Bismillah
Tajuk penuh:
DAISO kenakan GST. Tapi Aku Beli Juga Sebab Aku Jumpa Barang Best untuk B2B!
Siapa yang masih gigih dengan DIY bunga tisu? Saya ada berita baik! Saya jumpa tisu warna warni yang sangat cantik di DAISO yang boleh anda gunakan sebagai bunga anda. Jadi tak perlu sedih lagi kalau tak mampu untuk ke IKEA. Harga di DAISO pun lebih murah walaupun dikenakan GST.
Jadi B2B, cepatlah ke DAISO berhampiran dan cari tisu ini. Saya ke IOI City Mall Putrajaya dan warna yang ada masa tu adalah merah, kuning dan hijau. Memandangkan saya dah ada warna kuning, jadi saya grab warna hijau dan warna merah.
Hailaaaa Dhiya. Bunga sendiri dah siap, tapi masih seronok membeli tisu warna ni. Tapi tak apa, tempahan untuk bunga tisu ini sentiasa dibuka. Jadi saya tak sedih sangat sebab saya tahu, ia tak akan terperam begitu sahaja!
Tisu-tisu di atas rak. Tapi dah luak sebab saya dah beli. Jangan sedih yaaaa! |
Sebut tentang GST, saya sedih jugalah sebab DAISO ni macam kedai mampu milik. Semua orang suka ke sini kerana barang-barangnya convenient dan helpful. Setiap barang sekarang dah jadi RM 5.30 instead of RM 5. Cashier pun dah terkial-kial menyediakan baki wang terutamanya syiling sekarang ni sebab jumlah bayaran tidak lagi genap.
Tapi apa boleh buat. Polisi kerajaan. Rela atau tidak, kita terpaksa telan tanpa pilihan.
Dah alang-alang tu, saya terus sahaja beli bamboo basket berbentuk bulat ini sebagai tambahan hiasan h*nta**n saya. Kali ini h*nta**n saya saya akan buat sendiri. Serik benar rasanya mengenangkan kisah Januari lepas. Sub kan pada orang, kosnya bertambah dek mengikut citarasa si penggubah, tanpa mempertimbangkan bajet saya (padahal amatur je pun, jiran sekampung~)
Bamboo basket saya beli 5 sahaja setelah mencongak barang-barang yang memerlukan tapak |
Nampak tu. GST RM 2.70. Tahniah Malaysia |
Ini tisu berwarna dari DAISO yang saya dah beli. Saya tak pastilah masih ada berapa di rak. All the best kepada yang memburunya! |
Dhiya
cun jugak guna bamboo basket tu..tgah cari idea untuk dulang hantaran majlis bulan 10 nti..huhu..terima kasih yea, boleh la pegi terjah daiso nanti..
ReplyDeletehehe nsb yui belum nak khwin lg..haha.. kalau tak mau gak borong.
ReplyDelete