Khamis 30 Mei 2013


Bismillah...

Bangun pagi tadi, saya tengok kalendar... Hm, sudah penghujung Mei. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam hantar notis berhenti kerja, saya baru semalam juga tinggalkan pejabat dengan kotak- kotak barang.
Terasa baru saja mendaftar di UKM ini dan berhempas pulas dengan pelajaran. 31 Mei 2012, esok adalah hari terakhir kuliah untuk semester ini sebelum menempuh seminggu ruang ulangkaji dan seterusnya peperiksaan.

Tadi saya ke kelas Pak Arab Teknologi Suria. Hampir setengah jam pintu bilinya diketuk bagai nak roboh, nampaknya dia macam tiada di dalam. Kami pulang hampa. Bukan seronok sebab tiada kelas, tetapi merana sebab akan ada kelas ganti yang meleret-leret sebab masih ada 5 chapters yang belum dibincangkan. Grr!

Makin penghujung semester, makin banyak pula para genius cendekiawan ini mengirimkan kerja rumah. Katanya segera, supaya boleh dimasukkan dalam markah peperiksaan. Tapi kenapa last minute? Uwaaa! Tapi...Tapi....Tapi saya suka sangat. Betul. Ini bukan sindiran. Saya gembira menerima tugasan itu kerana pada saya itu adalah cabaran untuk saya sendiri. Berbeza dengan bekerja di tempat lama, tugasan last minute kebanyakannya adalah 'najis' tinggalan orang yang diserahkan kepada saya! Muahaha! Eh betul tau...Sebab dah pernah kena, itu pasal saya berani cakap. Masa tu nak marah pun tak ada guna. Buat sajalah sebab prestasi kita dinilai pada hasil kerja, bukan pada CGPA...

Insya Allah cuti semester yang akan datang ini, saya akan bercuti panjang di rumah. Doakan agar punya masa dan ruang untuk menulis. Saya sangat rindu akan DDD. Beratus-ratus gambar dan cerita yang saya nak kongsikan. Harapnya saya tak akan lupa timeline ceritanya :p

Sekarang mengisi waktu senggang sambil menyiapkan beberapa tugasan mudah. Siap cepat supaya saya boleh pulang ke kampung esok dengan hati yang tenang.

Mohon doa dari rakan-rakan, agar saya cemerlang dengan pointer yang menawan. Tolonglah!

Salam rindu, 
Dhiya

No comments