Gagal Lagi. Kali ni aku Ketawa je~


Assalamualaikum

Cerita lama. Dalam minggu lepas kut. Entah. Tak ingat. Sejak jadi wanita berkerjaya semula ni, banyak sel-sel otak yang tak berkembang. Tapi sebagai wanita yang tidak mahu menyusahkan suami (suami?) saya terpaksa memilih jalan sel otak mengecut ini untuk meneruskan survival. Sudahlah semua alat-alat keperluan wanita nanti kena GST. Kalau tak ada duit, macamanaaaaa?

Hujung Januari lepas, saya ada cerita yang saya ada pergi satu temuduga Q41 (SPA) di Cenderasari, kan? Keputusannya dah diumumkan dan seperti yang saya agak- Gagal lagi. Kali ini dengan bangganya saya nak umumkan ini adalah kali ke 6 saya menghadiri temuduga SPA. Tak apalah. Allah nak bagi dapat pada percubaan yang ke 7 tu...
Tak tahulah bagaimana proses pemilihan ini dibuat. Rasanya dah buat sehabis baik sewaktu temuduga dulu. Keputusan peperiksaan dan pencapaian saya juga berdaya saing dengan calon lain. Jawapan yang diberikan pun lancar, bernas dan selari dengan idea penemuduga (wah puji diri sendiri~). Tapi tak tahulah kalau mereka memang dah ada calon mereka sendiri dan temuduga ini sekadar wayang sahaja kan.
 
Cadangan saya, kalau bilangan kekosongan hanya untuk 7 orang dan calon simpanan yang diperlukan hanyalah 10 orang, tak perlulah panggil sampai hampir 400 orang. Dalam 400 orang tu, mesti ada yang super excited dan sangat mengharap. Entah-entah, ada yang memang tak ada duit untuk datang temuduga, tapi sebab namanya panggilan dari SPA- Sanggup pinjam duit emak ayah atau adik beradik. Tiba-tiba pula pusat temuduga lupa nak ditukar ke Kuala Terengganu (contohlaa). Daaaahhh kena naik bas ekspres dari KT ke KL. Eh tambang bas ekspres akan naik kan? tempat tidur lagi? Makan lagi? Teh tarik kena GST tak?

Agak-agak, kesian tak kalau ada orang yang begini?

Saya masih optimis. Saya yakin tempat saya dalam sektor kerajaan memang ada. Kalau tak, sia-sialah JPA tanggung pengajian saya dulu. Harap-harap mereka tak akan tunggu sampai usia 62 tahun baru nak tinggalkan hot seat tu. Bagilah peluang kepada kami pula untuk menyumbang kepada negara.

Waiting for the 7th interview. Hahahahaha!

Ok entri ni mungkin agak sinis. Tapi hakikatnya saya sangat sedih sebab gagal dalam temuduga ini. Tapi apa boleh buat. Kita ketawa je lah~

Dahlia

7 comments

  1. apa kata sharekan apa yang penemuduga tu tanya. boleh jadi panduan untuk orang lain lepas ni.

    ReplyDelete
  2. sY Pun pernah alami situasi gini..hehe gi interview jwtan kurator, kekosongan jawatan 5 org jer tpi panggil dtg interview sampai 300 lebih orang..wayang betul, rasa nk marah pun ade, rasa buang masa pun ade..huhuhu. mesti seronok penemuduga tu sebab asyik gagalkan semua org yg dtg interview tu hehehe..

    ReplyDelete
  3. hai hijau zamrud, boleh semak entri2 ttg temuduga saya di tab tepi. saya ada kongsikan banyak soalan temuduga.

    banu syah, kdg2 kita boleh tahu mereka nak ke tak kita. soalan2 mereka tu pun kita dah boleh rasa yang kita takkan berjaya pun interview tu :p

    ReplyDelete
  4. Sy pun pegi iv Q41 fizik ni jan lepas. Tp hanya brjaya sbg simpanan lantikan saja.

    ReplyDelete
  5. Bahiyah,
    oklah tu. bersyukurlah sbb dapat juga jadi calon simpanan pun. ramai lagi di luar sana yang nak sanga- tapi calon simpanan pun tak dapat, calon berjaya apatah lagi. huuuu. saya lah tuuuu

    ReplyDelete
  6. Alamak. Soalan nya ada kaitan dgn pegawai pertanian tak?

    ReplyDelete
  7. Hi Resah (resah nak tgu interview ke?)

    Soalan dia terbuka. Tak boleh nak jangka. Selalu panel pertama akan Tanya soalan general. Panel pertama yang datang dari jabatan yang berkaitan yang akan Tanya soalan berkaitan bidang tersebut. contoh kalau fizik, dia Tanya lah awak fizik, kalau dari MARDI, maybe dia Tanya laa bab2 pertanian.depends pada jwtn apa y dorang offer kat awak

    ReplyDelete