. Alhamdulillah semua dah selamat. Lebih kurang pukul 7.40 pagi, ada seorang sister bantu aku untuk keluar dari labour room dan dihantar ke wad kembali.
Aku balik ke wad dengan muka bangga; I am a mom now! Gittew~ Memandangkan masa tu bukan waktu melawat, suami aku tak boleh berlama-lama di katil aku. Dia pun nak kena balik dan uruskan uri. Aku pun mengantuk sangat. Tapi sebelum tu aku sempat call mak aku di Pahang, sembang biasa-biasa dulu, kemudian barulah aku bagitahu yang aku dah bersalin. Dia agak terkejut, tapi tak apalah. Aku memang dah bagitau kami akan selesaikan semua di sini dulu baru balik berpantang di Pahang. Mak aku pun masa tu menjaga abah aku yang tak berapa sihat. Jadi aku yakin aku dah buat keputusan yang tepat dengan tidak membebankan mak aku di saat genting ini.
Aku tidur dengan aman, sama dengan baby. Segala bising hiruk pikuk di wad tu kami tak sedar dah. Aku sedar bila dah tengahari, suami aku datang melawat dengan bibik. Bibik was the happiest person masa tu. Katanya tak sangka dapat pegang baby aku sebab dia jaga suami aku pun dari baby. Bayangkanlah!
Waktu melawat petang, mereka datang lagi. Tapi tak lama sebab nak berbuka puasa pulak.
Malam tu adalah malam pertama aku dengan baby. She's having culture shock, I guess. Hahaha. Di saat aku tengok baby lain elok je tidur dalam cot, baby aku tak selesa di situ. Bila aku pindahkan ke tepi aku, kemain lena tidur. Jadi aku faham yang dia nak tidur sebelah aku. Kecik-kecik lagi dah pandai. Bagusssss~!
Pukul 3 pagi pun aku awake dan aku enjoy (sebab siang tu aku dah tidur teruk). Wad ni tak pernah tidur walaupun awal pagi. Sekarang aku nampak sendiri dengan mata kepala aku betapa kakitangan kesihatan ni struggle sangat. Doktor yang taknak bagi pethidine kat aku semalam, masih pakai baju yang sama hari ni...Nampak tak pengorbanan mereka?
5 Jun 2018, 20 Ramadhan 2018, Selasa
Doktor buat round pagi tu, mereka kata aku boleh balik pagi ni. Lepas sarapan, aku pun call suami aku. Proses nak discaj pula bukan sekejap. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Nak keluar dari wad pun tak boleh keluar macam tu je. Security guard baju putih tu akan cek gelang nama baby dan gelang nama kita untuk tujuan keselamatan. Everyone was smiling and congratulated me. Again, I am a proud mommy!
Aku tinggalkan Hospital Shah Alam lebih kurang jam 1 petang di saat orang sedang ramai di Jakel Seksyen 7 Shah Alam membeli belah untuk raya. Hhahahaha! Alhamdulillah, all good dan aku sampai di rumah dan bibik sudah sedia menanti. Bibik akan jaga aku untuk hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat sebelum aku pulang berpantang di Pahang pada hari Sabtu. Masa yang ada, sempatlah suami aku uruskan pendaftaran nama di JPN dan beli apa-apa yang perlu sebelum aku bercuti panjang di kampung.
Take home message
1. Datang hospital bawa barang yang perlu je. Untuk diri sendiri, bawa sepasang persalinan untuk discaj sahaja. Kat wad dan labour room, pakai baju hospital. Tapi bawa maternity pad dan disposable panties banyak-banyak. Aku bawa 4 paket cotton disposable panties beli dari Guardian.
2. Untuk baby, bawalah 2-3 pasang baju baby. Tak payah baju fancy-fancy sangat sebab baby masih ada tali pusat dan tak boleh pun nak melawa dengan rompers 'I Love My Mum' tu. Lain lain termasuklah new born diapers, dan wet tissue. Lepas baby lahir pun sebenarnya baby akan pakai baju hospital. Jadi tak payah overthinking sangat pasal baju baby.
3. Item #1 dan #2 ni, letak dalam beg kecil dan terus bawa sebaik korang masuk PAC. Jangan tinggal kat suami sebab nanti susahkan dia. Once masuk PAC, agak susah dah nak jumpa suami nak ambil barang or what so ever
4. Buku pink jangan dilupa!
5. Tanggalkan barang kemas siap-siap di rumah.
6. Masa aku kat labour room, aku tengok ada HO lelaki dalam 3 orang. Tapi mereka ni banyak bantu cucuk branula macam tu je. Yang cek-cek ni semua HO perempuan. Ini yang aku dapatlah. Alhamdulillah aku direzekikan dengan perawat perempuan semuanya, sehinggalah di dalam bilik bersalin.
7. Di wad kelas 3, satu cubicle tu ada 6 beds. Aku duduk bed 16, hujung sekali. Agak selesa sebenarnya sebab macam ada private area sendiri. Tandas pun dekat. Kami ada minta wad kelas 2 tapi tak sempat dapat pun sebab duduk wad satu malam je. Bawalah biskut pek kecil-kecil dan air kotak supaya kalau lapar, boleh makan tu dulu. Benda ni pun letak siap-siap dalam beg kecil yang aku mention kat #3 tadi. Doktor lelaki ada, tapi sekali lagi aku direzekikan dengan doktor perempuan dan mereka sangat lemah lembut. Nurse pun ramai. Kau takkan terabai punye lah. Cuma aku rasa kita kenalah hormat mereka walaupun kita dalam keadaan emosi yang tak stabil. Kalau rasa tak puas hati dengan nurse ke apa, baik kau diam je. Tapi apa yang aku nampak, nurse kat sini semua pantas dan cekap dengan kerja mereka. Tak ada masa nak cari gaduh dengan pesakit.
8. Siapa cakap bersalin di hospital kerajaan tak bagus? Aku rasa ok. Mereka sangat professional. Nurse yang 'marah' aku masa dalam bilik bersalin tu, datang balik kat aku dan minta maaf. Katanya marah untuk kebaikan. Apa lagi yang aku nak? Mereka pun berkorban banyak. Baby aku keluar pukul 6.15 pagi. Aku tanya mereka, "dah sahur ke?" Mereka cakap "Puan jangan bimbangkan kami. Kami ok" walaupun di hujung telinga aku dengar : "Ya Allah ada lagi (kes) kat bilik 2 pulak".
9. Orang kata aku mudah bersalin. Alhamdulillah aku pun rasa begitu. Tak ada rahsia apa-apa. Aku tak makan makanan tambahan apa-apa kecuali makanan sihat. Aku pun pendosa, rasa tak layak untuk dapat kemudahan ini. Tapi aku selalu dampingi suami dan selalu minta doa dia. Lagi satu, aku rasa ini antara asbabnya juga: Setiap Jumaat aku akan bagi duit pada suami aku suruh dia drop kat tabung masjid dan aku khatam Quran selama 9 bulan mengandung tu. Alhamdulillah, walaupun sekali khatam je. Aku buat ni bukan sebab aku baik, tapi sebab aku hamba.
Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman aku. Alhamdulillah satu pengalaman yang manis. Thanks husband for the support and patience. Insya Allah lepas ni aku nak cuba buat proposal bersalin di Andorra pulak, hantar pada suami aku. Eh? Adik baby is coming ke?
Ummi Dhiya

Alhamdulillah...4 bulan dah ye Nuha...syukur.
ReplyDeleteye dah 4 bulan. doakan nuha membesar dgn baik dan sihat :)
DeleteAlhamdulillah..tahniah..saya pun 2x kali bersalin di hospital shah alam, dua2 ada pengalaman sendiri..biar disimpan jadi kenangan..hehe
ReplyDeleteSy pon bsalin hospital kerajaan...bg sy ok je. Sy pon dpt doc perempuan walaupon ada doc laki. Doc laki cuma psg CTG kt labour room ja ritu ms tgh menunggu
ReplyDeletetahniah 😄😄 boleh ke share kos bersalin kt hospital shah alam? 😊
ReplyDeleterasanya tk sampai rm100 kut. huhu. subsidised by gov malaysia
DeleteBulan puasa.wktu makan di wad mcm mna?..yg x lrt puasa tu kena beli sendiri ke..
ReplyDeletekalau dapat bed kat ward, maksudnya you entitle to get the food. Makanan ikut jadual makan biasa.Ada sarapan, lunch, tea, dinner. Yang puasa nurse je. Pesakit tak puasa. Hahaha
DeleteBoleh share tak masa kita nak besalin tu suami dapat masuk teman kita x???
ReplyDeleteHai Cik Fika,
DeleteDefinitely YES. Suami akan dipanggil masuk bila you dah kat dalam LR. You no need to think too much. Nurse yang akan atur. Tau2 husband you dah ada depan mata. Huhu
Seronoknya puan. Saya pun due 10 June , tapi tahun ni 10 June tu hari raya kelima. Mulanya cadang nak bersalin di kampung suami Batu Pahat , tapi nanti kalau dah nak terberanak suami takde di sisi sedih pulak. Jadi kami stay dulu di Shah Alam sepanjang Ramadhan prepare kalau baby nak keluar bulan puasa hehe
ReplyDeleteSalam puan. terima kasih berkongsi. Boleh saya tahu kalau bersalin di hospital shah alam ni, macam mana proses booking dia ye? or just walk in n pergi unit kecemasan?
ReplyDeletebersalin kat hospital kerajaan tak payah buat booking. you terus pergi ke PAC selalunya sebelah kecemasan. drop your wife kat situ, bawa buku pink siap2. lepas tu park your car at the designated area dan tunggu je depan PAC tu. standby phone sebab nurse akn call n guide u utk register etc2...lepas tu tgu je lah kat waiting area nti jaga akan panggil masuk LR bila wife dah ready nak bersalin.
Deletehai, salam. bestnya baca positive feedback mcm ni, lately ni asyik dengar dan baca bad thing pasl hospital shah alam ni, bila baca ni rasa confident je nk berslin di hos shah alam. nak tnya satu perkara lepas berslin boleh ada penjaga ke atau suami boleh masuk walaupun bukan waktu melawat?
ReplyDeleteHi Hidayu, mana-mana hospital kerajaan- waktu bukan melawat adalah tidak dibenarkan masuk walaupun waris terdekat; kecuali atas kes2 tertentu. Mcm saya haritu suami dpt masuk kejap waktu hantar saya ke ward dlm pkul 7.30pm dan lepas bersalin dlm 7.30am. lepas tu memang kena kelaur balik. The rest, mmg kita je kat ward. tp nurses ada je and they are very helpful. Kalau nak pg toilet, ada je adik2 HO yang tlg tengokkan baby.
Deletedue sy 14 june 2020 mmg plan nk bersalin di hospital shah alam. because this year june 2019 my sister pun bersalin situ. tengok semuanya bagus dan selesa. waaa better lah kerajaan. lebih terjaga dan jimat kosnya hehe
ReplyDeleteInsya Allah hajar. semoga allah mudahkan. saya mmg puji hospital shah alam.
Delete