Pause


Bismillah

Tak boleh nak pause.

Tak boleh nak pause kerja, pause family and pause myself. Towards end of the year, kerja masih melambak in fact kerja untuk awal tahun depan pun dah kena buat sekarang. Tipu la kalau aku cakap aku tak penat. Penat la wei. Aku pun manusia ada perasaan, bukannya robot gembira sepanjang masa~ 
Sometimes aku just cakap je kat suami aku yang aku penat. Aku nak masa. Dia akan fahamlah yang I need to recharge. Setengah jam atau 45 minit bersendirian dalam bilik pun jadilah. Dia akan bergulung bergumpal dengan anak kat ruang tamu. That's enough for me. Aku cuma taknak diganggu sekejap je. Lepas battery aku charged, aku akan 'waras' balik. Tu je.

Di pejabat, the only time yang aku ada untuk rehat sekejap is during lunch time. Kadang-kadang aku tak makan sebab nak tidur. Bos dan team mate aku faham sangatlah. Cuma kadang-kadang kalau ada team lunch or any special or formal occasions, aku tak boleh nak elak dan join mereka during lunch time.

Pause myself? Freeze and sleep? Yes for sometimes. Kadang-kadang aku rasa nak throw away anything yang ligat berputar dalam kepala. The list goes infinity and sometimes aku rasa fade-up sangat. Hey this is normal for human being. Tapi bila aku fikir balik, kalau aku pause and fade-up, ramai orang akan kecewa and they need me very much; Nuha, apak Nuha and everyone! So the thing that I can do is, rehat dan rancang. Tak dilupa berdoa kepada Allah. Semua orang ada 24 jam, tapi kita kena ada skill untuk urus 24 jam kita.

Aku manusia biasa je. Tak sempurna langsung. Kadang-kadang aku rasa happy. Tapi kadang-kadang memang aku rasa penat dan nak masa. Jangan jadikan aku idola. Aku insan yang lemah :p
Tengoklah, entri baru pun tak ada. Banyak draf je. Ni kalau bonded dengan mana-mana publisher ni, mati aku kena buang kerja. Hahahahah!

Doakan amak sentiasa optimis dan bermotivasi.

Dhiya

1 comment