Sale: Charles & Keith - Pedro - Flow - Victoria Secret - Converse- Kickers Warehouse Sale di SSTWO Mall, PJ


Bismillah

Tergugat jugalah iman, oi!

Mereka ni sengaja buat sale gila gila macam ni right after orang dapat gaji, kan?

Ok. Mari saya ceritakan duduk sebenar cerita ini. Alkisahnya, mendapat mesej dari Elis tentang hal ini. Mulanya saya tak kisah sangat dan saya sempatlah beritahu kepadanya yang saya tak akan terpengaruh dengan jualan-jualan murah macam ni dan berazam nak jadi pengguna bijak pada gaji pertama.

Sekaliiiiii....
Dia datang pada saya dan tunjukkan sepasang kasut Converse yang cantik dan harganya jauh lebih murah dari harga biasa. Eh korang ni dah kenapa? Tak rugi ke jual murah murah macam ni haaaa?
Saya: Hm..Tak minat pun kasut Converse..
Elis: Tapi banyak je kasut lain D...Lawa-lawa tau. Charles & Keith punya kasut boleh tahan banyak. Boleh buat pilihan. Beg-beg dia pun cantik.
Saya: ... (Kau kalau bab menggoda memang nombor satu, kan?)
Elis: Kita pergi Ahad, ok?
Saya: (Diam tanda setuju)
Jadinya, semalam (Ahad) pun kami pergilah ke SStwo Mall di Petaling Jaya. Memang tak glamour sebab saya pun tak pernah dengar nama mall ni sebelum ni. Elis pun ada beritahu yang SStwo Mall ini ada ura-ura akan dirobohkan kerana tidak mendapat sambutan dari penyewa- Samada sewa yang mahal atau kurang dikenali atau faktor-faktor lain yang mendorong kepada istilah tak laku~
SStwo Mall ni besar. Dah macam The Curve. Tapi sayang, banyak kedai kosong dan terbiar.

Ok kembali kepada trek asal.Saya datang ke SStwo Mall pada hari terakhir jualan gila ini. Banyak beg yang dah habis, tapi kasut masih banyak. Apa yang boleh saya katakan, memang berpinar juga mata melihat pelbagai rekaan kasut dan harganya yang sangat tak munasabah lagi mampu milik.
Kasut-kasut disusun berdasarkan saiz. Jadi saiz yang biasa untuk wanita Malaysia, haruslah menjadi rebutan seperti pisang goreng panas. Macam saya, kasut ni isu berat sikit sebab saya ada masalah kontur kaki. Jadi kasut pilihan saya bukan sekadar perlu cantik, tapi perlu selesa dan selamat untuk dipakai.
Hasil 2 jam di situ, dapatlah saya sambar sepasang pumps baldu berwarna coklat gelap jenama Charles & Keith. Harga yang ada pada kotak adalah RM49, tapi bila semak balik resit, harganya adalah RM19 dan ditambah lagi dengan diskaun 15% sebab saya dan Elis beli 3 pasang kasut. Banyak design yang dah tak available sebab dah di hari terakhir pun. Kalau ada pun, mesti saiz yang kecil atau yang terlampau besar :(
Kasut yang paling diva saya ada setakat ini. Erkkkk! Bila nak pakai ni weiiii~
Kasut ni boleh pakai kalau nak pergi shopping di Masjid Jamek.
Naik ke tingkat atas, saya dapat pula sepasang sneakers jenama Lee Cooper pada harga RM29.90. Dah daaahhhhh...kena balik segera atau lebih banyak duit akan tiris di situ!
Keluar dari SStwo Mall, saya tenung 2 kotak kasut yang saya beli. Rasa nak gigit Elis sebab dia dah pengaruhi saya untuk beli kasut. Tapi tak jadi nak marah sebab dapat 2 pasang kasut berjenama pada harga RM50 tunaaaaaiiiii.. Sah!

Salam sayang, 
Dhiya
Tidur sambil pakai kasut baru

1 comment