Rumah Kita


Bismillah

Raya pertama haritu kan, kami pergi melawat tapak pembinaan rumah baru kami yang kami panggil sebagai 'Rumah Kita'. Jangan salah faham tau, kami bukan masuk ke dalam tapak pembinaan tu. Kami cuma tengok dari showroom je. Dari kejauhan macam mana tengok sempadan balik kampung~

Almost 3 bulan MCO, kami tengok banyak juga progress projek tu. Maybe sebelum MCO lagi dah ada sebab agak lama kami tak visit. Tangki air dah naik tinggi, Fasa 1 macam dah siap sebab dah nampak bumbung. Mungkin la kan. Sebab Fasa 2 rumah kami pun akan dijangka siap tahun depan. Haaa so fast? Macam tak percaya kan?
Yea memang kami tak percaya. Projek Fasa 2 tu bermula awal tahun 2019. Kami dapat beli hujung 2019 which masa tu tinggal dalam 5 buah rumah je, itupun sebab loan orang kena reject. Masa tu katanya projek dah jalan agak laju. So memang rezeki Nuha sangat-sangat Alhamdulillah.

And now, my passion is to study about interior design (ID) untuk aku susun atur rumah baru nanti. Rajinnya aku kalau bab-bab berangan ni. Maklumlah, berangan tu kan percuma.
Aku sekarang lagi suka browse Pinterest dari browse FB. Tengok Pinterest dapat ilham dan motivasi. Tengok FB dapat apa~ Dapat tau cerita korang je. Boringlah. Hahahaha!

Aku tak pandai sangat bab hias-hias ni. Tapi aku suka. Since F pulak banyak terlibat dengan design, architecture and ID, so aku akan serahkan tugas design pada dia (with my later approval) dan kami akan beli sama-sama. Bab menyusun dan menghias, bak aku buat sebab orang lelaki tak boleh menilai seni (Hahahhaha mampus aku kena belasah dengan F nanti).
Entryway idaman aku. Memang ada angle ni dalam Rumah Kita. Tunggu!
In the meantime, jangan tanya dulu konsep, warna and whatsoever. Aku pun tengah rambang mata tengok idea kat Pinterest tu. Tapi aku nak yang simple sebab nak nampak ruang luas, warna cerah preferably putih dan of course aku nak houseplant dalam rumah aku. Siapa kutey, jaga tangan dia!
And start from now on, aku kena belajar dan praktiskan decluttering skills and high discipline untuk kekalkan rumah kemas. Now memang quite challenging dengan ada Nuha the explorer tapi itu bukan alasan untuk aku biar rumah bersepah. As for now, aku memang ajar dia lepas main dan bersuka ria - Sila kemas balik. Amak nak bangun pagi tengok ruang tamu clear takde lego, toys and buku yang bersepah. Amak takde masa bangun pagi nak tengok semua benda tu bersepah sebab nak rush memasak makanan untuk dihantar ke pengasuh. 
Sepah kaluuu...no susu~

Insya Allah bila sampai masanya, aku akan kongsikan my journey to change a house to become a home :) It must be a long journey I can say sebab kami bukan orang kaya boleh buat semua sekali harung. Beli sikit sikit, buat sikit sikit. Sementara nak siap tu, haruslah aku jadi tak keruan ke sana ke sini mencari barang kan. Nantikan perkongsian aku. Doakan kami murah rezeki, sihat tubuh badan dan dipanjangkan umur. Amin.

Dhiya

No comments