Temerloh, Pahang


Bismillah

Dah tiga bulan lebih isu banjir kan. Ingat lagi ke kita? Atau sudah lupa? Setiap kali pulang ke kampung, saya akan ambil kesempatan untuk membuat 'lawatan tapak' di sekitar kampung. Sama juga rutin saya sejak peristiwa banjir tu. 
Masih
Masih ada rumah yang tumbang dek tiangnya rapuh
Masih ada kedai yang ditutup dan barang-barangnya tersadai di halaman
Masih kelihatan pokok-pokok sawit mati melainkan pucuk yang dapat menyelamatkan diri dari banjir.

Berikut saya kongsikan gambar-gambar sekitar tempat kegemaran saya di Temerloh, sebelum dan selepas banjir:-
Dalam perjalanan ke Temerloh, jalan kampung. Tengoklah siapa yang berkongsi jalan dengan kita.
Dah la kongsi jalan dengan orang, lepas tu buat onar pulakkkk?
Esplanade Temerloh. Memang betul-betul tepi Sungai Pahang.
Perhatikan jambatan hijau dalam gambar ini.
Banjir? Banjir telah menenggelamkan kawasan ini. Yang kelihatan hanyalah permukaan air.
Tempat Nabiha berdiri semasa ambil gambar dulu dah tenggelam.
Sebelum banjir
Semasa banjir. Anda boleh bayangkan betapa tingginya air yang naik dan pada tahap apa kemusnahannya?
Jalan masuk ke Bandar Temerloh
LPT. Masa ni memang mujur sangat saya tak balik, sedangkan waktu itu saya dah di KL, tinggal nak masuk Gombak dan pecut balik ke Pahang. Saya terputus hubungan dengan keluarga di kampung lebih kurang seminggu.
Stesen bas Temerloh- Tempat turun naik bas dari zaman sekolah sampailah sekarang (Kalau malas balik dengan kereta)
Saya tak tahu milik siapa rumah ini. Tapi kalau dari LPT ke arah KL, rumah ini kelihatan gah sangat.Tak sangka pula rumah ni terkesan juga dek banjir
Sampai sekarang pun, masih banyak kesan-kesan banjir yang kelihatan di bandar Temerloh ini. Ada rumah yang kita boleh tengok kesan paras air banjirnya yang mencecah hingga ke lubang angin rumah. Banyak bengkel yang masih 'mengerjakan' kereta-kereta yang rosak dek bencana banjir.

Harapnya semua mangsa yang terlibat telah atau sedang menerima bantuan yang secukupnya. Kadang-kadang perkara yang tidak didendang ni tak akan sampai ke telinga pemimpin. Jadi kalau tahu atau kenal sesiapa sahaja mangsa yang masih belum menerima bantuan yang sewajarnya, panjangkanlah segera :)

* Semua gambar semasa banjir adalah bukan milik saya. Rata-ratanya saya dapat melalui aplikasi Whatapps dari rakan-rakan. Sebab itu saya tak letak watermark :)

Dhiya

4 comments

  1. yg kt jmbtn hijau tu...errr...mmg tinggi gila air naik...seram tgk

    ReplyDelete
  2. sebabtu bandar temerloh adalah antara bandar yang teruk dilanda banjir dulu di pahang :(

    ReplyDelete
  3. wah. gila tinggi air naik. jambatan tu nmpak tinggi kot. huhu

    ReplyDelete
  4. Baru pergi weekend baru2 ni, melawat kesan banjir...bila tgk jambatan gantung hijau tu, mmg rasa tak terfikir langsung air boleh naik sampai tinggi tu

    ReplyDelete