Aku serba salah nak meluah kat siapa-siapa, jadi aku ambil keputusan untuk menulis di sini.
Awal tahun lalu, aku didatangi oleh seorang sepupu, sepupu jauh yang sudah bersuami dan ada anak. Kami agak selalu berjumpa jadi aku tak syak apa-apa sehinggalah dia akhirnya text aku berterus terang mahu pinjam wang. Nilai yang dia nak pinjam pun tak banyak bagi aku tapi mungkin banyak untuk dia.
Aku ambil masa yang agak lama untuk reply text sepupu aku tu. Banyak sebabnya.
Antaranya;
Kami baru dapat kunci rumah dan habis banyak juga untuk bayaran runcit yang macam aku sebutkan sebelum ni, sebab itu rumah kami.
Lagi pula, Nuha baru masuk sekolah. Yuran dia saja buat kami tepuk dahi tapi sebab kami nak yang terbaik untuk dia, maka kami proceed. Sebab apa? Sebab Nuha anak kami.
Sepupu aku ni - yang aku tahu, memang dah menjadi tabiat gali lubang - kambus lubang ni. Itu masalah peribadi dia yang aku tak pernah judge selama ini. Cuma bila dia mula jinak-jinak nak meminjam dengan aku, aku mula risau dengan perangai dia tu sebab takut nanti aku kerja menaggung dia pulak. Tambahan pula, dia bukan sepupu dekat aku. Agak berlapis-lapis salasilahnya. So aku tak boleh brain kenapa dia aim aku?
So lepas agak lama, aku balas text dia baik-baik. Aku cakap aku tak boleh bagi sebab bulan Jan ni kami banyak sangat guna duit. Aku tak sebutlah in details guna ke mana. Duit aku lantak aku lah kan~haha! Dia pun menerima baik je rejection aku tu tapi dia pesan supaya jangan bagitahu siapa-siapa tentang tu. Dan aku rasa dia macam segan sebab 2 minggu selepas tu kami ada kenduri tapi dia tak tunjuk muka.
Awal Mac haritu, dia text aku lagi direct to the point nak pinjam duit. Nilainya lebih rendah dari apa yang dia pernah mintak sebelum ni. Aku terus macam kena anxiety attack sebab ingatkan lepas first attempt dia gagal, dia tak try dah. Rupanya tak putus asa ya dia ni. Aku pulak yang naik segan nak reject dia. This time round, aku buat diam je. Aku tak respond langsung sebab aku tau. Ni kalau aku bagi muka ni, mau tiap-tiap bulan aku akan jadi banker dia.
Sorry kalau nampak harsh atau sombong. Tapi aku kena sayang diri aku sendiri. Buat apa aku nak happykan orang kalau aku pun makan hati. Aku tekad lepas ni kalau dia taknak tegur atau jumpa aku pun, lntaklahhhhh!
Aku ingat someone pernah cakap; sebab duitlah- kita boleh putus saudara. Bagi pun boleh buat gaduh, tak bagi pun boleh jadi gaduh. So lebih baik aku pilih untuk tak bagi.
Mula-mula aku rasa macam bersalah jugak sebab tak tolong kaum kerabat sendiri tapi bila fikir-fikir balik; kalau dah naik lemak nanti- tak ke aku jugak yang susah?
Sorry. I choose to love myself.
Korang, meh sini aku nak betulkan persepsi pinjam duit.
Pinjam duit ni pada aku hanya berlaku on a 'special occasion' je, bukan monthly basis dah macam rutin atau komitmen.
Apa yang aku maksudkan special occasions? Contoh, gaji awal bulan tapi hujung-hujung bulan kereta kau kena overhaul sampai RM5000. Sementara nak tunggu gaji tu, maka terpaksalah kau meminjam sebab nak baiki kereta tu. Once gaji, cepat-cepat ganti balik amaun yang dipinjam. Itu pun kadang-kadang malu dan takut orang question- 'Takkan tak ada saving langsung?' Tapi tulah, still boleh considerate sebab tau kereta kena overhaul bukan kejadian bulanan.
Paham ke idok?
Pinjam on monthly basis ni macam- hujung bulan je datang nak meminjam. Tak sempat bayar hutang bulan ni, bulan depan datang lagi ehhhh nak pinjam lagi.
Aku cakap ni, bukanlah maksudnya aku banyak sangat duit dan tak pernah meminjam. Aku pernah je hidup susah tak ada kerja berbulan-bulan. Cuma aku takut perangai macam ni hinggap pada orang yang tak boleh berkata tidak. Orang yang nak memberi pinjam tu serba salah woi. Mana nak jad hati peminjam, nak jaga hati (dan poket) sendiri lagi. Lagi teruk kalau dia jadi monthly aim kau yang tak berduit memanjang.
Paling penting, bear in mind - Kita nampak orang tu senang lenang, bukan bermakna dia banyak duit ya. Please always put this in your mind. Aku pernah je ada orang cakap: "Best nya tengok kau sekarang, D. Senang and nampak happy" Astaghfirullah aku takut dengar dia cakap macam tu sebab apa yang dia nampak mungkin on surface je. The struggle behind, dia tak tahu.
Aku pun ada je tengok orang and said silently : "Bestnya jadi si polan si polan. Banyak duit dan boleh buat apa saja"
See? Kita takkan pernah puas menjadi diri sendiri.
Berbalik kepada sepupu aku tu, aku tak block dia pun. Tapi kadang-kadang terbaca la juga WA status dia bercakap tentang fungsi ahli keluarga, susah senang bersama yada yada. Aku malas nak ambil hati. Mungkin dia sindir orang lain. Aku pun, masa susah - Ada je ahli keluarga yang menjauh. Bila dah ada kehidupan sikit, baru lah nak peluk-peluk aku. Alahai mana boleh treat orang differently macam tu~
Aku okay je nak tolong orang tapi must be in win-win situation. Kalau dah jadi macam komitmen je aku nak bank in duit kat dia- Baik dia jadi anak aku je.
Sorry I've been keeping this since early this year and rasa macam nak luah sebab too many things in my mind and I can't hold them all inside.
Aku kasihan, tapi tak banyak yang aku boleh buat. Aku meluah di sini pun for the sake of my mental health, bukan nak malukan siapa-siapa.
Tapi tapi tapi siapa yang dekat dengan aku (Petaling Jaya atau Dengkil), nak kerja meh email aku. work from home je. Aku boleh tolong cara macam tu. Ok, deal? Nah email: diahalida@gmail.com
Dhiya
Kerja macam mana tu sis? Hehe. Maaf tanya kat sini
ReplyDeleteHi Ili, Ili area mana? Saya part time fabric crafter so saya selalu hire / upah orang untuk potong kain2 saya. tapi mesti location dekat lah. saya tak pos fabrics saya. email saya ya
Delete