Mentarang Bakar @ Mis Mentarang Bakar


Semalam ketika dalam perjalanan balik ke KL, kami melalui jalan lama sepanjang Sungai Besar- Kuala Selangor. Di tepi-tepi jalan, memang banyak gerai yang menjual mentarang. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba tapi masih takut-takut :P
Akhirnya semalam, kami singgah di gerai tepi jalan Mis Mentarang Bakar.

Harga terkini adalah RM27 sekilo. Emak cakap (dia memang orang Sungai Besar), dulu-dulu harganya murah sangat sampai tak ada siapa yang nak pandang. Hari ni bukan main mahal mengalahkan ayam!
Rasanya macam kerang sedikit, tapi isinya lebih besar. Memang macam kerang saja. Tapi dulu saya pernah makan sikit, terus tak lalu sebab payau. Rupanya rasa mentarang bakar ni bergantung juga pada orang yang memasaknya. Yang saya makan semalam rasanya sedang elok dengan ada rasa masin sikit, mungkin sudah dibasuh dan direndam air garam. Sos pencicahnya pun sedap. Jadi merasalah makan 3 ketul. Yang selebihnya suami saya yang makan~

Emak cakap, mentarang ni bermusim. Jadi sesiapa yang teringin, bolehlah ke sana sebab mungkin sekarang tengah musimnya. Kedai ni terletak di tepi jalan saja dari Pekan Sekinchan. Sebenarnya banyak je gerai-gerai begini. Singgah dan order saja :P

Menu apa yang sesuai untuk masak mentarang ni?
Mungkin:
Tomyam
Masak lemak cili api
Bakar/ rebus
Masak sambal

Mungkinlah kut~

Nanti saya cuba.

Dhiya

1 comment