Bismillah
PKPP starts from 10 June 2020 to 31 August 2020.
Dan yang paling aku bersyukur sangat adalah apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan means boleh balik Pahang selepas hampir 3 bulan tak balik jenguk mak abah!
Tapi kami tak akan rush. Kami tahu yang this coming weekend will be very happening (jam) as everyone want to balik kampung to celebrate raya.
Tak apa tak apa. Korang balik dulu. Aku bagi peluang. Time aku nak balik nanti, korang duduk rumah diam-diam ya.
It's good to know that Malaysia is recovering. Positive case decreases, no death reported, most of the industries are now open and we can go out like normal. Tak pernah terbayang yang 2 bulan lepas kita dikurung kerana wabak dan sekarang kita kena hidup dengan norma baharu dan perlahan-lahan 'berdamai' dengan Covid-19. I don't like you but I have to accept you. Gittew.
Insya Allah kami dah ada plan 3 minggu ke depan termasuklah balik Pahang. Dan Insya Allah projek travel kami akan disambung seperti biasa dengan membiasakan diri dengan kebiasaan baru. Asalnya memang kami nak ban travelling and check-in hotel due to this pandemic. Tapi selepas faham what is what, kami rasa ok je nak travel dengan syarat tak pergi tempat sesak dan mengamalkan disiplin yang tinggi. Memang betullah kita jaga kita, lagi-lagi kami ada anak kecil.
And at the same time, kami harap kami adalah sebahagian rakyat Malaysia yang menyumbang dan membangunkan motivasi industri pelancongan semula. Let's recover together!
So Malaysians, please stay safe and love yourselves!
Dhiya
Last day of PKPB
Tomorrow will be PKPP
No comments