Pasca PKP: Balik Kampung Rentas Negeri


Bismillah

Selepas hampir 3 bulan tak balik Pahang, akhirnya kami balik weekend lepas! Alhamdulillah!

F decided to take annual leave to make it longer. Thanks sangat sebab selesa dan suka balik Pahang. Kami plan nak balik Khamis 18 Jun after work tapi sebab F macam banyak pulak kerja yang perlu diselesaikan, kami ambil keputusan untuk gerak pagi Jumaat je. Tapi yang tak disangka-sangka, F kejut aku seawal 5 pagi dan suruh bersiap-siap. Ya Allah aku ingat boleh laa bangun lambat sebab weekdays memang dah sedia bangun awal memasak segala. Ini hari cuti pun kena bangun awal.
Tapi sebab nak balik kampung aku kan, ikutkan jelah. Karang dia ubah fikiran gerak lepas Zuhur karang lagi sedih~
So kami keluar dari rumah jam 6.20 pagi. It's even earlier than usual. Tapi lantak lah aku malas bukak mulut sebab balik rumah parents aku kot!
Paling best, kami lalu jalan-jalan kampung dekat Sungai Dua, Karak dan Bentong tu. Best gile sebab sejuk, dapat tengok pemandangan dan rasa suasana kampung sambil dengar lagu raya. Asyik! Untuk pengetahuan pembaca, F memang suka balik kampung aku sebab rumah parents aku masih ada ciri ciri kehidupan kampung. Dia pun sekarang layan betul ulam-ulaman kampung, patin tempoyak, durian dan Pahang's stuffs! Hhahaha. Berjaya dah aku mem-Pahang-kan mamat KL mixed with Johor ni.

Kami sampai rumah mak jam 10 pagi. Sempat je sarapan kat rumah mak abah. Mak aku geleng kepala tengok menantu dia sarapan nasi kerabu. Memang asimilasi Pahang betul mamat Jawa tu. Hahahah!
It's the last week of Raya actually. Tapi on Friday tu kami lepak-lepak je. Tak ada menu raya. Lauk tengahari kami haritu adalah patin tempoyak. Pergh! Lena oi tidoq petang tu.

Sabtu, F take over dapur mak aku. Lepas subuh dia dah ke pasar beli kepala ikan. Buat kari katanya. Kalau korang nak tahu, F memang suka memasak di rumah Pahang sebab salah satunya dapur mak aku luas. Keduanya mak aku rajin melayan dia prepare bahan nak masak. Untunglah kan jadi kesayangan mertua. Hehehe.
So jadilah kari kepala ikan (ada isi jugak) seperiuk besar. Aku istighfar panjang tengok kejadiannya. Tapi menjelang petang, tinggal suku je kuah kari tu. Itulah laki aku. Selain berjaya mem-Pahang-kan dia, aku juga berjaya meng-Utara-kan dia dengan makanan kari ala mamak ni.

Ahad, kami ke kampung Mak Cik Ani jiran baik mak aku di Raub. Kami pergi satu kereta bawa mak, abah dan Biha. Kau tahu ada apa kat Raub tu? Yeaa. Durian. Durian Raub!
F ni, dengar je durian - Dia memang triggered. Dia memang hantu durian. So bila jiran mak aku ni pelawa, bukan main menggeletis lah dia.
Kami lalu Lembah Temir (oooo baru tahu kat situ rupanya Lembah Temir. Btw, check-in Lembah Temir agak mahal, RM250/pax so ini bukan pilihan aku.)  Raub memang port durian paling baik. Sekitar Sungai Ruan tu ada perkampungan Cina yang kebanyakannya adalah pemborong dan peraih durian. Kau akan ternganga tengok durian di mana-mana, penuh dalam lori pikap dan dilonggok berbakul-bakul. View ni kau boleh nampak waktu pagi je. Menjelang petang (odw kami balik), Sungai Ruan tu dah sunyi. Yelah. Durian dah sold out.

Jujurnya, ini adalah pengalaman pertama aku ke Raub walaupun aku anak Pahang. Aku sendiri pun teruja bila sampai di kampung tu, dijamu dengan durian premium (for free, tapi in the end kami bubuh la jugak duit dalam sampul dan bagi masa salam). Tak cukup dengan durian, dijamu pula dengan makan tengahari lauk kampung yang sangat sedap.
Tak cukup dengan makan, dapat bawa balik pulak. Dapatlah kami durian, betik, buah salak dan banyak lagi hasil kampung. Ya Allah aku ingat kampung aku dah cukup best. Kampung Mak Cik Ani lagi best!

Isnin, the day we have to say good bye. Kami gerak pagi sebab nak rehat sikit petangnya. Selasa dh kerja. Demikianlah cerita kami balik kampung. Alhamdulillah mak abah masih sihat. Sikit lagi khidmat bakti aku kepada mereka kalua nak dibandingkan jasa mereka membesarkan aku. Ya Allah panjangkan umur mak dan abah supaya aku dapat berbakti kepada mereka.
Nuha pun manja sangat dengan parents aku. Dia tu pelik sikit. Anak-anak saudara aku semua panggil tok (mak aku) dan tokwan (abah aku). Tapi dia ni kan budak bandar; dia panggil abah aku atok dan mak aku nenek. Lepas tu bunyi ayam dengan cicak pun takut. Anak sapa ni wei~! Hahahahahah! That makes Nuha so special di mata mak abah aku. Cucu bongsu lah katakan…

So readers, tunggu la cerita aku lagi okay. Banyak gilaaaaa story. Maklumlah, dah boleh rentas negeri kan!

Dhiya

2 comments

  1. Bestnya dapat balik kampung. Dapat makan buah lagi tu :)

    ReplyDelete
  2. kami balik tganu week pertama lepas PKPP ni. hehe. nasib baik tak jem

    ReplyDelete