Bercuti di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut & Pulau Pangkor


Bismillah

Entri hari ini adalah sejenis review pengalaman kami ke Lumut dan Pulau Pangkor dan menginap di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Sebenarnya pakej penginapan ini adalah 'hadiah' honeymoon dari SE suami saya. Katanya itu sajalah yang dia mampu beri sempena perkahwinan kami. Malu rasanya nak anggap sebagai hadiah bulan madu sebab dah lama menikah. Tapi bila dibelek-belek balik kalendar, tarikh yang dipersetujui ini adalah bersempena setahun pertunangan dan enam bulan perkahwinan kami. Cantik!

Dipendekken cerita, selepas kenduri di Dewan Seri Kerian Parit Buntar, kami terus ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut untuk mendaftar masuk. Macam yang saya cerita semalam, kami terlajak hingga ke Kuala Kangsar sebab tak sedar simpang Trong untuk ke Lumut. Sebaik sampai, kami sesat lagi sebab terlepas simpang masuk ke Persiaran Swiss-Garden tu :(
Jalan nak ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ni agak jauh masuk ke dalam. Kalau tak ambil pakej dinner atau breakfast di hotel, memang susahlah nak keluar semata-mata nak cari makan. Jadi saya cadangkan ambillah pakej sekurang-kurangnya sarapan pagi ok. 
Kami masuk atas tiket ahli, jadi bilik kami memang tak termasuk dengan sarapan. Itu memang kami sudah maklum. Semasa daftar masuk, petugas di situ beritahu yang kupon sarapan boleh dibeli pada harga RM53 dan boleh guna untuk 3 orang. Agak berbaloi juga sebenarnya tapi kami memang dah ambil keputusan tak mahu ambil kupon tu sebab perancangan kami penuh dari pagi sampai malam.

Daftar masuk, kami dapat bilik aras 3 (tapi sama aras je dengan kaunter penyambut tetamu). Tak perlu menunggu lif. Paling menggembirakan, permintaan saya untuk dapatkan bilik sea view telah ditunaikan oleh pihak hotel. Mungkin sebab kami masuk hari Ahad dan tak ramai orang, jadi permintaan saya bolehlah dipenuhi :)

Bilik sea view kami (separuh view laut, separuh view kolam renang) tapi not bad :) 
 Dalam bilik: 

1. Tiada selipar bilik. Ada selipar untuk pergi pantai saja. Tak boleh bawa balik :(
2. Tiada seterika! Ini menyebabkan wanita jelita macam saya naik angin sebab tak boleh gosok tudung dan jadi cantik. Tapi tak ada masalah, saya telefon room service dan mereka hantar kurang dari 10 minit :)
3. Tiada sejadah :(
4. Langsir koyak~ Tergamak, kau! Hahahahha
5. Remote TV rosak, Kami terpaksa tengok HBO saja sebab tak boleh nak tukar siaran.

Overall semua nampak ok. Saya ada banyak baca review yang agak tak bagus tentang Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ni, terutamanya tentang kebersihan. Tapi apa yang saya perhatikan, lantai bilik kami dan lantai tandas memang bersih. Lalat ada dua ekor saja yang termasuk ke dalam bilik kami tapi rasanya dia pun mati kesejukan sebab kami dah freeze kan bilik tu dengan suhu paling sejuk. Hahahah! 

Bilik air:

1. Tandas takde hos! Sengsara!
2. Tuala besar ada dua saja. Nak guna pun tak sanggup sebab macam kelabu saja :( Tiada tuala kecil. 
3. Tiada berus gigi disediakan
4. Sabun tak banyak buih (tu pun nak komen ka?)

Esoknya (1 Feb) kami ke Pulau Pangkor. Ini memang sejenis percutian bajet. Konsep asalkan merasa saja. Ok lah tu kan.

Tiket: RM10/ pax. Kami beli tiket dengan Konsortium Mesra Duta Sdn Bhd. Feri dia selesa dan boleh duduk di luar untuk menikmati pemandangan laut dan angin yang segar! Ada sejenis feri tu tak seronok sangat sebab tiada pilihan melainkan kena duduk di dalam saja. Feri lama rasanya tu.

Di jeti, akan ada satu meja kecil orang ajak sewa kenderaan dengan syarikat dia. Saya cadangkan janganlah terperdaya dengan mereka ini. Pergi ke pulau dulu. Di sana ada ramai lagi yang akan tawarkan kenderaan. Bukannya apa, dulu saya sudah pernah ke sini dan sewa motor dengan orang yang offer di jeti. Sampai je di pulau, sudah ada orang tunggu dan terus beri motor. Akhirnya apa? Kami dapat motor Kris yang hampir jahanam dan tak mampu pun nak bawa kami keliling pulau. Rasa macam tertipu kan? At least kalau sudah berada di Pulau, kita boleh pilih motor apa dan boleh tengok keadaannya dulu bagaimana. Ejen di sana pun lebih teratur sebab mereka akan dekati kita ikut giliran antara mereka. Jadi jangan bimbang kena rebut atau kena tarik kaki tangan oleh ejen. Hahhahaah!
Kami dapat Honda EX5 dan dipandu oleh suami saya.

 Galeri Pangkor. Banyak info sejarah di sini. Masuk percuma
Kota Belanda. Seronoknya ke sini sebab tak ramai pelancong. Kami 'menggila' betul bergambar sampai lupa untuk ambil satu-dua das gambar kosong untuk diletak dalam blog. Yang ada hanya gambar ini saja. Alahaiiii~
Selebihnya kami berehat di tepi pantai (siap baring dan tidur dengan nyenyak!), makan tengahari dengan bajet paling minimum, singgah solat jamak di masjid, jalan-jalan di pantai, ambil gambar, dan paling penting kami mengelilingi pulau dengan menaiki EX5 tuuuuuuu!
Tapi perlu diingat, berhati-hatilah ketika memandu (samada motor atau kereta). Van Pangkor yang berwarna merah jambu tu sangat laju dan berbahaya. 
2 Feb, kami hanya berjalan-jalan di sekitar hotel saja. Kami turun ke private beach mereka dan berendam di dalam swimming pool hotel sampai puas.

Bagi anda yang bercadang untuk ke sini, masukkan alamat ini ke dalam Waze atau Google Map anda siap-siap supaya tidak kesesatan macam kami. 
Persiaran Swiss-Garden, Damai Laut, Off Jalan, Jalan Teluk Senangin, lumut, 32200 Lumut, Darul Ridzuan, Perak


Banyak je aktiviti yang boleh dibuat di hotel ini, cuma kami yang banyak aktiviti luar.
Pengalaman 3 hari 2 malam di hotel ini sangat menggembirakan saya. Lepas ni kita test power Swiss Garden Kuantan pulaaaaaa~!

Sampai di sini dulu penulisan saya.

Selamat bercuti!

Dhiya

2 comments

  1. kalau kami ke lumut, memang menginap di swiss garden. memang selesa

    ReplyDelete
  2. Nice..hehe..boleh ajak iqmal weekend short vacation ni..hehe

    ReplyDelete