Bismillah
Ini adalah kali kedua kami ke sini. Kali pertama adalah sewaktu beberapa bulan selepas nikah, hadiah dari SE suami saya. Tahun ini pun sama. Hadiah dari beliau, cuma pada mulanya kami nak pilih ke SGI Kuantan (sebab boleh pilih). Tapi sebab tarikh yang kami nak tu macam tarikh 'panas', maka kami akur jelah dengan apa yang available.
Cuma kali ini saya minta nak sea view betul-betul punya sea view. Tak nak pool view sebab bising. Tapi receptionist tu cakap, kalau nak sea view, katil twin sharing je yang ada. Tapi sempat juga dia nasihat:"Takpelah kak twin sharing pun. 3 hari 2 malam, kalau garden view, nak tengok apa? Sia-sia lah dating Pangkor kalau tak tengok laut" Waaaaaahh bijak dia ni!
Jadi inilah bilik kami. Twin sharing? No problem! |
Tuala baru SGI |
Masa kami datang dua tahun dulu, keadaan hotel agak tidak memuaskan. Tuala kelabu asap, siap ada lalat dalam bilik. Tapi kali ini rasanya lebih baik. ID masih sama. Kali ini bilik kami agak jauh ke dalam dan agak sunyi. Sesuai sangatlah untuk menenangkan diri.
Petangnya kami turun ke private beach SGI. Memandangkan kami dating pada hari cuti umum, pantai agak padat.
Tapi Alhamdulillah cuaca baik dan kami pun dapat tempat yang selesa untuk menikmati pemandangan pantai. Kami tunggu lama sikit sampai matahari terbenam barulah naik ke hotel.
Pemandangan dari bilik kami. |
Hari kedua, kami ke Pulau Pangkor dan kali ini kami buat aktiviti snorkelling. Bagi rasa! Ini adalah kali pertama kami snorkelling di Pulau Pangkor. Memang puas (walaupun saya ni penakut sangat) dapat tengok ikan dalam air sambal beri makan roti.
Dalam feri, kami dapat tempat duduk di bahagian luar. Jadi seronoklah dapat makan angin percuma sambal melayan pemandangan laut luas.
Hari ketiga, kami di hotel saja. SGI ni, walaupun dah kali kedua datang- Kami tetap menghargainya macam kami baru datang pertama kali :)
Tepat jam 12 tengahari, kami pun daftar keluar dan meninggalkan SGI Damai Laut untuk cari makan.
Overall percutian kami ke Perak ni biasa-biasa saja. Seronok ada, tak seronok pun ada (mungkin sebab ada lalat, kut~?) Hahahahah!
Harapnya SE suami saya boleh sponsor lagi dan lain kali saya nak ke Kuantan pula. Terima kasih in advance!
Dhiya
bercuti22222 ---
ReplyDelete