Bismillah
Bulan Mei lepas, kami ke PWTC untuk menonton Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa yang memang kebiasaannya diadakan sebelum bulan Ramadhan di PWTC.
Majlis ini memang majlis tahunan peribadi saya sejakk dari belajar di Universiti Malaya lagi. Sejak kahwin ni pula, Alhamdulillah saya berjaya ajak suami saya untuk sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu majlis tu berlangsung.
Apa yang paling saya tak boleh lupa adalah persembahan bacaan Al QuraN oleh dua orang bekas johan MTQA pada era dan zaman yang berbeza, tapi suara mereka sangat padu dan sedap! Seorang adalah lagenda dari tahun 90-an, Puan Hajah Rahmas dan seorang lagi johan MTQA tahun lepas iaitu Puan Hajah Azrah.
Mereka ini, saya banyak belajar dari cara bacaan mereka. Kagum sangat Masya Allah!
Kalau dengar bacaan mereka, boleh buat meremang bulu roma.
Bacaan persembahan oleh Puan Hajah Rahmas dan Puan Hajah Azrah |
Malam tu kami direzekikan mendengar bacaan ramai peserta dari Asia. Jadi bolehlah belajar banyak perkara. Untuk pengetahuan, bacaan Al Quran orang Asia adalah sangat kemas dan lagunya juga sedap selain bacaan orang Timur Tengah (Kerana mereka memang sudah biasa dengan Bahasa Al Quran).
Selepas persembahan, kami pun balik dan tak tunggu pun sampai majlis habis sebab dah tak larat. Dah la pakai baju kerja~
Cuma lepaskan hajat untuk datang je.
Terima kasih hubster sebab sudi layankan permintaan saya.
Untuk sesiapa yang tak pasti, PWTC ini juga adalah tempat berlangsungnya perhimpunan UMNO dan Mood Republik yang grand tu~ Jadi lepas ni bolehlah ingat jalan untuk ke PWTC untuk MTQA ye.
Salam sayang,
Dhiya
No comments