Nama Anak Trendy dan Fancy: Best ke?


Bismillah

Hari ni mood aku adalah mood bawang. Bawang tentang trend amak apak letak nama anak fancy, pelik dan panjang.
Aku personally tak setuju dengan amak apak yang macam ni. Walaupun akan ada yang cakap:
"Eh lantaklah tu anak dia, kau jaga anak kau elok-elok sudeh. Anak baru sorang dah nak tunjuk pandai. Esok Allah uji kau dengan nafsu keinginan nak letak nama anak fancy jugak, baru kau tahu macam mana perasaan dia masa tu."
Ya ya. Aku tahu. MYOB. Tapi izinkan aku menulis secara neutral dengan beberapa justifikasi. Aku tak akan meremosi walaupun tadi mood aku agak bawang.

Mak-mak, ayah-ayah sekalian, 

Anak-anak ini adalah amanah dan tanggungjawab. Bukan aset dan liabiliti pun. Ia cuma pinjaman. Allah boleh ambil balik bila-bila Dia nak. Sebab tu sementara elok dalam jagaan kita, adalah menjadi tanggungjawab kita memberikan yang terbaik dan menjadi hak anak-anak mendapatkan yang terbaik. Salah satu hak anak adalah diberikan nama yang baik maksudnya, dengan harapan apabila dipanggil, ia akan menjadi doa kepada anak ini. Bukankah perkataan yang baik-baik kalau diulang akan menjadi doa?

Aku perasan, trend memberi anak dengan nama fancy fancy ni bermula dari parents yang lebih kurang seusia dengan aku. Means parents around 30-an sekarang. Apa yang korang nampak dalam hidup korang- Aku tak tahu. Korang tengok cerita apa sampai boleh terfikir nama-nama macam tu?

Qaseh
Qalisha
Anggun
Durian
Rambutan
Eh~

Aku tak cakap nama tu tak bagus. No. Tapi kenapa? Kenapa?


 Saranan aku adalah:
1. Ambillah nama dari Al-Quran, atau nama para sahabat atau nama tokoh dalam sejarah Islam.
2. Pentingnya belajar atau bertanya kalau tak tahu. Jangan memandai-mandai sampai nampak bodoh.
3. Salah huruf, salah makhraj boleh membawa salah maksud.
4. Tak perlu nama yang panjang kut, sebab 'berat' pembawakannya pada anak-anak.

Meh aku nak komen pasal menukar huruf pada ejaan nama ni dan apa implikasinya.

Contoh:
Qalbun = Hati
Kalbun = Anjing

Tapi tak semua ejaan tukar kepada Q adalah betul.
Contoh:
Ikram = mulia (Karim)
Iqram = Kapal karam lah kut. Aku tak tahu maksudnya apa.

Pastikan sebutan nama tu betul-betul dulu. Jangan ghairah tak tentu hala sangat dengan huruf Q.
Contoh:
Qalish = fancy, huh? Aku tak tahu maksudnya apa.
Khalis = ikhlas

Qaireen = Amende ni? Tak perlu nak double e pun kan?
Khairin = Kebaikan.

Nampak tak? Nampak tak?

Lepastu nak nampak canggih, kau tambah huruf yang tak perlu"
Contoh:
Aminah = Ameena
Hakim = Haqiem (dah la letak Q tu dah lari maksud)
Airil = Aeiriel (tepuk dahi aku dibuatnya)

Aku pernah jumpa ada satu parent ni, nama anak dia sama macam anak aku, Nuha. Tapi spelling nama anak dia NUWHA. Ya Rabbi. Aku tak boleh brain! Tak salah, tak lari maksud. Tapi kenapa kau nak susahkan ejaan nama tu?

Dear parents,
Be realistic. Aku tahu yang JPN tak halang. Mereka cuma letak syarat jangan lebih 80 aksara. Tu je. Tapi tolonglah buka mata luas-luas sikit. Aku rasa banyak cons dari pro letak anak panjang meleret macam keretapi ni.

1. Esok dah sekolah, dia mungkin menangis di hari pertama persekolahan dia semasa nak perkenalkan diri dalam kelas. Nak sebut pun panjang, nak tulis lagilah. Tu pun kalau masuk darjah satu pandai menulis. Kalau kau jenis parents yang lambak je anak kat sekolah dan semua baru nak mula waktu tu, macam mana?
2. Sepupu aku cikgu. Dia kata memang trend sekarang nama budak panjang-panjang dan pelik-pelik. Aminah is Aminah lah. Tapi kenapa daftar kat JPN dengan ejaan Amieenaaah? Tak ke jenuh cikgu nak kira berapa banyak A kau ada?
3. Aku pernah ada seorang kawan sekolah menengah dengan nama 6 perkataan termasuk 'binti' dan nama ayah dia. Dia sendiri mengaku susah nak isi nama pada borang yang ada kotak tu. Haritu masa akad nikah, dia kata kesian kat suami dia.
4. Ha ni paling haru. Talqin kau tak akan menyenangkan orang. Kalau ayat kasarnya; hidup tak menyenangkan orang, mati pun menyusahkan. Dahlah yang membaca talqin tu atuk-atuk, mata dah rabun (saje nak hyperbola). Kesian tau!
5. Kalau tak tahu Bahasa Arab pun, takpe. Tapi kau mengaji Quran kan. Sekurang-kurangnya familiar dengan makhraj. Kalau tak pasti, tanyalah orang yang arif. Aku pun tanya ustazah sekolah menengah aku dulu sebelum letak nama Nuha tu walaupun nama tu dah sahih dari Quran.

Menjadi seorang mak bukan setakat groom anak bagi comel, letak kat IG suruh orang puji. Adalah menjadi tanggungjawab kau untuk menjadikan dia tumbuh menjadi seorang yang baik dari dalam. Aku takut sebab ejaan nama salah, disebut hari-hari, menjadi doa dan ia bukanlah doa yang baik. Hasilnya anak itu menjadi keras hati, susah terima ilmu dan susah nak dengar nasihat orang. Nauzubillah.

Aku tahu aku tak layak menulis tentang tajuk ini. Tapi I've been scanning this trend sebelum aku kahwin lagi. Aku geram (sebab dengan sedikit ilmu Bahasa Arab yang aku ada) tapi aku rasa tak mampu nak voice out sebab semua orang macam ghairah menamakan anak dengan nama fancy tanpa sudi mendengar nasihat orang yang lebih pakar. Kentang kecil macam aku ni lagilah orang tak nak dengar.

Aku harap trend ni akan berakhir cepat dengan tersedarnya parent dengan segera. Aku risau masyarakat kita tenat dengan 'beratnya' panggilan yang digelarkan kepada mereka hingga meringankan perkara penting lain terutamanya agama. Aku tak cakap aku bagus. Tapi marilah kita sama-sama belajar.

Semoga masyarakat kita sedar.

Mak Nuha
Maaf sebab penulisan aku agak harsh. Marah mak-mak~

2 comments

  1. kita sependapat, dhiya.
    well written :)
    mereka nakkan fancy tu utk apa pun tak pasti, kan?
    lesser is more. yg pendek tu la yg straight to the makna.

    ReplyDelete