Big Bad Wolf 2019


Bismillah

Aku terjebak teruk dengan Big Bad Wolf 2019!

Ianya bermula dengan aku secara saja-saja join satu contest di FB BBW dan aku menang VIP tiket yang membolehkan aku masuk ke BBW sehari sebelum official launch day. 
Dah alang-alang dapat VIP ticket tu, why not aku all out je cari buku-buku yang best kan? Hah di situlah bermulanya semangat membara aku.
Lepas menang tiket tu, aku kena collect sendiri di mana-mana cawangan Book Xcess. So aku pilih untuk redeem di The Starling Mall. Rupanya 1 tiket boleh masuk dua orang. Menggagau jugalah aku nak cari partner in crime sebab 5 Dec tu hari kerja. Tapi Alhamdulillah one of my BFF managed to join me. Thank Nyun for the time and help!

On the day itself, aku ambil AL dan husband aku yang kebetulan outstation ke Johor drop aku di ofis kawan aku tu dengan seketul luggage. Memang sebijik nampak macam orang lari dari rumah but heyyy I will prove you later how this luggage would help you very much!
Kami sampai ke BBW lebih kurang dalam pukul 10 pagi. Ramai jugak orang walaupun it's not yet opened for public. Aku ni dah terancam takut buku habis...Ape lagi, masuk je terus grab troli dan menggila!
Basically aim aku adalah mencari buku-buku Nuha dan sedikit buku self-help untuk aku. OMG buku kanak-kanak dia memang super best! Aku jadi rambang mata dekat bahagian buku kanak-kanak yang ada bunyi, berwarna warni dan keras (board book) yang sesuai  untuk Nuha. Aku memang jadi tak waras di situ.
Buku aktiviti pun banyak tapi belum sesuai lagi untuk Nuha. By next year, Insya Allah oklah. Kat bawah, gambar dalam troli ni adalah hasil mahsul kedapatan buku aku. Ya Allah aku pun tak pasti betul ke ni buku aku. Hahahah! Banyak la juga, tapi memang achieved aim aku la just nak beli buku Nuha dan buku self-help aku je. Harapnya lepas ni aku lebih banyak membaca lah ye
After 4 hours, aku dah mula insaf dan mula bergerak ke kaunter bayaran. Tobat lahom aku tak datang dah BBW 2019 ni. Bekalan buku dah cukup untuk setahun ke hadapan. Hahahahha!
Kat atas ni gambar kaunter bayaran dia. Jangan bimbang, kaunter bayaran banyak, sama banyak dengan buku-buku yang mereka jual. Mode of payment; boleh guna cash atau debit card. So memang takde masalah. 
Total damage aku dalam RM2XX jugak. Hahahhaahha! Matilah kena bebel dengan apak Nuha! Tapi takpe. Aku puas hati sebab buku-buku Nuha semuaaaaaaaaaa best-best dan yang terbaik amak dah pilih. Maklumlah, VIP kan~
So kat mana gunanya luggage biru aku tadi? Hah, gunanya adalah untuk menyumbat semua buku yang dah dibeli sebab aku kena balik naik KTM, turun di KL Sentral sebelum tukar tren untuk balik ke rumah. At least aku tak payah nak senget-senget badan dan jinjit beg berisi buku di bahu.
Malam tu kami unboxed the beg dan buka semua buku yang dah dibeli. Nuha bukan main suka lagi dengan buku-buku baru ni. Tapi so far buku kegemaran dia adalah buku yang paling besar dan paling mahal ni. Buku ni best sebab ada gambar haiwan sekali dengan butang bunyi haiwan tu. Gambar haiwan pun jelas dan bunyi haiwan tu tepat. Tak adalah bunyi kucing tu macam bunyi kucing terkucil. Memang real sound~
Ni adalah semua buku Nuha yang dibeli dari BBW 2019. Amak harap Nuha suka. Nanti kita akan selalu belek sama-sama okay!
Demikianlah cerita aku di Big Bad Wolf 2019 (MIECC Serdang). Insya Allah tahun depan kalau dapat VIP pass lagi, kita akan datang lagi ya. Aku ni memang sejenis yang diasuh untuk minat buku sejak dari kecil lagi. Tapi sekarang, aku minat beli cuma nak membacanya ntah bila uiii~

Doakan
kami semua rajin membaca :)

1 comment

  1. Sampai sekarang nini belum pernah ada peluang pergi BBW. Harap harap kerja dkt KL boleh lah pergi one day hehe. Selamat membaca! <3

    ReplyDelete