Assalamualaikum :)
DDD sangat tidak aktif sejak kebelakangan ini. Sindrom nak kahwin mungkin~ Pulak tu, boleh dikatakan semua entri yang saya tulis adalah entri super backdated yang mana bukan berlaku semalam atau semalamnya. Tapi dua ke tiga bulan lepas punya cerita. Kalau dalam konteks kerja ni, dah lama KPI saya jatuh melingkup!
Ini adalah salah satu cerita yang dah boleh dikategorikan sebagai purba. Purbalah~ Bulan lepas punya cerita kut...
Saya tak berminatlah nak menulis dan bercerita panjang. Mari saya kongsikan gambar-gambar menarik.
Hari pertama
Saya tak berminatlah nak menulis dan bercerita panjang. Mari saya kongsikan gambar-gambar menarik.
Hari pertama
Picnic site. Di sini ramai yang bawa keluarga dan berkelah sambil main belon gergasi. Orang single macam saya boleh tengok je dulu. |
Saya sebenarnya terlepas slot pertunjukan belon udara panas jam 7 pagi. Tak terdaya nak keluar seawal selepas solat subuh semata-mata untuk menembak gambar belon. Jadi sebaik sampai di sini pada jam 8 pagi, saya tengok banyak belon udara panas berada di site mereka sahaja dan tidak terbang ke udara.
Pagi pun orang ramai. Dengar katanya tiket untuk masuk ke dalam pagar belon udara panas tu sudah habis dijual seawal bulan Januari. Fuh. Boleh tahan sambutannya, ya.
Bukan setakat belon udara panas, pesta ini juga membuka peluang kepada peniaga-peniaga khususnya makanan. Banyak sangat food truck yang kita tak pernah tahu dan istimewa. Paling bagus, kebanyakan peniaga food truck yang berniaga di sini adalah dari kalangan orang Melayu. Makanan mereka penuh dengan inovasi yang dipersembahkan dengan cara yang sangat kreatif dan diberi nafas baru.
Agak-agak berani ke nak cuba? |
Kenyang 2 bulan :) |
Boleh juga kalau nak rasa naik helikopter. Tapi sekali lagi, saya gayat jadi tak teringin sedikit pun nak naik benda alah ni :) |
Hari kedua
Hari kedua saya datang ala kadar sahaja. Hajat untuk tengok belon udara panas dilepaskan ke udara tercapai juga pada sebelah petang walaupun sungguh ramai orang pada hari terakhir tu.
Saya pujilah pelaksanaan program ni. Bagus untuk rakyat Malaysia. Saya sendiri pun tidak pernah miss pertunjukan ini sejak beberapa tahun lepas. Sibuk macamana pun, saya akan cari masa untuk pergi dan rebut peluang ini. Kalau yang dah ada keluarga dan anak-anak kecil, lagilah bagus sebab kita boleh luangkan masa dengan mereka di samping dedahkan dengan dunia luar, cuma kena take extra precaution sikit sebab berdepan dengan orang awam.
Tahun depan harapnya boleh datang lagi. Untung-untung datang dengan suami sambil tolak stroller anak. Ehhhhhh??? Hoi, Dhiya! Habis tu senapang NIKON nak galas macamana? Lawak kasar ni, okehh!
Dhiya
Nampak muka orang yang mengintai tu? Jangan sakit jantung. Itu belon udara panas berwajah Ton Rentier dari Holland (kalau tak silap) |

No comments