Rumah Kita


Bismillah

Posting ni khas untuk memperkenalkan rumah baru kami yang kami gelarkan 'Rumah Kita' sempena nama projek ni. Terletak di sempadan Cyberjaya, Insya Allah inilah sarang kami untuk tua dan bahagia bersama. Amin Insya Allah.

Throwback, rumah ni kami beli end of year 2019, masa Nuha berumur setahun (lebih kurang) sebab aku ingat masa nak pergi booking tu, Nuha masih jalan terkedek-kedek. Pejam celik pejam celik, dengan pandemic yang menyerang, harapan kami untuk tengok rumah dalam masa 3 tahun macam gelap. Yelah. Lockdown dah beberapa kali. Cluster construction site pun banyak. Jadi memang macam lama lagi je nak tengok rumah tu siap. Kalau kami datang, hanya boleh sampai showroom je. Jalan nak masuk ke site ditutup. 

Tapi Allah punya aturan, Jan 2022 - Sebaik saja kami balik dari umrah, kami dapat email notis penyerahan VP akan bermula dan kunci akan mula dapat sebaik semua bayaran runcit selesai. Bayaran runcit ni macam-macam la weh. Register account bil api air, fire insurance, maintenance, bayaran kepada management office yada yada belum apa-apa lagi dah beribu kat situ. Kau ingat masuk rumah baru tu siap semua dan boleh cuci kaki masuk macam dalam drama TV3 ke? Puk kang~

Selesai semuanya, Alhamdulillah kami dapat tarikh ambil kunci pada 18 January 2022, beberapa hari selepas ulangtahun harijadi aku. And yes, inilah hadiah harijadi paling mahal dari aku untuk diri aku sendiri. Hahaha!
Staff yang serah kunci tu pun faham kut emosi kami. Dia suruh kami buka sendiri beg kunci tu dan siap suruh rakam. Guard kat bawah pun tumpang happy dan tolong kami ambil gambar dekat depan management office. 
Masuk je- nothing much to expect. Rumah baru yang kosong dan masih berbau cat. Tapi boleh la dipanggil 'rumah' sebab ada bumbung dan dindingnya. Kami terus hire defect inspector pada hari yang sama untuk buat defect inspection. Alhamdulillah tak banyak defect pun. Major defect hanyalah beberapa keeping tiles yang hollow. Tak ada major crack dan leaking. 

Progress sekarang:
1- Pemasangan lampu dan kipas (90%)
2. Menunggu pemasangan grille
3. Menunggu pemasangan cabinet dapur
4. Menunggu sebut harga awning dapur dan bumbung yard
5. Menunggu sebut harga wiring dan tambah point 
6. Mini garden di yard dan laman belakang

Kami aim semua ni especially 1-5 akan siap atau sekurang-kurangnya on progress dalam minggu depan. F aims nak pindah masuk bulan puasa tapi hmm macam mustahil je. Tapi takpe, raya pun kita boleh masuk sebab tu memang rumah kita.

Insya Allah aku akan terus berkongsi tentang perjalanan ini terutamanya deco-deco journey. Ada sudut-sudut yang aku betul-betul nak buat macam yang aku impikan selama ni. Doakan ya.

Untuk keluarga dan rakan-rakan yang melihat perjuangan kami, terima kasih atas doa dan sokongan. Nanti kita reunion kat rumah ni ya?

Pen off, 
Dhiya 

No comments