Bismillah
Alhamdulillah
Hujung November 2019 haritu aku berjaya melaksanakan impian dan hajat kecil aku untuk bawa mak abah dan keluarga kakak aku untuk bercuti.
Aku pilih Felda Residence Hotspring Sungai Klah, di Sungkai, Perak. Pernah dengar tak? Hah kalau rasa macam menarik, teruskan membaca ya.
On 30 Nov, kami bertolak dari Kuala Lumpur seawall 9 pagi. Untuk pengetahuan, Felda Residence Hotspring ni dekat je, hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Exit PLUS Slim River. Alhamdulillah on that day the traffic was smooth so tak adalah makan jem atas jalan. Just ngam ngam sebelum Exit PLUS Slim River tu jem baru je nak mula. So memang syukur sangat lah sebab tak mengahadap jem.
Nak masuk ke dalam tu agak jauh dan sunyi. Lalu ladang sawit dan perkampungan Felda Sungkai. Tapi overall okay je tak lah macam jalan balak tu.
Lepas check-in, kami terus masuk ke Villa 7 and the feeling was...
WOW!
The partly view |
Ruang tamu yang luas |
Ada tv, room service pun ada kalau malas nak keluar |
Ruang tamu ni connected dengan master bedroom. Kalau ada anak yang melantun-lantun tengah seronok dapat kaki macam Nuha, tutuplah semua pintu demi keselamatan ye.
Dapur. Tak ada aircond tapi ada ventilation yang baik. |
Dapur yang almost lengkap |
The layout was basically like this; Bukak je pintu, terus nampak kolam dan 3 bilik, 1 ruang tamu serta 1 dapur dibina secara compartmental (asing-asing) mengelilingi kolam tu. Nice, kan?
Since memang kami ada 3 keluarga, memang cun cun je lah room allocation tu. Anak saudara aku yang sulung tu bujang dah boleh kahwin. Kadang-kadang dia tidur je di ruang tamu kalau segan nak share bilik dengan parents dan adik perempuan dia. Actually kalau ada 4 keluarga pun still boleh masuk villa ni sebab ruang tamu dia agak luas. Hampar toto, boleh tidur situ dengan nyenyak.
First day kami berehat di villa je sebab kepenatan.
Tapi hari kedua tu masing-masing menjadi perangainya :p
Pagi-pagi pergi sarapan. Lepas sarapan semuaaaa pun terus ke kolam air panas termasuklah mak abah aku. Seronoknya tengok mereka rendam-rendam kaki katanya nak hilangkan lenguh-lenguh. Inilah yang aku nak tengok. Nak mereka rehat dan enjoy cara mereka. Kami anak beranak pula ke hot pool untuk berendam di situ. Although it's Sunday, tak ramai sangat orang and it's good. Dalam pukul 11 macam tu, kami balik untuk masak makan tengahari. Anak-anak saudara aku sambung pulak berendam dalam kolam jacuzzi di villa. Lepas makan tengahari, senyap lah sekejap sebab ketiduran. Pukul 3.30 petang anak-anak saudara aku dengan abang ipar aku ke waterpark lagi untuk berendam. Fuh sakan sungguh. Kami anak beranak pun ke hot pool lagi tapi petang sikit lah. Masa tu orang luar dah mula balik jadi tenang dan aman sikit.
Malam tu kami dinner di villa je. Masak ramai-ramai, makan ramai-ramai. Tidak dilupa, sambung terjun kolam lagi sebab cannot resist kolam depan mata!
So hari kedua tu memang tema berendam je~Hot pool |
Sempat jugalah kami terjun ke kolam lagi sebelum masing-masing mengemas dan keluar jam 11 pagi. Kami kena shoot ke Pahang untuk hantar mak abah dulu then baru patah balik ke KL. Tu yang kena awal tu. Tapi Alhamdulillah the journey was smooth. Sempat je rehat, mandi dan tidur sekejap di rumah mak sebelum balik semula ke KL selepas solat Maghrib.
It's a tiring trip, tapi rasa berbaloi sebab semua orang happy.
So aku nak share few tips and tricks untuk yang merancang nak ke Felda Residence Hotspring Sungkai ni;
1/ Booking awal especially kalau musim cuti.
2/ Bilik tidur ada 3 (1 master bedroom, 2 twin sharing room). Ada ruang tamu dengan sofa, dan tv sementara dapur ada peti ais, gelas/cawan, pisau, sudu garpu, cutting board, meja makan, tong gas, periuk nasi, kettle dan pan. Selebihnya kena bawa sendiri kalau perlu antaranya; dapur butane, multicooker, periuk, kuali, bahan basah (ayam, ikan, sayur dan segala bahan masak macam minyak masak, gula, garam, aji, kunyit, serbuk kari segala~). Sila rancang apa nak bawa sebab nak keluar cari kedai runcit memang big no sebab jauhhhhhhh nak keluar balik~
3/ Bawak toto atau bantal lebih akan buat kau lebih selesa
4/ Bawak mosquito repellent
5/ Yang tak tahan sejuk, bawak slipper hotel atau stoking. Dalam bilik tak ada carpet, semua tiles sejuk
6/ Those yang tertanya-tanya kat mana boleh beli barang basah, selepas EXIT Slim River (those who are from KL), ada Econsave. So belilah semua bahan di situ.
7/ Untuk villa ni, aku dapat free 6 breakfast voucher untuk setiap hari. Maksudnya untuk 2 hari, ada 12 voucher la kan. Tapi aku guna 9 (gabungkan dengan 3 voucher for day 2) sebab nak semua orang pergi sarapan kat Meranti Café on 1st day. 2nd day tu kami tak pergi pun sarapan buffet sebab masing-masing malas.
Rasanya tu je kut tips yang aku dapat share. Kalau ada apa-apa pertanyaan or anything to add on, boleh tinggalkan komen ya~ Semoga membantu!
Dhiya
salam puan..tumpang tnya..klu stay villa..add on tiket mandi die charge berapa ye puan?
ReplyDeleteWsalam Ashraaf, tiket mandi di hot spring dah termasuk dalam bayaran villa. mereka bagi 6 wrist band utk masuk ke hot spring upon check-in. Utk harga, boleh cek di mana-mana booking platform, depends pada timing. Kalau hari biasa, harga murah sikit. Kalau peak season mcm cuti sekolah atau public holiday, akan mahal sikit.
Deleteassalam puan, ada perkhidmatan barbecue tak di villa ni
ReplyDeleteWsalam. Tak ada pula tersedia dalam villa. So saya tak pasti. Boleh tanya receptionist. Mungkin ada pada kadar bayaran tertentu.
DeleteSis !!!! Kita baru pergi haritu, duk Villa 7 jugak ! 🤣
ReplyDeletesama je semua kan. tp kalau nak pg lagi, make sure mintak unit lain k. hahaha
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteNak tanya ape nama villa n
Hi, boleh baca tajuk entri saya. tq
Delete