Bismillah
Awal bulan November yang lepas, kami balik ke rumah mak abah di Pahang. Orang yang paling seronok balik Pahang tentulah suami saya. Memang rare jugalah tengok menantu seronok balik rumah mertua. Hahahahhaha! Tapi my husband don't care katanya~
Dia ni, kalau balik Pahang, tak sah kalau tak buat aktiviti. Adaaaaa je pasalnya. Balik baru ni dia cakap dia nak buat satay. Nak makan ramai-ramai. Hahahahha! Kat rumah ni siapa je yang ada untuk makan ramai-ramai. You so funneh la abang!
Pagi tu kami ke pasar pagi untuk beli daging lembu dan ayam. Katanya nak buat dalam 30 cucuk satay daging dan 30 cucuk satay ayam je. Kat rumah ni budak-budak je yang meriah makan. Kita yang tua ni bukannya beria sangat pun kan. Jadi 60 cucuk tu dikira puaslah pada kiraan kami.
Pagi tu, mak memasak lauk tengahari. Suami saya mengerjakan sataynya. Petangnya sewaktu mencucuk satay, kami dapat dekat 100 cucuk satay semuanya. Muahahahahahah! Ini memang kenduri sataylah jawabnya ni.
Malam tu, lepas Maghrib- Kami dah setup tempat di luar depan rumah. Abah sibuk dengan extension lamp dia. Semangat menggantung mentol di atas dahan pokok. Mak pula masak kuah kacang sedap, ketupat segera dan menempah kuih muih dan kakak saya pula menempah mee goreng dari kedai makan dekat dengan rumah kami. Saya? Saya potong timun dan bawang sambal tunggu makan je. Bila dah susun, jenuh kami memikir, siapalah yang nak makan semua ni~ Bukan ada jemput jiran pun...
Sebab banyak sangat makanan, kami sedekahkan satay panas tu kepada jiran seorang sedikit. Ini memang puas makan sebab tak ada kulit, lemak atau apa saja melainkan isi semata-mata. Memang puas hati sungguh la kami makan malam tu. Budak-budak pun seronok (menyibuk) nak membakar.
Resepi?
Hah ini memang kritikal. Saya kena menghadap suami untuk minta resepi dari dia. Tapi yang pasti resepi ni dia dapat dari pakciknya di Johor masa kami beramai semasa cuti raya haji hari tu. Pak ciknya ni memang kaki memasak dan boleh memasak dalam skala besar untuk majlis besar-besar. Itu yang power sangat tu kut sampai menurun ke anak saudara. Hahahahah!
Ok Insya Allah bila resepi dah ready, saya akan kemaskini entri ni untuk anda ye.
Maaf kalau anda tertunggu-tunggu. Kalau resepi saya sendiri atau resepi Google, memang boleh terus tulis je. Tapi sebab ini resepi orang 'pakar', kenalah tunggu pakar available dulu.
Tunggu, ya!
Dhiya
No comments