Bismillah
I should make this posting out during MCO, supposedly. Tapi MCO bukanlah masa untuk aku rehat. Aku kerja. So aku tak ada masa untuk menulis sangat.
Sebenarnya, birthday F jatuh pada 19 March, Khamis - Sehari selepas MCO. (Masa tu mana tau yang PM nak umum MCO kan) Aku ada book secret buffet lunch kat Majestic on weekend for two. Konon macam birthday treats la. Sekali haaaa 18 March tu dah tak boleh ke mana.
Luckily aku agak biasa dengan Majestic so aku cepat-cepat call PIC dan cancel the booking.
Aku ada la cakap kat F,
"Ayang, actually kan saya ada book lunch buffet untuk birthday awak, tapi apakan daya…"
"Tak apa lah. Bukan rezeki lah tu"
"Tapi saya sedih sebab tak dapat makan-makan kat situ"
"Amende nak sedih...Lain kali kan boleh pergi. Tak semestinya birthday"
Begitulah pemikiran kaum Adam, ye kawan-kawan. Kita selalu ingat tarikh dan special occasion tapi mereka ni tak berapa heran sangat. Tapi bukanlah maksudnya dia melupakan. Aku rasa they just got another important things to remember and let us do this part because they know we are good at this.
Yelah tu. Memang betul. Jangan ambil hati sangat okay.
As for me, aku memang ingat dan cuba sedaya boleh untuk celebrate our special dates. Tapi aku bukan yang jenis wajib buat, kena ada kek, tiup lilin, bagi bunga, buat surprise, cium pipi dan tulis ucapan sweet-sweet atas kad and all those things. We know the date will come every year so aku just arrange macam biasa. Surprise sikit-sikit tu oklah. Tengok macam lunch booking aku. Jadi pun tak. Hhahaahha!
Special occasions kami selalunya dirai dengan bercuti, check-in hotel dan makan-makan, only 3 of us. Kalau Nuha tidur, lagi cun sebab kami boleh makan dengan tenang. Haha. Aku takkan jadi fake dengan upah event planner bagai. Aku sendiri boleh plan sambutan aku sendiri.
F pulak, dia pun bukan sejenis yang expect much dari aku. Malah kami sama-sama arrange percutian anniversary atau makan-makan istimewa. Sama-sama sumbang idea, sama-sama pilih tarikh dan sama-sama keluarkan duit. Takde istilah everything is on me, untuk benda-benda macam ni. Yang kau tengok kat IG orang buat-buat surprise, bunga, kiss kiss tu, ha life aku bukan macam tu.
So disebabkan sambutan birthday dia yang 'tertangguh' tu, kami decide untuk pergi bercuti hujung minggu ni. Benda macam repetitive je tapi kami okay. Lagipun sejak MCO habis mana ada kami pergi bercuti. In fact sebelum MCO pun aku teringin nak pergi bercuti tapi tak kesampaian sebab masing-masing busy. This time round, tak boleh tangguh lagi.
On his birthday, I wish him happy birthday and thanks for being everything in the family. Aku tak boleh ucap panjang-panjang. Rahsia la oi~ Bukan aku wish kat korang pun. Hahahahah!
Sweet tak?
Sweet kan?
Dhiya