Bismillah
Kurang lebih sudah seminggu lebih Ramadhan menjelma.
Ini adalah tahun kedua kami berpuasa berdua. Tak banyak perbezaan pun jika dibandingkan dengan Ramadhan yang lepas. Kami masih mengekalkan kesederhanaan. Juadah berbuka puasa semuanya dimasak sendiri. Memaasak pun lauk biasa-biasa macam makan malam biasa saja. Cuma kalau istimewa pun, adalah sepotong dua kuih ataupun buah-buahan.
Bazar Ramadhan? Setakat ni, kami baru pernah pergi sekali. Banyak sebab kenapa kami 'boikot' bazar Ramadhan ni. Pertamanya harga juadah yang agak mahal. Keduanya susah nak justify kesedapan apatah lagi kebersihan juadah. Sebab itu di kebanyakan hari berbuka, kami lebih suka memilih buah berbanding kuih-muih.
Itu bab persiapan fizikalnya. Tapi macam mana pula dengan sambutan rohani kita semua?
Semua orang akan ada azam peribadi sebaik memasuki Ramadhan. Saya adalah juga menyimpan azam dan hasrat. Tak banyak, tak tinggi. Tapi cukuplah untuk madrasah Ramadhan kami berdua. Kami pun bukannya orang yang super sempurna sangat. Walaupun tak memasang cita dan tekad setinggi bulan bintang, tapi cukup dulu untuk menjaga solat fardhu, bertarawih dan bertadarus. Moga istiqamah hendaknya amin.
Menjelang separuh Ramadhan ini, semoga kita semua menjadi seorang yang lebih baik berbanding Ramadhan yang lalu. Terlalu banyak ibrah dan pengajaran dalam madrasah Ramadhan. Semoga, semoga kita dapat mencedok semuanya dan menjadikan kita orang yang belajar dan berfikir.
Ramadhan is always the best month for me. Dapat tengok kebaikan, dapat tengok kelembutan dan keikhlasan hati. Tapi harapnya semua ini akan kekal di sepanjang bulan yang mendatang dan bukan dalam Ramadhan saja.
Begitulah juga dengan saya.
Jadi,
Ramadhan yang Lepas Menjadikan Kau Apa?
Dhiya
No comments