Stokinnnnn?
Ha. Stokin.
Bunga stokin la~
Dulu kan...Saya selalu terbayang stokin Sandy (sarung kaki warna coklat tu) digunting-gunting dan dibuat bunga. Oh naifnya masa tu! Sekarang baru saya tahu yang memang ada sejenis fabrik sama macam kain stokin (tapi lebih nipis dan pelbagai warna) yang digunakan dalam membuat bunga stokin ni. Hihihi
Mungkin ramai yang tak tahu, saya sebelum ni sangat aktif menyiapkan DIY bunga tisu. Alhamdulillah bunga tisu saya tinggal lagi satu batch sahaja untuk disiapkan. Sebab itulah berani-berani test power membuat bunga stokin ni, itupun tak banyak- Dalam 40 pokok sahaja untuk bunga telur hantaran.
Tapi awal-awal saya bagi amaran. Bunga stokin ni lebih rumit dan cerewet untuk disiapkan. Banyak sangat steps yang perlu saya penuhi. Rather than DIY ni menjimatkan (setengah orang cakap begitu), rasanya DIY bunga stokin ni agak banyak modalnya. Cuma apa yang istimewanya nanti bunga telur ini akan jadi unik dan tidak ada di kedai-kedai selain kepuasan hati yang maksima sebab kita buat sendiri :). Tapi untuk mencapainya, kenalah terima hakikat yang kita perlu bermodal sedikit selain tenaga dan kesabaran yang tinggi.
Bahan-bahan yang diperlukan: Dawai, reben, manik atau inti bunga, manik hiasan dan kain stokin. |
Dawai: 25pcs RM2.20 Boleh didapati di kedai-kedai kelengkapan
perkahwinan seperti di Semua House tu. Murah pun murah. Tapi sejak GST
ni, saya tak ada membeli lagi. Tapi pastilah samada harga meningkat atau
tidak.
Reben: Ikut sukalah nak saiz dan warna apa. Saya beli di kampung saja.
Manik/ inti bunga: Untuk diletak di tengah-tengah bunga. Tak adalah nampak kosong sangat di tengahnya nanti
Manik hiasan: Saya beli di Fah Lean Balakong
Kain stokin: Bunga Reben Jalan TAR atau Semua House.
Step paling mencabar adalah semasa nak siapkan hal kecil-kecil ni.
Satu persatu ok. Satu demi satu. Jenuhhhh! |
Dawai tu perlu dibentuk menjadi kelopak bunga satu persatu. Kalau sekuntum bunga nak guna 8 kelopak, haaaa....kiralah sendiri kalau nak buat 50 kuntum. Kalau sepokok bunga telur kena ada 2 kuntum bunga, daaaaaah kena siapkan 100 kuntum kan~
Dawai tu saya bentukkan jadi bulat 2 saiz... |
Manik hiasan ini pun mujurlah ada yang dah siap. Kalau tidak, teruklah saya nak melekatkan manik pada tali tangsi tu satu demi satu. Menangis! |
Reben tak anyam lagi.
Bunga yang siap pun baru yang bersaiz besar. Yang kecil masih belum dibuat lagi. 50 kuntum pun bukan main mencabarnya!
Nak dijadikan pokok lagiiilah makan masa :(
Tak dibuka untuk tempahan sebab boleh tahannnnnnn renyahnya!
Stokin
Dhiya
Cantik dan kreatif
ReplyDelete