Nombor pendaftaran WP Kuala Lumpur baru akan bermula dengan...



Nombor Pendaftaran Kenderaan WP Kuala Lumpur yang baru selepas WYY ialah...

W1A

DDD menerima carian "Plat apa selepas WYY 9999?" yang paling tinggi sejak tahun 2011.
Sekarang DDD kongsikan jawapan atas soalan kita semua.

Selamat membeli kenderaan, rakyat Malaysia. Pak Menteri dalam menifestonya pun berjanji akan menurunkan harga kereta. Hm... (Senyum sendiri..)

Sumber: Berita Harian

PUTRAJAYA: Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini. 

Beliau berkata, nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini. 

Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY. “Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A. 
"Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini. 
Selepas berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y. 
Siri baharu ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y. 

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berikrar untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 
"Dengan kerjasama kementerian-kementerian yang berkaitan, saya yakin transformasi dapat dilaksanakan dan kehendak rakyat dan orang ramai akan dipenuhi," katanya. 

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan Kementerian Pengangkutan yang terdapat sembilan bahagian, lima unit dan 12 agensi akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat.  Beliau berkata, semua isu berhubung kait dengan Kementerian Pengangkutan di laut, udara dan darat akan diimbangi dan diberi perhatian, termasuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). 

“Ada isu yang memerlukan perhatian segera, sesetengahnya memerlukan keputusan kabinet sementara yang lain memerlukan keputusasn pihak ketiga. 
"Isunya banyak, bukan setakat AES. Saya melihat pada semua isu. 
“Isu seperti AES tidak boleh ditentukan dalam tempoh sehari saja...Saya adalah Menteri Pengangkutan untuk negara ini dan bukan hanya untuk AES,” katanya. 

Beliau diminta mengulas mengenai pelaksanaan AES apabila Jabatan Peguam Negara sebelum ini memutuskan untuk meneliti perkara berkaitan saman trafik yang dikeluarkan. 

Pada Disember lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, langkah itu diambil berikutan kebimbangan pihak tertentu berhubung undang-undang dan perkara teknikal dan semua prosiding mahkamah yang berkaitan juga dibekukan sehingga kebimbangan berkenaan selesai. - BERNAMA 

Harga kereta pun dalam menifestonya akan dikurangkan juga kan? kan? kan?

Salam sayang,
Dhiya


No comments