Jumaat lepas memang tragis.
Tiba-tiba, lebih kurang jam 3 petang- Saya hantar mesej kepada suami:
Saya: Abang, D teringin nak makan Ani Sup Utara lah
Dia: OK. Malam ni kita cari. Tapi lepas orang semua berbuka lah
Petang itu kebetulan hujan. Jadi pakej yang datang bersama adalah jalan sesak. Memang tak terdayalah nak mengejar berbuka puasa di luar. Akhirnya kami balik ke rumah dulu, berbuka ala kadar hasil belian dari bazar Ramadhan dan hanya keluar balik selepas Isyak dan terawih di rumah. Huhuhu!
Merata mencari di sekitar Puchong (ikut pada direktorinya), tapi tak jumpa. Ada satu di Seksyen 7 Shah Alam tapi memang tak akan ke sanalah sebab mesti ramai orang.
Akhirnya kami tangguhkan dulu dengan tasbih kafarah dan bersetuju untuk makan menu lain dulu.
Dipendekkan cerita, malam tu kami makan di Warung Cikgu di Puchong yang viral tu. Menu yang kami pilih adalah colek (makanan Kelantan). Ini adalah kali pertama saya makan colek ni. Ada juga colek buah, tapi tak ada beza dengan rojak buah. Isinya boleh dipilih. Ada ikan, sotong, paru, keropok lekor dan banyak lagi. Harga pula ikut portion dan yang paling penting sedap sampai lupa terus Ani Sup Utara!
Pencarian Ani Sup Utara diteruskan pada hari Sabtu. Ya Allah gigihnya lah! Kami ke Cheras tapi malangnya Ani Sup Utara Cheras ditutup sepanjang Ramadhan dan hanya dibuka pada Syawal ke-4. Kenapa? Mungkin tak boleh 'lawan' Wong Solo di sebelahnya yang siap buka khemah di depan kedai mereka. Inilah persaingan perniagaan.. :(
Cari punya cari, kami hanya ada satu pilihan saja lagi iaitu ke Ani Sup Utara Gombak. Sebaik sampai, semua tempat dah penuh pun sebab waktu itu dah dekat nak berbuka. Maka kami pun berbuka lah seadanya dulu, solat Maghrib di Petronas dan selepas itu baru kembali ke kedai tu.
Mujur pelayan tu boleh terima kedatangan kami. Selalunya kedai makan minta ample time untuk mereka kemas meja, makan dan solat. Tapi mungkin sebab menu mereka ni cepat, jadi mereka tak ada masalah sangat.
Rasanya hampir 3 tahun tak makan Ani Sup Utara sampai kedai pun dah lain. Pilihan menu pun dah banyak dan pastilah harganya pun dah lain sikit. Tapi semua tu saya tak kisah, janji dapat makan Ani Sup Utara!
Sup daging+bergedil+sambal kicap+ulam timun+sambal (dan sedikit nasi putih) |
Tengah sedap-sedap makan:
Dia: "D...Mengandung ke? Kehendak lain macam sangat"
Saya: "Entah~"
Misteri di situ.
Hahhahaha!
Ahad: Saya beritahu yang saya masih nak makan Ani Sup Utara. Mungkin dia bimbang susah lagi, jadi dia masakkan sup tulang di rumah semalam. Maka rasmilah kami makan sup je di hujung minggu.
Terima kasih hubster yang gigih dan tak merungut! Pahalalah ganjarannya. Amin!
No comments