Nuha Food Journey: Roti gebu


Bismillah

Ini adalah first attempt aku untuk menyediakan homemade bread untuk Nuha. Mula-mula rasa macam renyah je. Tapi dua-tiga kali belek resepi; Ehhhhh macam senang la pulak. Macam confident je nak buat.

Kebetulan Nuha semalam tidur dari pukul 6 petang sampai 9 malam, babah pulak balik lambat...Aku pun cepat-cepatlah menguli sementara dia masih tidur. Resepi adalah seperti di bawah, guna sukatan cawan dan uli pakai tangan je. Senang. Aku tak suka sangat sukatan gram ni sebab malas nak keluarkan weighing scale, dan malas nak keluarkan breadmaker dalam stor nuuuuu~.
Bahan-bahan

1. 1 1/2 cawan tepung high protein
2. 1 sudu kecil yis
3. 2 sudu susu tepung full cream Fernleaf
4. 2 sudu besar madu (untuk anak setahun ke atas je ye)
5. 1 sudu besar unsalted butter dicairkan
6. 1 biji telur
7. Susu full cream atau air untuk menjadikan adunan doh. Sukatan agak-agak je. Aku guna susu full cream. Tak guna air langsung.

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan (kecuali susu full cream), dan gaul sehingga peroi macam serbuk roti.
2. Kemudian masukkan susu full cream sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh
3. Uli uli uli hingga tak lekat di tangan dan hingga dapat tekstur licin, berkilat dan tak letak langsung dalam mangkuk uli
4. Tips: Lagi lama uli, lagi cantik dan lagi lembut roti tu nanti
5. Tutup dengan cling wrap, perap hingga saiznya menjadi dua kali ganda macam dalam gambar di bawah
 
6. Tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin. Selepas itu bolehlah dibentukkan dan diletak dalam aluminium container. Ada orang timbang supaya dapat bentuk yang sama. Tapi aku tak kuasa nak menimbang segala. Masa ni pun Nuha dah bangun so masa aku uli doh, dia pun sibuk masukkan lego dalam doh aku~ Tu yang dapat bentuk asal boleh je tu...
7. Biarkan sekejap sampai kembang macam dalam gambar di bawah. Abaikan lah bentuk dia yang kecik besar kecik besar tu. Sebelum masukkan ke dalam oven, aku spray sikit dengan air supaya tak kering sangat.
8. Masukkan ke dalam pre-heated oven pada suhu 170 degree selama 25 minit dan kejadiannya adalah……….. Ting!
*Lepas keluarkan dari oven, aku sapu unsalted butter atas permukaan roti, sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas bertutup.
 
Alhamdulillah kemenjadian yang baik dan percubaan yang sangat berjaya. (Tepuk bahu sendiri). Actually masa uli tu, aku masukkan cheese dalam doh, tu yang nampak cheesy sikit kat belah dalam tu. Tekstur lembut dan sangat gebu segebu pipi Nuha. Amak is happy!
Penerimaan Nuha? Alhamdulillah dia suka. Tak ada penolakan. Perasaan tengok anak makan sungguh-sungguh apa yang kita masak adalah satu kepuasan yang tak dapat diungkap. Rasa dihargai, disayangi dan diperlukan!

Nampak macam lama gilaaaaa nak buat roti ni kan? Baik beli je roti wholemeal je kat kedai. Tapi satu tips yang aku boleh share; Buat pada hari cuti atau malam yang esoknya cuti. Kalau buat hari Sabtu, bancuh tepung selepas solat subuh sebab yang buat kita menunggu lama tu adalah nak memerap tu. At least by 11-12 tengahari, kita dah boleh bakar. Kerja-kerja rumah lain pun siap. 
Kalau buat malam yang esoknya cuti, bancuh doh seawal sebaik sampai rumah dari pejabat. By 10 ke 11 malam, dah boleh bakar. In the mean time, boleh mesin baju, boleh main bola dengan anak dll. Buat roti ni bukannya kau kena hadap dia je samata. 

Sebab percubaan aku ni berjaya, Insya Allah aku nak buat lagi untuk makan sendiri pulak. Yakin bersih, suci dan sihat :)

Mommies, selamat mencuba!

No comments