Ini adalah bebelan: Kenapa?


Subjek: Bebelan

Kenapa 1
Kenapa pemandu-pemandu yang saya jumpa lewat kebelakangan ni sungguh pelik-pelik perangainya? Tak kiralah lelaki atau perempaun- Kalau nak tukar lorong, pemalu betul nak bagi isyarat. Itu belum lagi yang menyelit-nyelit dengan muka tak bersalah dan jauh sekali nak angkat tangan minta maaf atau ucap terima kasih. Bas? Lori? Lagilah~ Mentang-mentang besar.
Beberapa hari lepas, saya hampir 'dirodok' dari belakang. Ceritanya begini: Sebaik keluar dari tol Bangi, saya memberi isyarat ke kanan untuk ke KL. Saya lihat dari belakang ada satu kereta Wira masih jauh dan sedang mengambil tiket di kaunter tol. Tapi dia melaju dan dengan kurang ajar meninggikan lampu. Saya terpaksa kekal di lorong saya untuk beri dia memotong. Alih-alih, dia potong depan saya dan menghimpit ke kiri untuk ke Selatan. Kepuasan jenis apakah yang dia dapat dengan bertindak sebegitu? Lembu?

Kenapa 2
Kenapa surau-surau awam selalu kotor dan bersepah? Ya, saya memang seorang yang suka travel dan menjadikan surau-surau awam serta surau-surau di stesen minyak sebagai tempat untuk solat. Dalam banyak-banyak persinggahan saya, dapatlah saya simpulkan bahawa surau-surau awam ini masih gagal dalam beberapa aspek.  Saya pilih untuk lebih menyalahkan pengguna berbanding pihak yang mengurus.
Telekung- Sudahlah kotor, lembap- Sebaik diguna terus digumpal begitu saja. Kadang-kadang saya lihat depan mata sendiri orang yang buat kerja tu. Tapi sebaik mengenakan tudung, bukan main lagi kemas-lilit sana sini- bedak- eye shadow- lip balm segala.
Oooo...kalau nak keluar, bukan main lawa lagi kau ye kak. Tapi depan Tuhan, kau cincai mana yang sempat je kan~ Habis kalau di rumah, macam tu juga ke manner kau? Atau adakah kerana surau ini milik awam jadi kau boleh lepaskan tanggungjawab begitu sahaja?
Gerutu saya dalam hati. Itu sahajalah yang mampu.

Kenapa 3
Ini paling common.
Kenapa orang kita (Malaysia) paling kurang ajar terhadap tandas awam? Adakah hanya kerana ia dipanggil tandas awam, kita boleh sesuka hati membiarkan tisu, tuala wanita dan lebih teruk najis sendiri begitu sahaja?
Saya pernah memanggil semula seorang wanita yang baru keluar dari tandas yang saya berdiri di depannya untuk mengunggu giliran. Dia keluar tanpa ada bunyi flush.
Miss, I think you forgot something
Dia berpatah balik dalam keadaan tergesa-gesa kerana mungkin dia fikir dia tertinggal telefon atau barang berharga.
You forgot to flush
Dia yang alah malu masuk kembali ke dalam tandas dan menarik pam. Mukanya merah padam. Mungkin dia marah pada saya. Tapi ada aku kesah~? Pada saya itu adalah cara terbaik untuk mengajar hal yang semua orang sudah tahu.
Come on~
Isu tandas ni rasanya isu yang paling asas yang diajarkan bermula sejak dari rumah lagi. Kalau hal yang sebaliknya berlaku, saya dapat simpulkan bahawa pendidikan asas itu tidak diajar dan orang-orang sebegini datang dari keluarga yang tidak bertamadun. Marah? Tak kisah~

Kenapa 4
Kenapa masih ada pemandu kereta yang gagal meletak kereta mereka dalam petak dan ruang yang betul? Adalah nampak sangat 'busuk' jika dalam deretan kereta di satu-satu tempat letak kereta, ada sebuah yang 'memakan' ruang orang lain dan lebih teruk dari bangkai kalau kereta itu adalah kereta mewah.
Saya pernah jumpa satu kes semasa saya di Hospital Temerloh. Kalau di hospital pun mereka boleh buat, maka tidaklah pelik kalau sikap itu boleh terbawa-bawa ke tempat lain. Kereta kecil ke, besar ke- Tolonglah park kereta anda di ruang atau petak yang betul.

Fenomena-fenomena di atas adalah apa yang saya lihat dalam kehidupan seharian saya. Saya percaya anda juga ada melihatnya.
This is a random idea of a real situation for us to think.
Dalam semua itu ini, kunci utama yang dapat saya simpulkan ada sikap.
SIKAP.
SIKAP.
It's all about our attitude.
Perkara-perkara sebegini- tak perlu diajar dalam kelas samada di sekolah atau universiti sangat pun. Selagi ada akal yang bersarang, selagi itulah kita boleh nilai.

Ini memang bebelan yang agak panjang. Dah lama tak menulis, kononnya. Tapi sekali menulis. Nah~

Ok. Lepas ini kita akan tulis isu yang indah-indah sahaja. Tak akan ada bebelan lagi. Kut.

Dhiya

1 comment

  1. betul, hari2 mesti membebel sorg2 dalam kereta pasal benda yang 1st tu..org malaysia memang pemalu guna signal..dan paling best, keluar simpang jalan seolah-olah jalan itu dia yang punya..x sedar kereta dari jalan utama sedang bergerak laju..punca2 terjadinya kemalangan..

    ReplyDelete