Bismillah
Menikmati sarapan pada hari bekerja di Ikea Damansara!
Beberapa minggu lepas, kami ambil cuti untuk menjelajah Pantai Timur. Tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa batalkan percutian ke Pantai Timur tu tapi tak pula batalkan cuti yang telah dimohon tu. Jadinya kami betul-betul habiskan masa di rumah- Mengemas dan menjelajah Kuala Lumpur sahaja.
Pagi Jumaat tu, kami bangun dan dalam pukul 9 pagi terus ke Ikea Damansara untuk bersarapan. Kelasss kau Jahhh sarapan kat Ikea di saat semua orang berpusu-pusu nak masuk pejabat. Hahahhaha! Ikea Damansara ni pula dekat sangat dengan pejabat suami saya. Dia cakap, feeling dia macam nak pergi kerja, tapi hati manyak senang sebab tiba-tiba sedar dah sampai kat Ikea. Hahahahah! Funny, you!
Kami pilih pasta, chicken wing, dan salad saja. Itu pun dah rasa banyak sangat. Air boleh refill percuma jadi kami hanya beli 1 cawan saja. Kedekut di situ~ Biasalah.
Rasanya inilah momen paling best. Di saat semua orang bekerja, kami bercuti dan boleh melepak lama-lama di Ikea tu. Orang pun tak ramai. Siap boleh makan melintang jalan sebab memang lapang. Hahahah! Tapi rasanya ini je lah peluang yang kami ada. Suami saya bukan orang yang jenis senang dapat cuti. Kalau cuti pun, kami memang beraktiviti. Cuma sekali ni je aktiviti dibatalkan dan jadilah aktiviti begini. Makannnnn~
Thanks hubster sebab layankan tekak saya yang macam-macam ni. Bunyi macam mengada sangat kadang-kadang. Tapi tulah...Bukan salah saya. Salahkan perut yang nak makan ni. (Denial gila)
Lain kali tolong bawa lagi ya. Lepas makan, kita jalan-jalan dalam Ikea tu sambal berangan nak hias rumah macam tu sambal tangan laju je grab apa-apa yang patut masuk troli. Ehhhhh nikmat syurga sungguh aihhh!
Dhiya
Ikea Damansara
No comments