Bismillah
Minggu lepas, kebetulan suami saya ada mesyuarat di luar. Belum pun pukul 5, dia dah menunggu di foyer pejabat saya.
Soalan pertama dia: "D nak makan apa?"
Erm, dah alang-alang di KL, awal pula tu. Saya terus ajak dia ke Kampung Baru Kuala Lumpur. Saya tiba-tiba teringin nak makan nasi air (bubur nasi) berlauk yang banyak dijual di Kampung Baru. Jenuh juga mencari review di mana nasi air yang sedap, tapi kebanyakan blog yang tulis tu dah obsolete. Jadi kita redah sajalah.
Pusing punya pusing, kami akhirnya memilih Nasi Air Mr. Johan. Kedai ni ada dalam Google Maps, jadi memang tak ada masalah nak cari. Lauk pun nampak banyak, dan yang paling penting orang masih belum ramai sebab masih awal. Kampung Baru ni, jangaaaaaaanlah datang lepas Maghrib. Nak letak kereta susah, kedai penuh, orang ramai, takut tak puas hati pula bila makanan sampai nanti. Pendek kata orang KL semua tumpu Kampung Baru untuk makan! Hahahah!
Kami pilih lauk yang biasa-biasa saja: Bilis, jeruk bawang, telur masin, kalian ikan masin dan kalau nak kata istimewa pun, daging salai je. Semuanya mereka akan masak atau goreng bawang dan ada perasa. Yang saya makan ni, mereka masak Thai style sikit. Jadi bilis goreng bawang tu ada rasa sos ikan masam-masam sikit yang mana pada saya, SEDAP!
Makan pun tenang je sebab masa tu dalam pukul 6 petang ke 6.30 petang. Boleh dikatakan kami je yang ada kat kedai tu. Memang seronok lah!
Saya tak pasti macam mana mereka kira harga. Tapi mereka akan tanya nasi untuk makan berapa orang. Lauk pula selalunya mereka akan estimate saja (mungkin by timbang). Semua lauk cukup-cukup je dengan kami and it costs around RM20++ jugak. Pada saya mahal sikit la tapi ok je lah sebab perut happy.
Sebenarnya banyak je kedai makan yang jual nasi air ni dengan lauk yang pelbagai. Jadi pilihan terletak di tangan anda. Macam kami- Malas nak bersesak, malas nak fikir sangat, kedai pun nampak menarik; terus je singgah. Mujur direzekikan dengan rasa yang sedap dan kena dengan citarasa.
Kalau nak pilih, boleh je sebab memang banyak kedai lain.
Rasanya semua nasi air berlauk ni pun memang sedap. Tak de hal!
Cubalah, ya!
Dhiya
sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete