Our Weekend


Bismillah

Assalamualaikum semua!

Happy Monday! 

Last week jadual aku penuh dan memang tak ada masa untik chill chill. Kerja dah memang waktu pejabat tak boleh cakap apa lah. Malam dah penat. Kadang makan pun tak lalu. Selalunya malam kami hanya allocate untuk family time bertiga saja. Itu pun 10am mesti dah light off.

Jumaat 
Kami balik ke rumah baru dan bermalam di sana. Plan asalnya, Sabtu keesokan harinya tu orang kitchen cabinet (kc) datang untuk site visit, ukur dan terus bincang final arrangement. Sekali, subuh-subuh Jumaat orang tu bagitahu yang dia kena kuarantin pulak. Lari dah timeline dan jadual weekend kami. 
Sabtu
Tapi apart from that, uncle yang custom made planter box aku pun nak masuk juga Sabtu tu jadi tak la empty sangat itinerary kami. So Alhamdulillah, planter box aku dah sampai dan garden aku dalam progress!
Petang sikit, baru nak siap-siap keluar lunch (yelah kan. Dapur tak siap lagi), ada sorang sub-con on-site ni datang katanya nak cek defect. Namanya Amdad. Eh silap besar betul lah si Amdad ni datang rumah kami. All this while memang kami agak bengang sebab defect progress lambat sangat. Lepas tu kerja-kerja defect yang mereka buat semua macam separuh jalan. Kami malas nak chase kat management office sangat sebab tau memang akan lambat. So dah alang-alang dia datang- Memang kau serah leher la kan. F ajak dia masuk, tutup pintu dan teruslah dia tunjuk satu-satu defect yang perlu urgent action. Dia janji akan cepatkan in fact ada few defects yang dia terus call pekerja dia untuk datang dan buat masa tu jugak.
Takpelah lunch kami burn janji puas hati dia buat kerja depan mata.

Tapi si Amdad ni pun bijak juga, dia offer F untuk simenkan indoor yard kami. Time-time tu terus buat pun tak apa. Katanya nak buat duit tepi. Harga yang dia minta pun macam ok. Kami bincang tak sampai 5 minit, terus setuju. Tapi F cakap kami nak keluar makan dulu. In the mean time F suruh dia bawa semua alatan dan ready by 6pm. 

Makan koboi-koboi, Amdad dan seorang pekerja dia dah ready. F brief dia sikit-sikit, terus jalan kerja. Bab tu aku serah je kat F sebab dia biasa duduk site dan tahu macam mana nak handle pekerja. To my surprise, hasil kerja dia falls beyond my expectation. Aku mati-mati ingat simen render dia adalah yang kasar tu. Tak sangka dia buatkan finishing guna simen halus pula. Alahai terharu tau.
Dah alang-alang terharu, aku mintak 2 kereta sorong pasir dari Amdad dan minta dia ratakan kat garden aku sebelum aku letak planter box. Hahaha. Dia puji planter box aku lawa. Ok tahu. Memang lawa. Rupanya lepas tu dia membodek F untuk dapatkan job hacking paip mesin basuh, sinki dan pasang backsplash tiles. Geliga betul Amdad ni bab cari duit tepi. F cakap tak boleh finalize lagi sebab abang kitchen cabinet kena Covid19. Tapi most likely kami akan hire dia sebab murah dan hasil kerja yang memuaskan. Aku pun senang nak mintak tolong dia supply pasir lagi untuk garden aku.

So akhirnya Sabtu kami terisi penuh juga dengan part yang tak disangka-sangka Alhamdulillah. Makan malam kami jam 10 malam, selepas Amdad dan pekerja dia balik. Mata pun tak larat buka dah. Tapi inilah dilemma dan perjuangan kami bertiga yang aku nukilkan di sini untuk kenangan supaya nanti kita tahu, banyaknya pengorbanan kita demi rumah ni.

Ahad
Kami balik ke Pahang dalam misi menghantar Nuha duduk dengan mak abah aku, ditemani dua orang sepupu sebab sekolah dia cuti seminggu ni. Yihhh kecik-kecik lagi dah ada cuti sekolah. Asalnya kami plan nak gilir-gilir ambil cuti. Lepas tu ada juga plan nak hantar kat pengasuh lama dia. Tapi mak aku cakap si Nabiha (she's 14 now!) pun ada tengah cuti sekolah ni, so better hantar jelah kampung.

Lama juga kami nak memahamkan Nuha yang balik kampung kali ni she's to stay there for 5 days before we come back and fetch her again next week. Nuha tak pernah tinggal lama macam ni di Pahang. Selama ni balik kampung macam biasa je. Ada kala jawapan dia ok, ada kala jawapan dia tak nak and started to argue this and that. 

Semalam, dah masuk tol nak sampai rumah mak abah aku- dia boleh cakap taknak duduk rumah nenek. Ah kacau sungguh laa hang ni Nuha. Tapi Alhamdulillah the moment we're leaving, takde pun adegan guling-guling menangis ke apa sebab dia dah befriend dengan kakak sepupu dia yang sweet tu plus nenek dan tokwan yang sangat laaaaaa manjakan dia. In fact, kami berdua pulak yang rasa macam; weeeeeiii anak kita tak sayng kita ka? Pasaipa dia tak nangeh pun kita tinggal diaaaaaaaaaaaa!
Mak-mak. Biasalah~

So seminggu ni kami berdua je. Plannya nak pulun mengemas rumah KL untuk bawa balik mana yang boleh masa nak jemput Nuha minggu depan ni nanti. Dan mungkin akan stay rumah baru juga untuk belajar the traffic and public transport pattern. Doakan kami ya.

Paling penting, doakan aku juga dapat rezeki kerja baru yang lebih dekat dengan rumah baru. Bukan tak suka tempat sekarang. Tapi aku lagi utamakan work life balance dan family first lagi-lagi Nuha dah sekolah sekarang. Nak berulang alik dari rumah baru kami ke KL Sentral makan tenaga, duit dan masa yang banyak juga. Jadi aku plan nak mencari kerja dekat sikit demi kesihatan mental dan fizikal.

Bagi yang tertanya-tanya details rumah kami (yang aku selalu sebut sebagai Rumah Kita), nanti aku share ya? There will be an exciting journey to make this house become a home, Insya Allah!

Dhiya 

No comments