Ibu Terbaik


Bismillah

Dengan nama Allah, semoga penulisan kali ini menjadi peringatan dan pengajaran pertamanya kepada diri saya sendiri- Sebelum sampai kepada orang lain. Biarlah kering air mata saya menangis untuk menulis mesej ini, asalkan kebenarannya ternukil.

Saya bukan seorang ibu. Maksud saya- Belum lagi menjadi seorang ibu. Namun siapa tahu setahun dua dari sekarang, kehidupan saya meriah dengan anak-anak. Saya amat sedar, tajuk ini tidaklah layak untuk saya huraikan dengan panjang lebar seperti sudah punya pengalaman. Tetapi ada beberapa isi penting yang boleh saya titipkan sedikit pandangan dan komentar dari sisi pandangan seorang anak. Ya, ini adalah persepsi ibu terbaik dari kaca mata seorang anak. (Sengaja saya akan lenyapkan istilah bapa bukanlah kerana bapa tidak punya fungsi, tetapi penekanan saya dalam penulisan ini adalah lebih kepada ibu.)

Alif Baa Taa
Masih terngiang-ngiang lagu mengenal huruf Hija'iyyah yang ibu nyanyikan semasa di dapur, semasa baring bersama malah semasa mandi. Setiap kali usai solat Maghrib bersama, si anak tanpa dipaksa akan terus mengambil rehal dan Muqaddam untuk tasmi'. Kadang-kadang pelat, kadang-kadang ibu garang. Rotan di sebelah tak pernah ditinggal, tapi tidak pernah menghinggap. Surah-surah lazim pula dialunkan setiap kali sebelum tidur. Semuanya berlaku di rumah. Penuh Rela. Tanpa paksa.
Dalam kehidupan seorang anak yang lain, nasibnya sungguh berbeza. Tiada nyanyian bersama ibu, tiada solat bersama, malah tiada sesi tasmi' bersama. Anak ini diupah orang setiap selepas Maghrib supaya mengenal Alif Baa Taa hingga boleh mengaji dengan bayaran RM30 sebulan. Mungkin. Suasana seperti sekolah. Sedangkan seharian sudah berada di sekolah. Di mana sosok tubuh seorang ibu- Saya pun tidak pasti.

Di Rumah
Sedari celik mata pagi, ibu yang menyanyi lagu Aliff Baa Taa itu sudah sibuk di dapur. Rasanya, mungkin hingga ke hari ini pun rutinnya masih begitu. Walau hanya nasi goreng yang nasinya adalah lebihan malam tadi, dia tetap memasak. Orang susah, membazir jangan. Si anak tetap makan. Tiada istilah tidak sedap, bosan atau apa-apa rungutan. Malah bertambah dua kali. Air tangan bonda benarlah sungguh sakti. Ajaibnya hingga tiada sebarang penerangan lanjut. Ibu terbaik.
Anak yang mengaji dengan upahan orang tadi, bangun tidurnya sendiri. Tiada geletek manja dari ibu. Ada seorang bibik Indon ditinggalkan untuk si anak itu. Si bibiklah yang memandikannya, si bibiklah yang menyediakan makan pakainya, si bibiklah yang melayan zaman kanak-kanaknya menggantikan ibu yang sibuk bekerja supaya tidak berlohong sunyi dan kosong. Rasanya sehingga hari ini pun, si bibik itu masih setia dengan si anak itu walau anak itu sudah dewasa. Tidak salah menjadi ibu bekerja. Saya sedang bercerita. Jangan tuduh saya berat sebelah.

Yeay Ibu Pulang!
Pada hari-hari tertentu, si ibu yang sibuk di dapur tadi akan ke kebun juga. Sepanjang bepergian, anaknya kadang-kadang ditinggalkan sendiri. Tak ada bibiklah katakan. Pesan ibu itu panjang berjela. Jangan buka pintu, jangan main api, jangan main pisau, jangan merayap. Makanan sudah ada semua di atas meja. Makan dan tonton saja TV. Sebaik mendengar ibu pulang, anak ini gembira. Ibu disambut dengan jerit gembira. Ibu tidak pernah lupa membeli jajan dua puluh sen barang satu atau dua. Hari-hari jajan yang sama, tapi anak itu tidak pernah merungut. Apa adanya, dia terima.
Anak yang dijaga bibik tadi, dikurung di rumah tanpa izin keluar yang keras. Duduklah dia di rumah dengan bibik yang menjadi ganti ibunya. Makanlah dia air tangan bibik. Belajarlah dia bahasa bibik. Dengarlah dia cerita bibik. Sebaik ibunya pulang, hati melonjak teruja. Ditunjukkan kuih pau yang dibuat bersama bibik.
"Yeay ibu pulang!"
"Jangan bising. Ibu penat. Pergi main jauh!"
"Ibu saya buat kuih pau. Rasalah"
"Jangan kacau ibu. Ibu penat bekerja!" Sambil berlalu pergi tanpa memandang pau hasil si anak.
Setelah lebih 20 tahun, saya yakin si anak masih terluka dengan cerita pau ini. 

Zaman Belajar
Anak yang ibunya bawakan jajan tadi, dalam susah payah dihantar juga bersekolah. Citanya tinggi. Anak itu tak akan mewarisi kesusahan ibu itu. Pergilah terbang jauh, cuma jangan lupa sekali sekala menyinggah kembali ke sarang lama. Anak ini gembira. Jalannya mudah dengan berkat doa ibu. Terbang tinggi lagi jauh. Sekolahnya kini di bandar. Setiap awal tahun, si ibu akan bersusah payah menghantar anak itu ke asrama. Tingkat tiga pun dia sanggup daki dan jinjitkan beg si anak yang berat dengan baju dan buku.
Sama juga di zaman universiti. Sanggup menyewa orang untuk memandu ke kota menghantar anak ke universiti. Si ibu itulah yang bersusah payah berhabis wang ringgit dan tenaga. Terasa tiada apa yang lebih membanggakan, anak kampung yang dididiknya jauh merentas kota.
Si anak jauh dari mata. Tapi selalu dipeluk restu dan doa. Berjalan kaki ke kelas walau kadang berhujan, berpanas atau disimbah air bertakung dari gelecek tayar kenderaan di jalanan.Tapi semangatnya tidak pernah luntur demi maruah keluarga tercinta.
Anak yang dimarah ibunya kerana pau tadi, menjadi anak bandar yang bersekolah di sekolah elit kota. Masih, keperluannya dijaga oleh bibik hingga pada usia dewasa. Pengajian universitinya, dia datang sendiri mengangkut keperluan asrama tanpa ibu di sisi. Semuanya sendiri. Cuma sebuah kereta diberi buat 'bekal' agar mudah bergerak ke sana ke mari serta mudah dan segera kalau dipanggil balik ke rumah oleh ibunya.
 
Anakku Sazali
Perjalanan anak yang ibunya bergolok bergadai menghantar anak ke universiti tadi semakin mencabar. Zaman bekerja bukanlah mudah. Tuntutan tugas dan kekangan waktu selalu merenggut emosi. Dia kalau boleh ingin selalu ada di sisi ibu yang makin tua. Sakit demamnya, apalah kudrat orang kampung seperti ibu itu untuk berikhtiar kalau tanpa orang yang punya sedikit lebih upaya seperti anaknya. Tapi tidak boleh tidak, dia akan mencuri masa pulang ke desa. Sarang lama- Biar kecil, kotor, berdebu dan tidak mewah- Itulah tempat segalanya bermula. Mana mungkin senang dilupa. Jauh ke hujung dunia sekalipun, rumah desa itulah yang paling membawa bahagia. 
"Anakku bukan Sazali"
Bisik si ibu dalam doa malamnya
" Terima kasih ibu, kerana tidak menjadikan aku seorang 'Sazali' yang musnah"
Bisik si anak dalam doa pendeknya.
Ajaibnya kasih ibu. Tanpa harta yang melimpah ruah, ibu ini berjaya membuktikan kuasa kasih sayang adalah kunci kepada lunaknya hati si anak.
Anak yang mendaftar sendiri sewaktu di universiti itu, kini seorang profesional yang boleh dibanggakan. Tapi dia selalu sunyi. Jarang sekali pulang berhujung minggu di rumah ibu. Ibu pun masih sibuk seperti dulu. Kariernya meningkat seiring usia. Mereka berlumba profesionalisma tanpa menghargai nilai familisma. Hati si anak tawar dengan ibu. Sedang ibu mengharapkan anak yang dibesarkan selama ini 'pulang' memberi jasa kepadanya semula.
"Kamu sudah lupakan ibu!"
"Bagaimana mungkin?"
"Kamu tidak lagi mendengar arahan dan kata-kata ibu"
"Kerana saya telah dan sedang dewasa, ibu"
"Kamu derhaka dengan ibu!"
"Seteruk itu?"
"Inikah balasan yang ibu dapat, setelah ibu didik kamu dengan penuh kasih mesra?"
"Ibu, jikalau 10 tahun dahulu ibu melakukan sedemikian (memberi perhatian sebaik mungkin dan memenuhi hak saya mendapat kasih sayang dan perhatian ketika itu), barangkali saya boleh jadi baik sekarang..Tapi sekarang sudah terlambat, ibu. Terlambat..."
"Ibu yang bersalah dalam soal ini, ibu membesarkan saya dengan material, tetapi saya tandus perhatian, kasih sayang dan sokongan emosi. Ibu selalu mengugut saya dengan isu restu, redha dan neraka. Tapi pernahkah ibu terfikir apa ertinya seorang ibu yang tidak menunaikan hak kasih sayang kepada anaknya? Saya bukan minta dimanja dengan semua hajat yang mesti tertunai. Cukuplah sekadar perhatian yang diberikan walau dalam bentuk senyuman mesra dan pelukan kasih. Tapi saya tidak merasainya 10 tahun dulu, apatah lagi sekarang, ibu"
"Ya, saya mirip sikap Sazali. Tapi saya tidak sejahat Sazali, ibu. Fahamilah secebis isi hati saya. Ibu juga sebahagian dari punca mengapa saya menjadi saya yang hari ini."

---------
Hari ini, saya melihat dan mengenali 'Sazali' yang teraniaya ini. Terasa bagai mimpi dan drama. Jasadnya tegak penuh karisma, tapi jiwanya mengalami kecederaan emosi yang teruk akibat 'penderaan' itu. Benarlah telahan saya, kisah kuih pau itu masih jelas dalam ingatannya dan diulang kepada saya berkali-kali. Dia cukup semua keperluan material, tetapi sangat tandus sokongan emosi. Dia 'mencari Tuhan' atas inisiatif bersama rakan-rakan di universiti, mujur. Saya ngeri. Kalau dia tersilap memilih teman, entah siapalah dia hari ini.

Saya terpukul. Saya sedang bekerja. Esok lusa kalau diizin Tuhan, saya akan menjadi ibu. Mampukah saya untuk tidak mewarisi atau mengulangi kepincangan ibu yang menuduh anaknya derhaka itu, sedangkan puncanya adalah dari kurangnya masa dia bersama dengan anaknya.

Senyap-senyap saya menulis. Cita-cita sebenar saya adalah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, biarpun saya punya sijil sarjana. Semua itu tiada makna apa-apa kalau keluarga saya kelak porak peranda hanya kerana kurangnya kasih dan sayang yang wajarnya datang dari saya.

Ibu terbaik-
Bukan yang mampu menyediakan semua keperluan material dan menutup mulut anak dengan wang ringgit.
Mereka itu adalah ibu yang mampu memeluk kasih anak, mendoakan hati mereka agar menjadi lunak, tidak 'liar' dan keras seperti batu.
Mereka itu adalah yang redha dan restu bukan pada salaman tangan, tapi pada hati yang lapang.
Kerana
Esok atau lusa
Anak inilah yang akan dengan rela hati terjun ke lahad menyambut jasad kita
Anak inilah aset yang membantu kehidupan di alam sana

Anak yang Sazali
Saya bimbang dia tidak sedikit pun sedih dan kosong
Saat kehilangan kita
Kerana dia sudah terbiasa dengan sebuah ketiadaan dan kesunyian.

Allahua'lam.
Dahlia

*Entri ini adalah persepsi ibu terbaik dari kaca mata saya yang mewakili seorang anak. Dinukilkan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang esok lusa akan menjadi emak.

DAISO kenakan GST. Tapi Aku Beli Juga Sebab...


Bismillah

Tajuk penuh:
DAISO kenakan GST. Tapi Aku Beli Juga Sebab Aku Jumpa Barang Best untuk B2B!

Siapa yang masih gigih dengan DIY bunga tisu? Saya ada berita baik! Saya jumpa tisu warna warni yang sangat cantik di DAISO yang boleh anda gunakan sebagai bunga anda. Jadi tak perlu sedih lagi kalau tak mampu untuk ke IKEA. Harga di DAISO pun lebih murah walaupun dikenakan GST.
Jadi B2B, cepatlah ke DAISO berhampiran dan cari tisu ini. Saya ke IOI City Mall Putrajaya dan warna yang ada masa tu adalah merah, kuning dan hijau. Memandangkan saya dah ada warna kuning, jadi saya grab warna hijau dan warna merah.

Hailaaaa Dhiya. Bunga sendiri dah siap, tapi masih seronok membeli tisu warna ni. Tapi tak apa, tempahan untuk bunga tisu ini sentiasa dibuka. Jadi saya tak sedih sangat sebab saya tahu, ia tak akan terperam begitu sahaja!
Tisu-tisu di atas rak. Tapi dah luak sebab saya dah beli. Jangan sedih yaaaa!
Sebut tentang GST, saya sedih jugalah sebab DAISO ni macam kedai mampu milik. Semua orang suka ke sini kerana barang-barangnya convenient dan helpful. Setiap barang sekarang dah jadi RM 5.30 instead of RM 5. Cashier pun dah terkial-kial menyediakan baki wang terutamanya syiling sekarang ni sebab jumlah bayaran tidak lagi genap.

Tapi apa boleh buat. Polisi kerajaan. Rela atau tidak, kita terpaksa telan tanpa pilihan. 
Dah alang-alang tu, saya terus sahaja beli bamboo basket berbentuk bulat ini sebagai tambahan hiasan h*nta**n saya. Kali ini h*nta**n saya saya akan buat sendiri. Serik benar rasanya mengenangkan kisah Januari lepas. Sub kan pada orang, kosnya bertambah dek mengikut citarasa si penggubah, tanpa mempertimbangkan bajet saya (padahal amatur je pun, jiran sekampung~)
Bamboo basket saya beli 5 sahaja setelah mencongak barang-barang yang memerlukan tapak
Nampak tu. GST RM 2.70. Tahniah Malaysia
Ini tisu berwarna dari DAISO yang saya dah beli. Saya tak pastilah masih ada berapa di rak. All the best kepada yang memburunya!
Rakan-rakan DIY, moga terus bersemangat! Sebarang perkongsian, bolehlah dimajukan kepada saya melalui email diahalida@gmail.com. Beri salam dan kenalkan diri. Anda pasti cantik :)

Dhiya

Entri Lama: Pesta Belon Putrajaya


Assalamualaikum :)

DDD sangat tidak aktif sejak kebelakangan ini. Sindrom nak kahwin mungkin~ Pulak tu, boleh dikatakan semua entri yang saya tulis adalah entri super backdated yang mana bukan berlaku semalam atau semalamnya. Tapi dua ke tiga bulan lepas punya cerita. Kalau dalam konteks kerja ni, dah lama KPI saya jatuh melingkup!

Ini adalah salah satu cerita yang dah boleh dikategorikan sebagai purba. Purbalah~ Bulan lepas punya cerita kut...

Saya tak berminatlah nak menulis dan bercerita panjang. Mari saya kongsikan gambar-gambar menarik.
Hari pertama
Picnic site. Di sini ramai yang bawa keluarga dan berkelah sambil main belon gergasi. Orang single macam saya boleh tengok je dulu.
Saya sebenarnya terlepas slot pertunjukan belon udara panas jam 7 pagi. Tak terdaya nak keluar seawal selepas solat subuh semata-mata untuk menembak gambar belon. Jadi sebaik sampai di sini pada jam 8 pagi, saya tengok banyak belon udara panas berada di site mereka sahaja dan tidak terbang ke udara.
Pagi pun orang ramai. Dengar katanya tiket untuk masuk ke dalam pagar belon udara panas tu sudah habis dijual seawal bulan Januari. Fuh. Boleh tahan sambutannya, ya.
Bukan setakat belon udara panas, pesta ini juga membuka peluang kepada peniaga-peniaga khususnya makanan. Banyak sangat food truck yang kita tak pernah tahu dan istimewa. Paling bagus, kebanyakan peniaga food truck yang berniaga di sini adalah dari kalangan orang Melayu. Makanan mereka penuh dengan inovasi yang dipersembahkan dengan cara yang sangat kreatif dan diberi nafas baru.
Agak-agak berani ke nak cuba?
Kenyang 2 bulan :)
Belon ini naik sekadar 30 kaki dengan membawa pelawat-pelawat yang mempunyai tiket dalam 10 minit. Saya memang tak minat slot ni sebab saya ada penyakit gayat. Jadi saya tak kisah untuk hanya berada di bawah dan menembak gambar. Hihihi
Boleh juga kalau nak rasa naik helikopter. Tapi sekali lagi, saya gayat jadi tak teringin sedikit pun nak naik benda alah ni :)
Hari kedua
Nampak muka orang yang mengintai tu? Jangan sakit jantung. Itu belon udara panas berwajah Ton Rentier dari Holland (kalau tak silap)
Hari kedua saya datang ala kadar sahaja. Hajat untuk tengok belon udara panas dilepaskan ke udara tercapai juga pada sebelah petang walaupun sungguh ramai orang pada hari terakhir tu.
Saya pujilah pelaksanaan program ni. Bagus untuk rakyat Malaysia. Saya sendiri pun tidak pernah miss pertunjukan ini sejak beberapa tahun lepas. Sibuk macamana pun, saya akan cari masa untuk pergi dan rebut peluang ini. Kalau yang dah ada keluarga dan anak-anak kecil, lagilah bagus sebab kita boleh luangkan masa dengan mereka di samping dedahkan dengan dunia luar, cuma kena take extra precaution sikit sebab berdepan dengan orang awam.

Tahun depan harapnya boleh datang lagi. Untung-untung datang dengan suami sambil tolak stroller anak. Ehhhhhh??? Hoi, Dhiya! Habis tu senapang NIKON nak galas macamana? Lawak kasar ni, okehh!

Dhiya

Ni Kenapa ni?


Tiba-tiba je ni.

Kenapa?
Betul-betul kena hack ke.....Atau saja-saja punya pop-up? Eh tak mungkinlah saja-saja kan?

Menyesalnya buta IT.

DIY: Bunga Stokin Separuh Siap


Stokinnnnn?

Ha. Stokin.
Bunga stokin la~

Dulu kan...Saya selalu terbayang stokin Sandy (sarung kaki warna coklat tu) digunting-gunting dan dibuat bunga. Oh naifnya masa tu! Sekarang baru saya tahu yang memang ada sejenis fabrik sama macam kain stokin (tapi lebih nipis dan pelbagai warna) yang digunakan dalam membuat bunga stokin ni. Hihihi

Mungkin ramai yang tak tahu, saya sebelum ni sangat aktif menyiapkan DIY bunga tisu. Alhamdulillah bunga tisu saya tinggal lagi satu batch sahaja untuk disiapkan. Sebab itulah berani-berani test power membuat bunga stokin ni, itupun tak banyak- Dalam 40 pokok sahaja untuk bunga telur hantaran.
Tapi awal-awal saya bagi amaran. Bunga stokin ni lebih rumit dan cerewet untuk disiapkan. Banyak sangat steps yang perlu saya penuhi. Rather than DIY ni menjimatkan (setengah orang cakap begitu), rasanya DIY bunga stokin ni agak banyak modalnya. Cuma apa yang istimewanya nanti bunga telur ini akan jadi unik dan tidak ada di kedai-kedai selain kepuasan hati yang maksima sebab kita buat sendiri :). Tapi untuk mencapainya, kenalah terima hakikat yang kita perlu bermodal sedikit selain tenaga dan kesabaran yang tinggi.
Bahan-bahan yang diperlukan: Dawai, reben, manik atau inti bunga, manik hiasan dan kain stokin.
Dawai: 25pcs RM2.20 Boleh didapati di kedai-kedai kelengkapan perkahwinan seperti di Semua House tu. Murah pun murah. Tapi sejak GST ni, saya tak ada membeli lagi. Tapi pastilah samada harga meningkat atau tidak.
Reben: Ikut sukalah nak saiz dan warna apa. Saya beli di kampung saja.
Manik/ inti bunga: Untuk diletak di tengah-tengah bunga. Tak adalah nampak kosong sangat di tengahnya nanti
Manik hiasan: Saya beli di Fah Lean Balakong
Kain stokin: Bunga Reben Jalan TAR atau Semua House.

Step paling mencabar adalah semasa nak siapkan hal kecil-kecil ni.
Satu persatu ok. Satu demi satu. Jenuhhhh!
Dawai tu perlu dibentuk menjadi kelopak bunga satu persatu. Kalau sekuntum bunga nak guna 8 kelopak, haaaa....kiralah sendiri kalau nak buat 50 kuntum. Kalau sepokok bunga telur kena ada 2 kuntum bunga, daaaaaah kena siapkan 100 kuntum kan~
Dawai tu saya bentukkan jadi bulat 2 saiz...
Manik hiasan ini pun mujurlah ada yang dah siap. Kalau tidak, teruklah saya nak melekatkan manik pada tali tangsi tu satu demi satu. Menangis!
Reben tak anyam lagi.
Bunga yang siap pun baru yang bersaiz besar. Yang kecil masih belum dibuat lagi. 50 kuntum pun bukan main mencabarnya!
Nak dijadikan pokok lagiiilah makan masa :(
Setakat ni, inilah hasil bunga stokin saya. Nanti kalau dah jadi pokok bunga telur, saya kongsikan pula gambarnya.

Tak dibuka untuk tempahan sebab boleh tahannnnnnn renyahnya!

Stokin
Dhiya

Random


Ahad
12.20 tengah malam.

Bismillah
Dah lama rasanya saya tak berjaga hingga lewat malam seperti ini. Sejak bekerja (sama seperti pengalaman bekerja 2 tahun lalu), saya agak menitikberatkan waktu tidur malam saya. Selalunya jam 10 saya sudah mula mendarat atas katil dan esoknya akan bangun seawal jam 6 pagi.

Malam ini malam minggu. Agak santai dan tenang. Cuma kadangkala ada juga beberapa isu yang menggangu perasaan. Biasalah tu, kan. Semua orang ada masalah. Tinggal lagi bagaimana ia dihadapi dan ditangani, bukan bagaimana ia dielak.

Karier bermula dengan baik. Boleh dikira baiklah kerana sekurang-kurangnya saya mendapat kerja sebaik tamat pengajian. Transkrip rasmi masih belum boleh dituntut kerana saya masih lagi belum berkonvo. Maka bertahanlah saya dengan transkrip Master yang tidak rasmi itu untuk dijaja ke syarikat-syarikat atau universiti-universiti yang sudi menerima kiranya ada.

Rakan-rakan yang setia masih setia. Mereka sungguh baik sehingga kadang-kadang saya terfikir mengapa mereka terlalu baik terhadap saya sedang saya bukanlah rakan terbaik buat mereka. Ya, kerana memang mereka baik. Dalam sunyi, saya selalu berharap agar Allah menjadikan saya seperti mereka- Setia dan menerima orang luar bernama sahabat sama seperti saudara mereka. Saya tidak ramai kawan. Tapi yang ada sekarang adalah kawan yang sebenarnya-benarnya ikhlas dan tulus. Yang datang ketika saya senang, dan pergi ketika waktu sukar saya- Saya tidak ada hak untuk menghalang. Itu pilihan. Kerana itu mereka yang memilih untuk setia bersama saya sewaktu sukar saya- Merekalah sahabat yang saya kasihi dunia akhirat. Terima kasih kalian. :)

Keluarga masih yang utama. Sebaik masuk ke perenggan ini, mata saya terus berkaca. Entah. Keluarga saya adalah urat-urat dan nadi saya. Sakit mereka, sakitlah saya. Gembiranya mereka, gembiralah saya. Emak dan abah- Selamanya nama yang teratas. Mereka terlalu hebat. Kadangkala saya rasa tak layak menjadi anak mereka kerana saya masih belum mampu membalas jasa mereka. Pada usia ini, saya masih manja dan kelihatan seperti tidak boleh berdikari. Saya tidak boleh kehilangan mereka. Saya masih belum cukup masa untuk bermanja dengan mereka.
Emak dan abah- Walau hanya orang kampung biasa, tapi berjaya mendidik kami dengan tulang empat keratnya sendiri. Tiada bibik dan tidak pernah dihantar ke pusat asuhan. ABC saya, Alif Ba Ta saya- Semuanya bermula di rumah dalam timangan emak dan abah. Saya bangga kerana ada saja orang kota yang punya semua; Pangkat besar, rumah besar dan gaji yang besar- Tapi anak-anaknya membesar di tangan pembantu rumah bukan warganegara. Anak menyambut ibu pulang dari kerja, tapi diherdik kerana alasan penat seharian. Maka tidak pelik kalau anak itu membesar menjadi keras dan tidak lunak hatinya kepada ibu bapa. Saya tahu. Ada. Kerana saya saya tahu orangnya.
Dan semoga sampai giliran kita nanti- Kita tak akan mengulangi kesilapan besar ini waima kita telah bekerja. Jangan sekali sekali. Janji.

Calonnya?
Ada.
Alhamdulillah Allah sudah beri di ulangtahun kelahiran lepas. Kacak macam hero Hindustan. Suka hati sayalah nak puji. Yang penting emak dan abah redha, Insya Allah. Cuma saya tak pasti- Atas mehnah dan tribulasi dalaman dan luaran yang sedang saya hadapi, mampukah saya menjadi sorang wanita yang terbaiknya untuknya. Saya ini manja, saya ini degil, saya ini keras hati, saya ini lekas merajuk, saya ini pemarah, saya ini tidak pandai memasak, saya ini tidak ada rupa, saya ini serba tidak sempurna. Saya tak pastilah sejauh mana saya diterima. Tolong ingatkan saya; esok lusa kalau saya bersedih atas pilihan ini, katakanlah ini adalah pilihan Allah. Esok lusa kalau saya gembira menyentuh awan, katakanlah ini juga aturan Allah. Pujuk hati saya. Peluklah saya. 

Masih ada impian untuk menyambung pengajian. Tapi matlamat saya biarlah saya keluar dari waktu kritikal ini terlebih dahulu. Kalau diizinkan, saya nak terbang jauh keluar dari Malaysia. Bila jauh, kita akan lebih berdikari. Insya Allah. Lagipun kalau PHD di Malaysia, banyak undangan kenduri yang perlu dipenuhi (alasan yang tak ada kaitan sangat!)
Doakan saya. Lambat atau cepat, biar Allah yang tentukan. Amin

Selesai luahan rawak menyentuh beberapa isu. Terima kasih kerana membaca. Anda tahu siapa anda. Yang selalu- Sebaik membaca, akan print screen atau komen atau beritahu di aplikasi Telegram atau WhatApps dengan segera. Lidah boleh menipu, tapi luahan hati yang diterjemah di sini tak mungkin dusta.

Salam sayang
Dhiya

Bunga Ros Pandan


Bismillah

Tahniah untuk diri sendiri sebab bersikap proaktif untuk mencantikkan dan mewangikan bilik pejabat sendiri. Masa mula-mula masuk dulu, bilik ni memang tak ada deodorizer atau air freshener. Kalau penghawa dingin terpasang, memang tak ada hal. Tapi kalau sebaliknya, bilik ni akan berkuap dan mulalah bau-bau yang tak gwiyomi akan muncul.

Semalam, saya ke pasar malam. Beli daun pandan. Sungguh muka macam makcik yang nak buat bubur atau pengat pisang. Tapi saya tak kisah. Misi mewangikan ruang pejabat saya mesti diselesaikan. Seikat daun pandan tu, RM1. Boleh dikira murahlah walaupun kalau di kampung saya boleh petik pada kadar percuma. Ada harga yang perlu dibayar atas sebuah kehidupan, Dhiya!

Pagi ini, saya sempatkan jugalah menganyam daun pandan tersebut menjadi bentuk bunga ros. Sebaik siap, saya letakkan dalam cawan kertas dan letak tepi PC. Cukuplah nak mewangikan tempat sendiri. Tempat orang lain? Malas nak layan. Kalau nak, datang sini berguru macamana nak menganyam daun pandan tu~ Hewhewhew!
Please say hi to my pandan rose!
Masih tak mancapai kekemasan tahap ultra. Tapi bolehlah takat nak letak atas meja sendiri :p

Lepas ni bos mesti suka buat kerja dekat meja saya. Nak baca surat pun mesti nak duduk tempat saya~
Uish. Baru berjaya transform pandan jadi ros, dah riak setaman. Itu belum lagi dapat tukar daun jadi duit!

Sebenarnya benda ni dah lama pun. Boleh cari di Youtube dengan menggunakan kata kunci PANDAN ROSE, banyak sangat video tutorial yang boleh dijadikan rujukan. Tinggal lagi nak buat atau tidak. Kalau rasa nak jimat, bolehlah cuba. Tak gulung tikar pun Glade atau Ambi Pur kalau kita gantikan dengan pandan ni.
Zaman GST ni, hidup semua kena minimalis.

Selamat mencuba!

Dhiya

Tolak


Bismillah

Jumaat lepas banyak sangat hal yang terjadi. Banyak sampai malas nak cerita. Tapi saya nak tulis tentang tolak tawaran kerja. (Gila ke hape~ Orang lain menggelabah nak kerja, tapi kau boleh senang-senang tolak?) Konon bermonolog la.

Tidak dinafikan, memang saya mahukan kerja di situ. Saya yang minta. Saya yang hantar CV, dan saya yang hadir temuduga. Tapi kadang-kadang kita lupa yang sekemas mana pun perancangan kita, aturan Allah adalah lebih baik dan paling sempurna. 
Nak dijadikan cerita, saya diberitakan yang saya telah berjaya dalam temuduga tersebut. Dua hari sebelumnya, saya diberitahu oleh akak yang abah akan dimasukkan ke hospital Kuantan untuk prosedur Angio pada hujung bulan ini. Saya minta akak pindahkan abah ke IJN sebab sekurang-kurangnya saya mahir di kawasan itu. Kalau di Kuantan ni (alahaiiiii) saya memang lemah sebab dari kecil hingga ke besar, padang main saya memang di sekitar Kuala Lumpur. Akak cakap dah tak boleh tukar sebab surat rasmi sudah dikeluarkan. Pasrah.
Dilemanya bukan sedikit. Banyak hal yang perlu dipertimbangkan. Gusarnya sama sahaja macam waktu abah sakit teruk lama dulu yang mengeheret saya berkampung di Hospital Temerloh selama dua minggu sehelai sepinggang dan menolak ke tepi hal pelajaran dan hal peribadi sendiri.

Apabila sudah berkerjaya ni, makin banyak lagilah hal yang perlu dipertimbangkan. Ambil cuti tu sudah pasti. Tinggal lagi nak dikira berapa bilangan harinya. Diluluskana tau tidak- saya tak kisah sangat sebab saya akan tetap cuti kerana ini hal keluarga. Saya tak takut pada perkataan CUTI TIDAK DILULUSKAN kerana pada saya keluarga adalah nombor satu.

Take it or leave it

I choose to leave it. Saya tahu saya telah mengecewakan bakal majikan saya. Tapi saya terpaksa pilih satu antara dua yang terpenting dalam hidup saya. 
Saya redha. Saya pun dah minta maaf pada orang yang berkenaan. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan mampu digalas sebaiknya.
Abah tanya adakah keputusan ini dibuat kerana dia?
Semestinya ya.
Saya sanggup hilang kerja, hilang harta sekali pun nyawa Asalkan abah dan emak di tempat yang terutama.

Saya tolak.

Dhiya

Khamis


Bismillah

Hm...
Khamis dah~

Banyak sungguh senarai tugas yang masih belum saya boleh cross dari dalam diari. Cadangnya saya nak siapkan semua hari ini. Tapi kita tengoklah macamana kan~
Tapi kenapa pagi-pagi dah malas ni?! Argh!

Bos EL. Mungkin itu salah satu sebab kenapa lemau semacam je ni. Eh tapi tak baik la kan. Banyak jurnal nak dibaca dan sedikit write-up untuk sendiri perlu dibuat.

Ya Allah
Tingkatkan semangat saya~!

Dahlia

Rabu 1 April 2015 GST April Fool!


Happy celebrating, Malaysians!
Maaflah kalau entri hari ini sedikit berbaur politik, sinis dan penuh kejelekan.

Being fooled by the government, tapi kita hanya boleh 'menyalak' di tempat sendiri. Kalau lepas ke tanah orang, boleh jadi kena tangkap.
Hari ini banyak sangat gambar resit yang ada penyata GST dimuat naik di FB. Masing-masing macam berlumba. Macam sedih, tapi macam gembira pun ada juga mereka ni. Mental disorder betul~

Pada pendapat saya, Malaysia masih belum bersedia untuk melaksanakan GST. Undang-undang masih lemah. Penguatkuasaan masih rapuh. Pemahaman lagilah masih pada aras beginner. Pendapatan isi rumah pun masih di tahap rendah dan masih belum compatible dengan komitmen cukai 6% yang dikenakan pada hampir semua barang dan perkhidmatan.

Kasihan Malaysia
Kasihan rakyatnya
They sucked you dry
Sampai nak makan pun kena cukai
Kerja mengalahkan Bangla- Tapi masih underpaid
Esok lusa dan sampai bila-bila; Kita terus tersepit

Kecewa

*Ini bukan blog politik. Saya menulis sekadar meluahkan perasaan sahaja.