Senyumlah


Bismillah...

Jumaat yang indah.

:)
:)
:)

Untuk anda, anda dan anda,
Apa pun yang anda lakukan terhadap saya, semuanya tidak sedikitpun menjejaskan saya. Saya tiada masa untuk perkara kanak-kanak dan provokasi murahan.

Saya punya hidup baru yang lebih penting.

Sumber: Google
Setiap hari saya sekarang adalah hari baru.

Kerana senyum itu terapi diri yang terbaik.

Salam sayang,
Dhiya

Psiko


Psiko

Ada..Bukan tak ada
Mereka juga manusia biasa
Tak ada tanda di dahi atau jari
Cuma gila dan sewel di dalam hati
Diam lagi misteri

Jangan kita usik
Tapi dia boleh mengusik
Cakap tak pernah betul
Ugut, bagi orang takut, carut
Psiko!

Kau ingat kau baik?
Kau tu sakit!
Nah cermin, refleks dan tak menipu
Sebelum kau cakap aku, kau tengok kau dulu

Psiko
Lantak kau lah
Asalkan jangan kacau aku
Jangan sentuh aku
Kau bukan siapa-siapa

-Anonymous-

Khamis 30 Mei 2013


Bismillah...

Bangun pagi tadi, saya tengok kalendar... Hm, sudah penghujung Mei. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam hantar notis berhenti kerja, saya baru semalam juga tinggalkan pejabat dengan kotak- kotak barang.
Terasa baru saja mendaftar di UKM ini dan berhempas pulas dengan pelajaran. 31 Mei 2012, esok adalah hari terakhir kuliah untuk semester ini sebelum menempuh seminggu ruang ulangkaji dan seterusnya peperiksaan.

Tadi saya ke kelas Pak Arab Teknologi Suria. Hampir setengah jam pintu bilinya diketuk bagai nak roboh, nampaknya dia macam tiada di dalam. Kami pulang hampa. Bukan seronok sebab tiada kelas, tetapi merana sebab akan ada kelas ganti yang meleret-leret sebab masih ada 5 chapters yang belum dibincangkan. Grr!

Makin penghujung semester, makin banyak pula para genius cendekiawan ini mengirimkan kerja rumah. Katanya segera, supaya boleh dimasukkan dalam markah peperiksaan. Tapi kenapa last minute? Uwaaa! Tapi...Tapi....Tapi saya suka sangat. Betul. Ini bukan sindiran. Saya gembira menerima tugasan itu kerana pada saya itu adalah cabaran untuk saya sendiri. Berbeza dengan bekerja di tempat lama, tugasan last minute kebanyakannya adalah 'najis' tinggalan orang yang diserahkan kepada saya! Muahaha! Eh betul tau...Sebab dah pernah kena, itu pasal saya berani cakap. Masa tu nak marah pun tak ada guna. Buat sajalah sebab prestasi kita dinilai pada hasil kerja, bukan pada CGPA...

Insya Allah cuti semester yang akan datang ini, saya akan bercuti panjang di rumah. Doakan agar punya masa dan ruang untuk menulis. Saya sangat rindu akan DDD. Beratus-ratus gambar dan cerita yang saya nak kongsikan. Harapnya saya tak akan lupa timeline ceritanya :p

Sekarang mengisi waktu senggang sambil menyiapkan beberapa tugasan mudah. Siap cepat supaya saya boleh pulang ke kampung esok dengan hati yang tenang.

Mohon doa dari rakan-rakan, agar saya cemerlang dengan pointer yang menawan. Tolonglah!

Salam rindu, 
Dhiya

Nombor pendaftaran WP Kuala Lumpur baru akan bermula dengan...



Nombor Pendaftaran Kenderaan WP Kuala Lumpur yang baru selepas WYY ialah...

W1A

DDD menerima carian "Plat apa selepas WYY 9999?" yang paling tinggi sejak tahun 2011.
Sekarang DDD kongsikan jawapan atas soalan kita semua.

Selamat membeli kenderaan, rakyat Malaysia. Pak Menteri dalam menifestonya pun berjanji akan menurunkan harga kereta. Hm... (Senyum sendiri..)

Sumber: Berita Harian

PUTRAJAYA: Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini. 

Beliau berkata, nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini. 

Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY. “Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A. 
"Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini. 
Selepas berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y. 
Siri baharu ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y. 

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berikrar untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 
"Dengan kerjasama kementerian-kementerian yang berkaitan, saya yakin transformasi dapat dilaksanakan dan kehendak rakyat dan orang ramai akan dipenuhi," katanya. 

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan Kementerian Pengangkutan yang terdapat sembilan bahagian, lima unit dan 12 agensi akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat.  Beliau berkata, semua isu berhubung kait dengan Kementerian Pengangkutan di laut, udara dan darat akan diimbangi dan diberi perhatian, termasuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). 

“Ada isu yang memerlukan perhatian segera, sesetengahnya memerlukan keputusan kabinet sementara yang lain memerlukan keputusasn pihak ketiga. 
"Isunya banyak, bukan setakat AES. Saya melihat pada semua isu. 
“Isu seperti AES tidak boleh ditentukan dalam tempoh sehari saja...Saya adalah Menteri Pengangkutan untuk negara ini dan bukan hanya untuk AES,” katanya. 

Beliau diminta mengulas mengenai pelaksanaan AES apabila Jabatan Peguam Negara sebelum ini memutuskan untuk meneliti perkara berkaitan saman trafik yang dikeluarkan. 

Pada Disember lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, langkah itu diambil berikutan kebimbangan pihak tertentu berhubung undang-undang dan perkara teknikal dan semua prosiding mahkamah yang berkaitan juga dibekukan sehingga kebimbangan berkenaan selesai. - BERNAMA 

Harga kereta pun dalam menifestonya akan dikurangkan juga kan? kan? kan?

Salam sayang,
Dhiya


Terjebak

Bismillah...

Jangan ingat saya tak baca buku buku ini.

Tapi tak mengapa...Baru terjebak. Masih di peringkat permulaan.
Gaya penulisannya telus, tidak menipu. Saya suka. Elis bilang saya ada potensi ke arah penulisan berbanding menggalas Nikon tu. Eleh...cakap saja yang kau mahu itu Nikon kan.Cis.


Rasa nak jual buku- buku ni selepas habis dibaca. Macam tak sesuai nak bawa balik ke rumah mak abah. Kau nak kena hambaaaat?
Ada yang berminat?

Salam sayang,
Dhiya

Tulis Tesis Cepat, Grad pun Cepat!


Salam semua,

Khas untuk rakan- rakan seperjuangan yang sedang berperang dengan diri sendiri dalam menyiapkan penulisan tesis:

Sekarang saya sedang gunakan buku ini sebagai rujukan dan penguat semangat.


Bagus. Sangat bagus.
Sesiapa yang berminat , bolehlah membuat tempahan di link di bawah:

http://www.tulis-tesis-cepat.com/hop.php?ref=mjhidayah

Untuk pengetahuan, buku ini baru sahaja mendapat hak percetakan dari penulis asalnya, Dr. Othman Talib dan masih belum ada di mana-mana kedai buku. Semuanya online basis dan ada jugalah yang dijual semasa bengkel berjalan.

Ada jual di MPH? Jawapannya: Belum ada. Insya Allah soon
Ada dijual di bengkel-bengkel tertentu.
Memang nampak tebal, tapi isi dalamnya sangat santai. Dr. OT menulis untuk manusia. Bukan untuk robot.
Sekali cetak beratus- ratus naskah, mesti habis. Sambutan menggila dan menggalakkan. Semua orang mencari inspirasi dan metod mudah dan cepat untuk sudahkan apa yang telah dimulakan :)

Jangan tunggu lama sangat untuk buat keputusan. Laburlah untuk masa depan!

p/s: Untuk pertanyaan, sila tinggalkan komen :)

Salam Inspirasi,
Dhiya
UKM Bangi

Tugasan


Bismillah,

Dengan laptop usang ini saya berjuang.

Biar jatuh

Asal selagi tak kecundang!



Semalam saya bertapa sehari suntuk di bilik siswazah bagi menyiapkan slide tentang Green Building Index (GBI). Allah Maha Tahu betapa gembiranya saya bilamana dapat menyudahkannya. Terbayar sudah satu hutang!

Ok, teringin nak menulis panjang, tapi masih belum berkesempatan.

Nanti, ya.

Salam Sayang,
Dhiya

...



Tadi mak call, tanya:

"Ada satu kad jemputan kahwin tu, dari minggu lepas sampai...Kenapa balik baru- baru ni D tak buka?"

"Tak nak mak..Tak sanggup. Tu kad jemputan kahwin kekasih lama."

Mak terdiam

"Sudah- sudahlah D. Ramai lagi umat Muhammad yang soleh untuk dibuat suami"

Air mata saya bergenang.

"Ok lah mak, dah azan Isyak. Esok D telefon lagi"

Ya, dia akan bernikah awal Jun ini. Saya kenal sebelum dia bergelar doktor. Allah tak izinkan saya bersuamikan doktor barangkali.

Titik

Dhiya

Raya. Pilihanraya


Ini suasana di kampung saya. 5 tahun sekali je boleh tengok atmosfera ini.



Maaflah,  selepas seminggu baru gigih nak berkongsi cerita raya ni. Almaklumlah... Menjadi seorang saya adalah amat sibuk. Kalau tidak sesibuk mana pun, saya lebih gemar bersendirian tanpa talian internet. Itu kadangkala lebih menenangkan jiwa.

Sejahteralah Malaysia- Bumi bertuah ini :)

Salam sayang,
Dhiya

Vote for a better Malaysia!

This is our country.
One vote matters!

Dhiya

Bukan inai

Assalamualaikum...
Jari sudah ditanda biru.
Bukan inai.
Maka emak dan abah tak berhenti mengusik saya-esok lusa berinailah pula...
Amin

Salam sayang, 
Dhiya

Dah lama tak pegang Nikon :(


Peluang balik kampung ni saya gunakan untuk meraikan diri sendiri. Nikon D3100 saya lama tak disentuh. Asyik Elis sahaja yang meggunakannya. Iyalah, tuannya pun tak cukup masa membelai diri, apatah lagi nak membelai perkara lain.

Hasil hari ni.


Saya masih amatur dalam bidang fotografi, tetapi minat tu ada sejak saya memiliki kamera kompak pertama lagi. Elis bilang saya tak layak untuk hobi kos tinggi ini. Entah, mungkin benar juga apa yang dia kata. Tapi saya dah 'terbeli' ini barang. :) Gasak jelah kan.

Tona warnanya agak terang. Saya kena rajin bermain dengan setting lagi. Tapi kekangan masa tu membuatkan ia hanya tersadai di tepi buku-buku pengajian dan anak patung saya di atas katil. :(

Maka saya sedang pelik bagaimana seorang blogger seperti saya- yang buat semua kerja boleh duduk menghadap komputer dan memuat naik gambar dengan banyak. Apa kalian punya 25 jam sehari atau tangan super multi purpose?

Haih,
Dhiya


Cerita Beijing


Bismillah

Sudah sebulan saya pulang dari Beijing. Tapi belum ada satu entri pun tentang perjalanan saya ini. Maaf.

Maaf sangat.

Kehidupan baru memegang status pelajar bukan suatu yang mudah. Tapi saya berpuas hati atas segala yang Allah aturkan sekarang. Ada tawa, ada air mata. Tapi saya yakin Dia takkan berikan semua ini tanpa sebab yang munasabah demi kabaikan saya. :)

Berbalik kepada cerita Beijing, saya kepilkan satu gambar untuk tatapan pembaca. Cerita penuh entah bila. Mungkin dalam cuti semester bulan Jun nanti. Nasiblah~

Gambar diambil sebelum berlepas. Rezeki baik kali ini- Dapat tempat duduk tepi tingap. Maka saya muat habis-habis lensa saya di situ. Tak kasi can orang lain dah :p
Maaf kepada rakan dan sahabat handai yang mengikuti blog ini tanpa cerita terbaru. Saya sibuk dengan perjuangan baru saya. Mohon doa kalian, agar saya dapat bertahan :)

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

Tekanan

Bismillah...

Setelah dua bulan pengajian, inilah kali pertama saya menulis apa yang betul-betul berada dalam fikiran saya sekarang.
Inipun bukan disebabkan isu belajar. Isu picisan yang sedang mengganggu saya untuk belajar.

Kali pertama isu diri saya dipersoalkan.
Isu bujang, isu punya banyak masa terluang kononnya, isu ada kereta dan boleh mobil ke mana saja katanya.
Paling melampau, saya pulang ke kampung hujung minggu pun dipersoal! Sudah melampau ini macam, bro!

Respect sudah makin nipis. Saya penat dipaksa, disuruh dan diarah arah begini tanpa cuba meletakkan dirinya dalam kasut saya.

Bagitahu saya, kalau Sabtu pun saya perlu buat itu ini, bagaimana dengan diri saya sendiri?

Marah. Kecewa.

Saya mahu jadi diri saya. Tak mengapalah tiada wang yang banyak pun, asalkan saya gembira menjadi saya yang sebenar.


Rindu

Rindu nak menulis...

Hidup saya kini 360 darjah berubah. Banyak yang saya sudah tinggalkan demi jalan berduri ini.

Saya rindu DDD. Terasa ingin berkongsi semuanya di sini.

Doakan kelak ada kesempatan masa.

Salam sayang
Dhiya

Musim Panas

Bismillah
Ya Allah...

Cuaca minggu ni agak panas. Sudah lama tak hujan. Malam pun berkuap.
Keluar nak ke kelas pun berkira-kira. Mujur juga kelas saya kebanyakannya di waktu pagi. Tapi tadi saya ke bilik pensyarah jam 3 petang. Allah, panas!
Memang musim panas ke sekarang? Elis tu demam sampai tak keluar suara.
Mohon perlindungan dariNya, semoga kita semua dalam keadaan baik dan sejahtera.

35 darjah. Semalam 36 darjah. Kipaaasss!
Salam sayang, 
Dhiya

Kosong

Selamat tinggal Kuala Lumpur. Sehingga ketemu lagi. Azam dan tekad saya begitu jelas kali ini. Saya mahu meningkatkan kualiti diri. Doakan...

Paling Awal

Malas nak berebut parking, malas berebut masa.
Sedang menunggu kuliah jam 3 petang. Sekarang baru jam 1 petang.
Mak kata cemerlang. Amin!

Salam sayang,
Dhiya dahlia

Pulang Pada Waktunya


Saya selalu pulang pada waktunya!

Selamat tinggal kenangan.

Jumpa lagi setahun setengah dari sekarang! Harapnya dapat berada dalam atmosfera yang lebih baik dalam misi memburu keredhaan Allah :)

Kerja ni ibadah. Kalau tak amanah, apalah kita nak jawab di mahkamah sana nanti.

Salam Jumaat,
Dhiya Dahlia

Update Sekejap


Bismillah...

Update terbaru.

Sedang bersiaran di Bilik Siswazah di kampus UKM sementara menunggu kelas sesi petang.

Masya Allah, kehidupan saya sungguh berubah 360 darjah dalam sekelip mata. Banyak keringat dan air  mata yang telah tumpah biar dalam hanya tidak sampai tempoh sebulan.

Saya harap saya dapat duduk lama di depan komputer riba ini untuk menulis setiap satu cerita saya.
Betapa cita-cita yang saya tekadkan sejak dulu telah menjadikan saya nekad untuk melakukan semua ini.
Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Untung nasib saya adalah bawah kuasaNya. Selagi saya berusaha yang terbaik, saya yakin Allah tidak akan mengecewakan saya.

Untuk rakan-rakan yang merindui, begitu juga saya.

Maaf kalau sms, panggilan telefon yang tidak terlayan. Kadang-kadang sejujurnya saya sengaja tidak mahu layan. Saya tahu saya sedang mengecewakan anda, tapi doakan agar saya cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini dan kembali bersilaturrahim dengan anda.

Doakan saya.

Jalan juang ini memang tiada yang mudah. Tapi saya yang pilih. Saya yang mulakan. Jadi saya takkan berpatah balik.
Ada hutang nilai diri yang perlu ditebus.

Salam sayang,
Dhiya