Pengalaman Menunaikan Umrah Sewaktu Pandemik - Disember 2021 (Madinah)


Bismillah

Perjalanan kami bermula pada 4 Disember, penerbangan SV3842 Saudi Airline jam 1.30 petang. Kami keluar dari rumah di PJ awal pagi. Alhamdulillah urusan di airport dimudahkan. Andalusia punya working flow was flawless. Dari urusan ambil dokumen dan passport sehinggalah ke check-in, semuanya lancar.

Waiting bay di departure hall tu agak padat tapi Alhamdulillah semua orang baik-baik. Elderly semua dapat seat termasuklah mak abah. Allah didik hati aku seawal di sini lagi dan aku terus-terus berdoa janganlah aku diuji dengan sikap kurang sabar berdepan dengan orang especially mak abah sendiri. 
Paling menyentuh hati, semasa kami sedang beratur untuk masuk ke dalam perut kapal terbang, ada seorang jemaah pitam dan keadaan jadi agak kelam kabut. Aku sempat tengok ada staff airport yang buat CPR. Tak banyak yang kami boleh buat melainkan berlalu dengan doa dan air mata je sebab semua orang dah nak masuk kapal terbang.
Khabarnya jemaah tu meninggal sehari selepas itu akibat serangan jantung. Masa aku tahu ni, kami dah di Madinah. Sekali lagi aku menangis mengenangkan betapa- Walau selangkah dekat menuju Haramain, kalau Allah kata tidak maka tidaklah ia menjadi milik kita. Moga Allah rahmati almarhum jemaah tersebut. Innalillah.

Penerbangan mengambil masa 8 jam. To be honest aku ni dah lamaaa tak naik airplane so gentar jugak heh! Tapi Saudi Airlines memberi pengalaman yang baik untuk aku. Alhamdulillah take-off dan landing were smooth, penerbangan lancar (cuma ada sedikit turbulence di sekitar laut Hindi yang buat aku tak tenang sikit) dan kami tiba seperti yang dijadualkan.
Depart : 1.30 pm (waktu Malaysia)
Arrival: 9.30 pm (waktu Malaysia) - 5 jam beza waktu, maksudnya 4.30 petang waktu Saudi.

Upon arrival in Jeddah Airport, kami antara orang terakhir yang turun, mak abah jalan agak lambat. Kami tak arrange wheelchair sebab mak abah cakap boleh jalan. Tapi siapa sangka jarak berjalan boleh tahan jauh. Sedang kami berhenti di tandas, ada satu gerombolan jemaah India/Bangladesh yang Masya Allah ramai gilaaaaaaaaaaaa sampai nak menenggelamkan kami. Masa ni nak beratur untuk tunjuk dokumen, memang kami kena tolak je. Aku dah nak menangis dan rasa macam inilah ujian pertama aku sebaik sampai di Haramain. Tapi mujurlah mutawwif dapat track kami dan bawa kami ke fast lane untuk jemaah Malaysia. Masa tu haa lajulah sikit pergerakan kami. Kalau nak kena beratur dengan jemaah Bangladesh tadi, memang boleh buat pengsan.

Proses immigration dan collect luggage ambil masa sejam lebih juga. Penat memang penat. Orang pun ramai. Tapi ada lane khas untuk jemaah umrah. Definitely kena bersabar banyak-banyak untuk lalui process ni lagi-lagi kalau bawa mak ayah yang berumur. Keluar je ke gate arrival, kami dengar azan Maghrib (around 5.30 petang). Dah ada wakil Andalusia yang menunggu untuk bawa kami ke bas yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, dapat seat. Kesian mak abah. Banyak sangat berjalan. 

Dalam bas, kami mula kenal kumpulan kecil kami. Tapi sebab masing-masing kepenatan, tak adalah bersembang sangat. Mutawwif kami pun dah perkenalkan diri. Perjalanan mengambil masa lagi 5 jam untuk ke Madinah. Tapi biasalah, nak menunggu semua orang cukup dan beg-beg semua masuk ke dalam bas, kami mula bergerak lebih kurang pukul 7 malam juga. In between, ada wakil dari syarikat telecommunication yang naik ke dalam bas dan bantu kami beli dan masukkan simkad Saudi. Proaktif jugalah sebab kalau nak tunggu kami sampai Madinah baru nak beli simkad, agak lambat. 

5 jam perjalanan, mutawwif bercakap sekejap je. Selebihnya kami melayan mata. Kami hanya dikejutkan sekejap untuk berhenti makan malam dan toilet break. Masa tu rasanya dalam 12 malam. Delayed a bit sebab orang simkad tu tadi ambil masa kami lama juga. Lauk sedap dah- Nasi arab lauk ikan goreng. Tapi dah tengah malam, kami tak lalu sangat nak makan. Mak abah minta hot drink je which was luckily ada dijual di kedai berdekatan.

Tips: 
1. Penerbangan dan perjalanan dengan bas (especially jemaah ke Madinah) adalah sangat panjang. Bawalah makanan macam protein bars ke, coklat atau roti yang mengenyangkan. Kalau bawa mak ayah yang berumur, lagilah penting untuk ada makanan macam ni. Prepare for toilet break juga. 
2. Tandas kat R&R sana tak sama macam di Malaysia ya. Ada yang kena beratur panjang (iyalah, jemaah rombongan kan ramai), ada yang tak ada air pun. Banyakkanlah bersabar dan kalau nak ambil wudhu' saja, boleh la gunakan botol atau spray.

Kami sampai di Hotel Royal Inn Madinah jam 4.30 pagi. Proses ambil kunci dan beg Alhamdulillah dimudahkan. Leganya dapat duduk, meluruskan pinggang dan dapat bersihkan diri. Bilik kami twin sharing dan bersebelahan je dengan bilik mak abah. Jadi mudahla aku nak uruskan keperluan mereka. Kami tak tidur pun sebab kurang dari sejam, azan Subuh akan berkumandang. Istimewanya, azan Subuh di Madinah Kota Nabi. Lainnya rasa tu. Tapi kami tak ke masjid lagi pagi tu sebab mak abah masih kepenatan. 
Day 1 (5 Dec 2021)

Kami keluar sekitar jam 8.30 pagi selepas sarapan menuju je dataran masjid Nabawi. Alhamdulillah jemaah yang guna muassasah ada hand band khas jadi kami boleh masuk ke masjid tanpa banyak soal oleh askar yang mengawal pintu masuk. Madinah waktu ni sejuk sangat. F sentiasa berbaju lengan Panjang. Mungkin ini winter di Saudi kut. 
Day 2 (6 Dec 2021)

Ziarah Masjid Quba'. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina Rasulullah ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba' dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalamnya, ganjarannya adalah satu pahala umrah"
Dan ya, mutawwif kami guide dengan baik. Dia dah remind kami awal-awal supaya berwuduk siap-siap dari hotel supaya kita boleh melakukan sunnah ini. Kami tak lama pun di Masjid Quba'. Kebetulan hari tu hari Sabtu so mutawwif cakap kena datang awal atau nanti orang akan mula ramai. Dan memang masa kami sampai tu, kami adalah rombongan paling awal so dapat solat dengan tenang sangat.

Next adalah ziarah ladang kurma. Jemaah boleh membeli kurma di sini. Tapi mutawwif bagitahu awal-awal yang harganya lebih mahal. Jadi kami beli sedikit saja, selebihnya kami beli di kedai sekitar hotel saja, lebih murah dan boleh tawar menawar.
Kebun Kurma Majed ni popular betul di kalangan rombongan Malaysia. Pekerjanya ramai orang Indonesia so kau akan rasa macam pergi pasar kat Malaysia je.
Ziarah seterusnya adalah ke Bukit Uhud. 

Pernah dengar perang Uhud? Ya, di sinilah perang itu berlaku. Bukit Uhud ni dia stand alone tau, maksudnya dia tak bersambung dengan mana-mana bukit berdekatan, makanya dipanggil 'bukit menyendiri' yang menjadi saksi bisu kepada perang Uhud. Mutawwif kami ada buat sedikit perkongsian sirah. Masa kat sini, dapatlah bayangkan macam mana perang tu berlaku. Dapatlah bayangkan kudrat dan keringat tentera Islam menentang musuh yang akhirnya mengorbankan ramai sahabat Nabi. Baginda sendiri pun cedera teruk sehingga dikatakan Bukit Uhud bergegar kerana sangat marah dengan tentera musuh yang mencederakan Baginda.

Kerana itulah, ada satu hadith dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya. (HR Bukhari dan Muslim)

Turun dari bukit memanah yang bertentangan dengan Bukit Uhud, kami dapat beli ais krim yang sangat sedap. Katanya dulu ramai peniaga di kaki Bukit Uhud ini tapi masa kami pergi tu kan tengah Covid, jadi tak ada jual-jualan pun. Sayang kan?

Malam- Slot ziarah Raudhah melalui muassasah. FYI, muassasah ni macam ejen yang serve Andalusia. So muassasah ni macam ada lesen yang boleh dapat priority untuk bawa jemaah masuk ke Raudhah tanpa perlu jemaah book slot melalui Eatmarna.  
So malam tu kami berkumpul di depan hotel untuk tunggu muassasah datang dan iring kami. Alhamdulillah kami tak perlu beratur dan menunggu lama. Syukur sangat sebab all this while aku dok baca nak masuk Raudhah ni kena berebut dan tolak menolak. Worst case scenario, kena redha je kalau memang dah tak ada rezeki untuk masuk ke Raudhah. Tapi aku tak sangka Allah beri izin untuk aku masuk ke Raudhah dengan cara yang sangat tenang dan mudah.

Day 3 (7 Dec 2021)

Free and easy. Tapi pagi tu kami ada program ceramah panduan umrah dan bacaan Yasin dan tahlil di dewan makan hotel. Selepas itu kami masuk ke dalam masjid Nabawi dan bawa mak abah naik wheelchair pusing keliling masjid, ala-ala ziarah dalam tapi kami berempat saja.

Jenuh juga nak menghabiskan pusing satu masjid ni tapi best lah. Sebaik selesai pusing, azan Zuhur pun berkumandang. So aku dan mak solat di luar, sayap kiri masjid, sebelah Baqi' while F dan abah masuk ke dalam masjid.
Semoga kucing ni bersaksi pada Allah yang aku pernah bagi dia minum kat Masjid Nabawi. Kesian dia haus. 
Lepas Zuhur, kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan rehat. Sebab malamnya kami dapat book slot ziarah Raudhah guna apps Eatmarna. Kami plan nak bawa mak abah guna wheelchair.
Alhamdulillah asbab kami bawa mak abah dan wheelchair tu sebagai alat, kami dapat masuk guna fast lane. Masya Allah tak perlu langsung beratur tunggu turn yang lama tu.
Kalau aku tak bawa mak guna wheelchair, inilah barisan Panjang untuk aku beratur dan tunggu giliran masuk ke Raudhah.
Ini semua Jemaah dengan wheelchair bersama pengiring mereka. Alhamdulillah terima kasih Allah izinkan aku dan mak masuk Raudhah!
Once dapat masuk, polis akan atur jemaah wheelchair untuk duduk satu row paling dekaaaaaaat dengan maqam Nabi. Tengok gambar tu. While pengiring akan diatur untuk ke tengah sedikit tapi Masya Allah dapat depan sangat. Aku dapat solat di saf ketiga paling depan. 
Macam mana nak tau kawasan Raudhah? Tiang Raudhah ada kelopak bunga emas tu. (Tengok gambar)
10 minit yang diberi sangat berharga. Aku biar mak di ruang wheelchair. Cukup 10 minit, kami kena bangun dan patah balik ke wheelchair area untuk ambil waris masing-masing. Kasihan mak sebab dia tanya"dah habis masa ke?" Aku jawab; "Ye mak. nanti kita datang lagi" Mata kami berdua berkaca. 
Kami keluar di pintu 40 ni, terus nampak F dan abah dah menunggu. 
FYI, ruang Raudhah untuk jemaah wanita sangat kecil. So once dapat masuk, berusahalah untuk terus ke ruang hadapan dekat dengan penghadang. Situ dah memang yakin kawasan Raudhah. Kat kawasan belakang tu macam kau kena pastikan betul-betul itu adalah Raudhah atau tidak. Macam mana nak tau area tu adalah Raudhah? Dulu orang cakap Raudhah ditandai dengan karpet hijau. Tapi sekarang satu masjid Nabawi pun dah berkarpet hijau.
So sekarang, kalau nak tau di mana Raudhah dalam kawasan wanita, tengok tiangnya. Tiang yang ada kelopak bunga emas itulah Raudhah. 
Kita hanya boleh berada di dalam Raudhah 10 minit saja. Ada jam besar yang buat countdown 10 minit tu. Cukup masa, polis wanita akan 'halau' keluar. Jangan ingat kau buat-buat solat dan sujud lama, kau selamat. Polis tu boleh duduk sebelah kau dan dia akan tempik suruh kau keluar. "Sudah ibu, sudah! Cukup ibu, cukup!

Dulu-dulu orang cakap; kita tak boleh tadah tangan kalau berdoa. Nanti kena halau. Sekarang tak lagi. 10 minit yang diberi tu, kau boleh guna untuk tadah tangan berdoa. Tiada siapa akan kacau melainkan 10 minit itu telah tamat.

Allah akan mudahkan urusan korang juga, ya! Amin!

Day 4 (8 Dec 2021)

Free and easy. Mak abah kami rehatkan saja di bilik. F ajak aku merayap ke Bin Dawood mencari kopi Arab. Seronok juga masuk Bin Dawood ni, dapat tengok super market Arab. Hahahah!
Harga barang keperluan dan ubat ubatan agak mahal di sini ya. Take it as RM1 = SR1. So sabun ni harga dia dekat RM30 hahaha!

Petang, kami bawa mak abah ke masjid lagi. Alhamdulillah seronok berjemaah di masjid Nabawi ni. Tapi tulah, baru rasa nak dapat rentak dan nak mula seronok, esoknya dah nak ke Makkah dah :(
Nuha kami. Ini sepatutnya jadi gambar name tag dia tapi tak ada rezeki untuk dia ikut kami ke Haramain. Jadi kami guna gambar ni untuk ambil dengan semua landmark Haramain.

Seronok. Tak ramai orang. Lapang.
Marghrib kami pilih untuk solat di luar. Nak tengok langit malam sebab kebetulan bulan tengah terang.

Day 5 (9 Dec 2021) - Day 6 (10 Dec 2021)

Hari terakhir di Madinah. Selepas Zuhur kami akan bergerak ke Makkah untuk umrah wajib. Perjalanan ke Makkah mengambil masa 5 jam (macam patah balik ke Airport Jeddah dulu, sebab airport memang lebih dekat dengan Makkah sebenarnya) dan kami bertolak lebih kurang jam 2 petang.
Perjalanan kali ni kami semua perlu memakai pakaian ihram (bagi jemaah lelaki) sebab sebaik keluar dari Madinah, kami akan terus bermiqat. 

Sayunya Ya Allah meninggalkan Madinah. Rasa macam taktau bila lagi akan kembali walau dalam hati berazam akan datang lagi. Perjalanan 5 jam penuh dengan pengisian mutawwif. Ada masa kami pause rehat dan tidur. Ada masa kami berhenti toilet break dan solat. Tentatively, slot umrah wajib kami dalam Eatmarna adalah pada jam 12 malam- 3 pagi. Kiranya sempat lah sampai ke Makkah, check-in hotel dan makan dulu. Tak adalah kelam kabut dan kepenatan sangat.

*************************

Demikianlah perkongsian pengalaman kami di Madinah. Subhanallah Madinah ni bandar yang sangat 'lembut'. Cuacanya pun sejuk dan suasananya damai je. Peniaga-peniaga di sini sangat baik, lemah lembut percakapan dan boleh dibawa berjenaka dan tawar menawar. Mungkin inilah barakah yang Allah turunkan kepada bumi yang memeluk jasad kekasih kita, Nabi Muhammad SAW. 

Tips:
1. Hotel di Madinah kebanyakannya dekat-dekat je dengan masjid. Kalau dengar azan di masjid, korang masih sempat bersiap dan berlari ke masjid.
2. Hotel di Madinah lebih proper kalau nak dibandingkan di Makkah. Akan tetapi, kalau datang dengan pakej, bersabarlah dengan lif sebab orang sentiasa ramai terutamanya pada waktu solat dan selepas pulang dari masjid. Sabar, sabar. 
3. Kalau nak membeli belah terutamanya kurma, kismis dan kekacang, belilah di Madinah. Harga lebih murah, senang tawar menawar dan banyak pilihan.
4. Aku banyak beli jubah di Madinah. Harganya lebih murah dan banyak pilihan. Alhamdulillah aku rasa ini adalah pilihan yang paling tepat. Hanya sehelai jubah aku beli di Makkah.
5. Tandas di dalam masjid Nabawi lebih mesra pengguna terutamanya untuk mak ayah kita yang berusia. Jarak tandas dengan dewan solat agak dekat. Ada tandas yang ada lif dan boleh diakses dengan wheelchair. Insya Allah mudah untuk warga emas.
6. Untuk anak-anak muda yang bawa mak ayah berumur, kalau perlukan wheelchair- Boleh ambil yang diwaqafkan di masjid dan bawa pulang ke hotel. Boleh guna selagi kita ada di Madinah. Bila nak pulang atau tinggalkan Madinah, bolehlah pulangkan semula ke dataran masjid untuk kegunaan jemaah lain.
7. Masa kami pergi, hotel masih banyak yang tidak beroperasi kerana Covid-19. Sedih sangat bila tengok situasi ni. Jadi aku tak tahu sangat mana nak cari makan. Lagipun kami makan kat hotel je. Street food macam kebab tu sepatutnya banyak je. Insya Allah rasanya sekarang dah banyak. Tapi depan masjid ada Starbucks. Bawah Hilton ada KFC dan boleh ke Bin Dawood juga kalau nak cari roti atau jus. Nyummy!

Now let's go to Makkah!
Jom baca sharing aku di Makkah pula di entri seterusnya.

Pengalaman Menunaikan Umrah Sewaktu Pandemik - Disember 2021

Bismillah

Inilah entry paling istimewa aku nukilkan di sini selepas entry nikah dan kelahiran Nuha.

Alhamdulillah
Untuk pertama kali dalam hidup- Aku, F serta mak dan abah aku telah menunaikan umrah pada 4 Disember 2021 yang lalu. Untuk mak dan abah, ini adalah come-back pertama mereka since haji mereka pada tahun 1995. Lama kan? Semua dengan izin Allah.

Sebenarnya dah lama mak abah menyebut nak ke sana. Tapi aku macam tak kisah atau tak faham. Sampailah satu tahap, mungkin berkat doa mak abah- Aku terpujuk hati juga dan aku terus suarakan hajat aku pada F dalam masa yang sama mengajak dia bersama. It's a long process juga sebab F ni sibuk dan aku tak put hope sangat untuk dia ikut. Tapi aku slowly pujuk dia, petang-petang buka channel Al-Hijrah untuk tengok Makkah Live sebelum masuk waktu solat.
Lama-lama, dengan rela hati dia menerima ajakan aku tanpa banyak soal. Alhamdulillah. This was around October 2019.

After few surveys, aku approach Andalusia dan pilih tarikh 6 April 2020 selepas bayaran deposit dibuat. Masa tu kami daftarkan sekali Nuha pada harga toddler. Terujanya aku bukan kepalang, akan menunaikan umrah bersama orang tersayang.

Tapi siapa sangka, Covid-19 datang menyerang dan akhirnya dunia terhenti pada March 2020. Umrah kami pun sama tertangguh walhal mak abah dah buat persiapan. Aku terpukul. Kenapa; di saat kami semua dah bersedia, tapi kami masih belum boleh ke sana. Apa sebenarnya di depan; yang Allah sedang aturkan untuk kami. Aku secara peribadi sangat sedih sebab aku bawa harapan mak abah. Dan aku juga mengaku, kerana terlalu banyak dosa aku- Sebab tu Allah kata 'nanti dulu'.

Andalusia called aku- Bagi pilihan samada untuk refund atau tunggu. Mak cakap jangan refund, kecuali mak abah mati. Kita akan tunggu sampai boleh. Separuh kaki kita dah sampai sana. Itu kata-kata dan doa mak. Aku ikutkan saja. Selama itulah kami menunggu. Lockdown demi lockdown- Vaksin dua dos- Pelbagai SOP dunia dan dalam negara berubah-ubah- Kita taat saja tanpa kerenah.

Sehinggalah PM umumkan kebenaran rentas negeri pada Oktober 2021, bersama dengan kebenaran rentas negara dan umrah- Aku macam terdetik; "Eh, is this the right time?" Tapi aku masih biarkan lagi. Masa tu aku tengok ramai artis dan influencer dah start ke sana. Andalusia called lagi- Offer the dates dan aku masih biarkan ia berlalu. Aku cakap, aku nak pergi Y2022. Lagi pula aku ralat sebab kanak-kanak tak boleh pergi. Macam mana aku nak tinggalkan Nuha? Aku hampir putus asa. Tapi aku tak cakap pada siapa-siapa. Aku diam dan berfikir sendiri je.

Tapi siapalah aku untuk ubah aturan-Nya. Tiba-tiba saja- Tak ada ribut taufan, aku buat decision yang kami akan terbang pada 4 Disember 2021. Orang pertama yang aku call adalah abah. Masa tu abah di masjid dan aku dengar dia menangis di hujung talian. Dia macam tak percaya. That was in end October 2021. Maksudnya kami ada masa untuk bersiap lebih kurang sebulan je. (In fact, it's less than one month actually!)
Nuha? Aku lupa yang aku ada kakak yang sentiasa sudi dan terbuka tangan untuk tolong jagakan Nuha. Semuanya selesai bagai sekelip mata. Allah bagi mudah!
View Kaabah pertama dalam gallery phone aku. It was our first umrah, around 12am Friday.
Long story short, akhirnya kami terbang juga pada 4 Disember 2021. Tak terungkap perasaan aku masa tu. Touch down di airport Jeddah menangis, masuk masjid Nabawi menangis, masuk Raudhah menangis dan paling penting, masuk Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata kepala sendiri untuk pertama kali dalam hidup- pun menangis. 
Menangis for no reason tapi aku bersyukur- Punyalah banyak dosa aku, tapi Allah tetap izin aku datang sebagai tetamuNya. Malu dengan Dia, tapi dalam masa yang sama sangat mendambakan kasihNya.

Insya Allah there will be another separate entries, sharing with you the experience there. 
Aku rasa sangat bersyukur sebab di sebalik tertangguhnya perjalanan aku pada April 2020, rupanya Allah sedang menyiapkan satu pengalaman perjalanan yang sangat mudah sewaktu pandemik ni. Wallahi aku tak ada bersesak sedikit pun untuk ke mana-mana ruang dalam Haramain. Aku tak ditolak orang, malah aku tak pernah berebut dan menolak orang. Allah betul-betul jaga dan layan aku Alhamdulillah Masya Allah. 
Sebab tu (aku ulang)- Aku malu. Segunung dosa aku bawa, selaut kasih sayang Allah beri. Kalau tak insaf dan tak bersyukur, aku sangatlah rugi.

Checklist sebelum berangkat
- Passport
- Dokumen yang diperlukan oleh agensi umrah (perlu rujuk dengan agensi masing-masing)
- PCR test sebelum berangkat (24-72 jam sebelum berlepas) Kami dulu 72 jam, pada harga RM150 seorang. Alhamdulillah reliable price.
- Install apps Eatmarna dan Tawakkalna

Checklist upon arrival
- Kebenaran kuarantin di rumah (kena apply beberapa hari sebelum berangkat pulang)
- PCR test di KLIA (percuma)

Cerita bersambung di entri seterusnya, ya!
Pen off, 
Dhiya

Pinjam Duit


Aku serba salah nak meluah kat siapa-siapa, jadi aku ambil keputusan untuk menulis di sini.

Awal tahun lalu, aku didatangi oleh seorang sepupu, sepupu jauh yang sudah bersuami dan ada anak. Kami agak selalu berjumpa jadi aku tak syak apa-apa sehinggalah dia akhirnya text aku berterus terang mahu pinjam wang. Nilai yang dia nak pinjam pun tak banyak bagi aku tapi mungkin banyak untuk dia. 
Aku ambil masa yang agak lama untuk reply text sepupu aku tu. Banyak sebabnya.

Antaranya; 

Kami baru dapat kunci rumah dan habis banyak juga untuk bayaran runcit yang macam aku sebutkan sebelum ni, sebab itu rumah kami.
Lagi pula, Nuha baru masuk sekolah. Yuran dia saja buat kami tepuk dahi tapi sebab kami nak yang terbaik untuk dia, maka kami proceed. Sebab apa? Sebab Nuha anak kami.
Sepupu aku ni - yang aku tahu, memang dah menjadi tabiat gali lubang - kambus lubang ni. Itu masalah peribadi dia yang aku tak pernah judge selama ini. Cuma bila dia mula jinak-jinak nak meminjam dengan aku, aku mula risau dengan perangai dia tu sebab takut nanti aku kerja menaggung dia pulak. Tambahan pula, dia bukan sepupu dekat aku. Agak berlapis-lapis salasilahnya. So aku tak boleh brain kenapa dia aim aku?

So lepas agak lama, aku balas text dia baik-baik. Aku cakap aku tak boleh bagi sebab bulan Jan ni kami banyak sangat guna duit. Aku tak sebutlah in details guna ke mana. Duit aku lantak aku lah kan~haha! Dia pun menerima baik je rejection aku tu tapi dia pesan supaya jangan bagitahu siapa-siapa tentang tu. Dan aku rasa dia macam segan sebab 2 minggu selepas tu kami ada kenduri tapi dia tak tunjuk muka.

Awal Mac haritu, dia text aku lagi direct to the point nak pinjam duit. Nilainya lebih rendah dari apa yang dia pernah mintak sebelum ni. Aku terus macam kena anxiety attack sebab ingatkan lepas first attempt dia gagal, dia tak try dah. Rupanya tak putus asa ya dia ni. Aku pulak yang naik segan nak reject dia. This time round, aku buat diam je. Aku tak respond langsung sebab aku tau. Ni kalau aku bagi muka ni, mau tiap-tiap bulan aku akan jadi banker dia.

Sorry kalau nampak harsh atau sombong. Tapi aku kena sayang diri aku sendiri. Buat apa aku nak happykan orang kalau aku pun makan hati. Aku tekad lepas ni kalau dia taknak tegur atau jumpa aku pun, lntaklahhhhh!

Aku ingat someone pernah cakap; sebab duitlah- kita boleh putus saudara. Bagi pun boleh buat gaduh, tak bagi pun boleh jadi gaduh. So lebih baik aku pilih untuk tak bagi. 
Mula-mula aku rasa macam bersalah jugak sebab tak tolong kaum kerabat sendiri tapi bila fikir-fikir balik; kalau dah naik lemak nanti- tak ke aku jugak yang susah?

Sorry. I choose to love myself.

Korang, meh sini aku nak betulkan persepsi pinjam duit.

Pinjam duit ni pada aku hanya berlaku on a 'special occasion' je, bukan monthly basis dah macam rutin atau komitmen. 
Apa yang aku maksudkan special occasions? Contoh, gaji awal bulan tapi hujung-hujung bulan kereta kau kena overhaul sampai RM5000. Sementara nak tunggu gaji tu, maka terpaksalah kau meminjam sebab nak baiki kereta tu. Once gaji, cepat-cepat ganti balik amaun yang dipinjam. Itu pun kadang-kadang malu dan takut orang question- 'Takkan tak ada saving langsung?' Tapi tulah, still boleh considerate sebab tau kereta kena overhaul bukan kejadian bulanan.
Paham ke idok?
Pinjam on monthly basis ni macam- hujung bulan je datang nak meminjam. Tak sempat bayar hutang bulan ni, bulan depan datang lagi ehhhh nak pinjam lagi. 
Aku cakap ni, bukanlah maksudnya aku banyak sangat duit dan tak pernah meminjam. Aku pernah je hidup susah tak ada kerja berbulan-bulan. Cuma aku takut perangai macam ni hinggap pada orang yang tak boleh berkata tidak. Orang yang nak memberi pinjam tu serba salah woi. Mana nak jad hati peminjam, nak jaga hati (dan poket) sendiri lagi. Lagi teruk kalau dia jadi monthly aim kau yang tak berduit memanjang. 

Paling penting, bear in mind - Kita nampak orang tu senang lenang, bukan bermakna dia banyak duit ya. Please always put this in your mind. Aku pernah je ada orang cakap: "Best nya tengok kau sekarang, D. Senang and nampak happy" Astaghfirullah aku takut dengar dia cakap macam tu sebab apa yang dia nampak mungkin on surface je. The struggle behind, dia tak tahu.
Aku pun ada je tengok orang and said silently : "Bestnya jadi si polan si polan. Banyak duit dan boleh buat apa saja" 
See? Kita takkan pernah puas menjadi diri sendiri.

Berbalik kepada sepupu aku tu, aku tak block dia pun. Tapi kadang-kadang terbaca la juga WA status dia bercakap tentang fungsi ahli keluarga, susah senang bersama yada yada. Aku malas nak ambil hati. Mungkin dia sindir orang lain. Aku pun, masa susah - Ada je ahli keluarga yang menjauh. Bila dah ada kehidupan sikit, baru lah nak peluk-peluk aku. Alahai mana boleh treat orang differently macam tu~

Aku okay je nak tolong orang tapi must be in win-win situation. Kalau dah jadi macam komitmen je aku nak bank in duit kat dia- Baik dia jadi anak aku je. 
Sorry I've been keeping this since early this year and rasa macam nak luah sebab too many things in my mind and I can't hold them all inside.
Aku kasihan, tapi tak banyak yang aku boleh buat. Aku meluah di sini pun for the sake of my mental health, bukan nak malukan siapa-siapa.

Tapi tapi tapi siapa yang dekat dengan aku (Petaling Jaya atau Dengkil), nak kerja meh email aku. work from home je. Aku boleh tolong cara macam tu. Ok, deal? Nah email: diahalida@gmail.com

Dhiya

Rumah Kita


Bismillah

Posting ni khas untuk memperkenalkan rumah baru kami yang kami gelarkan 'Rumah Kita' sempena nama projek ni. Terletak di sempadan Cyberjaya, Insya Allah inilah sarang kami untuk tua dan bahagia bersama. Amin Insya Allah.

Throwback, rumah ni kami beli end of year 2019, masa Nuha berumur setahun (lebih kurang) sebab aku ingat masa nak pergi booking tu, Nuha masih jalan terkedek-kedek. Pejam celik pejam celik, dengan pandemic yang menyerang, harapan kami untuk tengok rumah dalam masa 3 tahun macam gelap. Yelah. Lockdown dah beberapa kali. Cluster construction site pun banyak. Jadi memang macam lama lagi je nak tengok rumah tu siap. Kalau kami datang, hanya boleh sampai showroom je. Jalan nak masuk ke site ditutup. 

Tapi Allah punya aturan, Jan 2022 - Sebaik saja kami balik dari umrah, kami dapat email notis penyerahan VP akan bermula dan kunci akan mula dapat sebaik semua bayaran runcit selesai. Bayaran runcit ni macam-macam la weh. Register account bil api air, fire insurance, maintenance, bayaran kepada management office yada yada belum apa-apa lagi dah beribu kat situ. Kau ingat masuk rumah baru tu siap semua dan boleh cuci kaki masuk macam dalam drama TV3 ke? Puk kang~

Selesai semuanya, Alhamdulillah kami dapat tarikh ambil kunci pada 18 January 2022, beberapa hari selepas ulangtahun harijadi aku. And yes, inilah hadiah harijadi paling mahal dari aku untuk diri aku sendiri. Hahaha!
Staff yang serah kunci tu pun faham kut emosi kami. Dia suruh kami buka sendiri beg kunci tu dan siap suruh rakam. Guard kat bawah pun tumpang happy dan tolong kami ambil gambar dekat depan management office. 
Masuk je- nothing much to expect. Rumah baru yang kosong dan masih berbau cat. Tapi boleh la dipanggil 'rumah' sebab ada bumbung dan dindingnya. Kami terus hire defect inspector pada hari yang sama untuk buat defect inspection. Alhamdulillah tak banyak defect pun. Major defect hanyalah beberapa keeping tiles yang hollow. Tak ada major crack dan leaking. 

Progress sekarang:
1- Pemasangan lampu dan kipas (90%)
2. Menunggu pemasangan grille
3. Menunggu pemasangan cabinet dapur
4. Menunggu sebut harga awning dapur dan bumbung yard
5. Menunggu sebut harga wiring dan tambah point 
6. Mini garden di yard dan laman belakang

Kami aim semua ni especially 1-5 akan siap atau sekurang-kurangnya on progress dalam minggu depan. F aims nak pindah masuk bulan puasa tapi hmm macam mustahil je. Tapi takpe, raya pun kita boleh masuk sebab tu memang rumah kita.

Insya Allah aku akan terus berkongsi tentang perjalanan ini terutamanya deco-deco journey. Ada sudut-sudut yang aku betul-betul nak buat macam yang aku impikan selama ni. Doakan ya.

Untuk keluarga dan rakan-rakan yang melihat perjuangan kami, terima kasih atas doa dan sokongan. Nanti kita reunion kat rumah ni ya?

Pen off, 
Dhiya 

Our Weekend


Bismillah

Assalamualaikum semua!

Happy Monday! 

Last week jadual aku penuh dan memang tak ada masa untik chill chill. Kerja dah memang waktu pejabat tak boleh cakap apa lah. Malam dah penat. Kadang makan pun tak lalu. Selalunya malam kami hanya allocate untuk family time bertiga saja. Itu pun 10am mesti dah light off.

Jumaat 
Kami balik ke rumah baru dan bermalam di sana. Plan asalnya, Sabtu keesokan harinya tu orang kitchen cabinet (kc) datang untuk site visit, ukur dan terus bincang final arrangement. Sekali, subuh-subuh Jumaat orang tu bagitahu yang dia kena kuarantin pulak. Lari dah timeline dan jadual weekend kami. 
Sabtu
Tapi apart from that, uncle yang custom made planter box aku pun nak masuk juga Sabtu tu jadi tak la empty sangat itinerary kami. So Alhamdulillah, planter box aku dah sampai dan garden aku dalam progress!
Petang sikit, baru nak siap-siap keluar lunch (yelah kan. Dapur tak siap lagi), ada sorang sub-con on-site ni datang katanya nak cek defect. Namanya Amdad. Eh silap besar betul lah si Amdad ni datang rumah kami. All this while memang kami agak bengang sebab defect progress lambat sangat. Lepas tu kerja-kerja defect yang mereka buat semua macam separuh jalan. Kami malas nak chase kat management office sangat sebab tau memang akan lambat. So dah alang-alang dia datang- Memang kau serah leher la kan. F ajak dia masuk, tutup pintu dan teruslah dia tunjuk satu-satu defect yang perlu urgent action. Dia janji akan cepatkan in fact ada few defects yang dia terus call pekerja dia untuk datang dan buat masa tu jugak.
Takpelah lunch kami burn janji puas hati dia buat kerja depan mata.

Tapi si Amdad ni pun bijak juga, dia offer F untuk simenkan indoor yard kami. Time-time tu terus buat pun tak apa. Katanya nak buat duit tepi. Harga yang dia minta pun macam ok. Kami bincang tak sampai 5 minit, terus setuju. Tapi F cakap kami nak keluar makan dulu. In the mean time F suruh dia bawa semua alatan dan ready by 6pm. 

Makan koboi-koboi, Amdad dan seorang pekerja dia dah ready. F brief dia sikit-sikit, terus jalan kerja. Bab tu aku serah je kat F sebab dia biasa duduk site dan tahu macam mana nak handle pekerja. To my surprise, hasil kerja dia falls beyond my expectation. Aku mati-mati ingat simen render dia adalah yang kasar tu. Tak sangka dia buatkan finishing guna simen halus pula. Alahai terharu tau.
Dah alang-alang terharu, aku mintak 2 kereta sorong pasir dari Amdad dan minta dia ratakan kat garden aku sebelum aku letak planter box. Hahaha. Dia puji planter box aku lawa. Ok tahu. Memang lawa. Rupanya lepas tu dia membodek F untuk dapatkan job hacking paip mesin basuh, sinki dan pasang backsplash tiles. Geliga betul Amdad ni bab cari duit tepi. F cakap tak boleh finalize lagi sebab abang kitchen cabinet kena Covid19. Tapi most likely kami akan hire dia sebab murah dan hasil kerja yang memuaskan. Aku pun senang nak mintak tolong dia supply pasir lagi untuk garden aku.

So akhirnya Sabtu kami terisi penuh juga dengan part yang tak disangka-sangka Alhamdulillah. Makan malam kami jam 10 malam, selepas Amdad dan pekerja dia balik. Mata pun tak larat buka dah. Tapi inilah dilemma dan perjuangan kami bertiga yang aku nukilkan di sini untuk kenangan supaya nanti kita tahu, banyaknya pengorbanan kita demi rumah ni.

Ahad
Kami balik ke Pahang dalam misi menghantar Nuha duduk dengan mak abah aku, ditemani dua orang sepupu sebab sekolah dia cuti seminggu ni. Yihhh kecik-kecik lagi dah ada cuti sekolah. Asalnya kami plan nak gilir-gilir ambil cuti. Lepas tu ada juga plan nak hantar kat pengasuh lama dia. Tapi mak aku cakap si Nabiha (she's 14 now!) pun ada tengah cuti sekolah ni, so better hantar jelah kampung.

Lama juga kami nak memahamkan Nuha yang balik kampung kali ni she's to stay there for 5 days before we come back and fetch her again next week. Nuha tak pernah tinggal lama macam ni di Pahang. Selama ni balik kampung macam biasa je. Ada kala jawapan dia ok, ada kala jawapan dia tak nak and started to argue this and that. 

Semalam, dah masuk tol nak sampai rumah mak abah aku- dia boleh cakap taknak duduk rumah nenek. Ah kacau sungguh laa hang ni Nuha. Tapi Alhamdulillah the moment we're leaving, takde pun adegan guling-guling menangis ke apa sebab dia dah befriend dengan kakak sepupu dia yang sweet tu plus nenek dan tokwan yang sangat laaaaaa manjakan dia. In fact, kami berdua pulak yang rasa macam; weeeeeiii anak kita tak sayng kita ka? Pasaipa dia tak nangeh pun kita tinggal diaaaaaaaaaaaa!
Mak-mak. Biasalah~

So seminggu ni kami berdua je. Plannya nak pulun mengemas rumah KL untuk bawa balik mana yang boleh masa nak jemput Nuha minggu depan ni nanti. Dan mungkin akan stay rumah baru juga untuk belajar the traffic and public transport pattern. Doakan kami ya.

Paling penting, doakan aku juga dapat rezeki kerja baru yang lebih dekat dengan rumah baru. Bukan tak suka tempat sekarang. Tapi aku lagi utamakan work life balance dan family first lagi-lagi Nuha dah sekolah sekarang. Nak berulang alik dari rumah baru kami ke KL Sentral makan tenaga, duit dan masa yang banyak juga. Jadi aku plan nak mencari kerja dekat sikit demi kesihatan mental dan fizikal.

Bagi yang tertanya-tanya details rumah kami (yang aku selalu sebut sebagai Rumah Kita), nanti aku share ya? There will be an exciting journey to make this house become a home, Insya Allah!

Dhiya 

Y2021 dan Seluruh Isinya

Bismillah 

To be honest, aku tak boleh recall langsung apa yang terjadi di awal-awal tahun 2021 sebab aku rasa monotone je. Covid masih menjahat, lock down masih berkuat kuasa, rentas daerah dan rentas negeri masih tak boleh. 
So aku tak ada memori sangat sebab life aku banyak di rumah bergumpal dengan keluarga.

Yang aku ingat sikit, di saat kes Covid sangat tinggi, dan keadaan fasiliti kesihatan kita sangat teruk- Aku kehilangan beberapa orang rakan disebabkan virus ni. Ada yang tengah hamil 5 bulan, ada yang anak masih kecil, malah ada pergi sekelip mata tanpa pesan.

Jun- Aku Berjaya set-up IG business aku yang bernama @oh.nuha. Jemputlah follow sebab aku menyediakan custom made kids and adult apparel from premium knit fabrics. Aku sekarang dah tak beli baju kat mall, jahit sendiri je. Nuha laa paling untung. Sebab baju-baju dia kebanyakannya aku jahit (invoiced to her dad, of course) and at the same time jadi bahan promosi IG aku.

Sebaik rentas negeri dibenarkan menjelang Oktober, aku tenang sikit sebab dah boleh balik kampung. Itu pun tak kerap sangat sebab masih mahu menjaga mak abah aku di kampung. Kitaran hidup aku masih tak banyak berubah sehinggalah sesuatu yang istimewa datang pada aku seperti anugerah.

November- Aku buat keputusan untuk pergi menunaikan umrah (yang tertangguh sejak April 2020 kerana lock down). Tarikh yang kami (aku, F, mak dan abah aku) pilih adalah pada bulan Disember. Tak tahulah kenapa sebegitu cepat dan nekad aku buat keputusan. Banyak perkara yang adhoc dalam tempoh kurang sebulan persiapan umrah kami. Aku pun macam tak percaya apa yang aku buat sebab semua orang especially F, parents dan kawan-kawan tahu aku ni seorang yang well planned.
Umrah story aku akan update kat entry lain ya. Tapi just nak bagitahu yang umrah ini adalah benda paling besar dan indah dalam Y2021 aku, Alhamdulillah.

December- Umrah kami. Aku tak tahu nak mula macam mana cerita umrah ni. Sangat complicated yet so important to be documented. Doakan aku update cepat-cepet sebelum aku lemau k!

Balik Dari Umrah, aku Dan F menerima email yang VP rumah kami dah sedia dan akan diserahkan segera. Ya Allah, masa ni aku tak tahu nak cakap apa. Allah bagi rumah pulak lepas balik Umrah. Aku malu Dengan Allah tapi dalam masa yang sama aku bersyukur. Kami dapat semua ni selepas macam-macam ujian yang datang. Aku bukan terus senang. Masa tak ada duit, ramai je yang menjauh- Tapi Allah selalu ada dengan aku.

That's my Y2021 story yang nampak macam tak menarik tapi adalah juga sikit-sikit kenangan indah untuk dikongsi. Insya Allah nanti aku akan tulis lagi in details tentang umrah dan new business aku untuk korang terus support aku.
Readers setia aku mesti tahu yang aku tak pernah reveal muka. Aku just nak korang appreciate sharing aku ni je sebab sometimes aku rasa idea aku betul (walaupun maybe tak tepat) and deserves an appreciation and I strongly believe blogger is the best place for it. Aku tak betah di media lain sebab aku tak suka tengok dan baca komen-komen jelik dan penuh negative condemn orang lain. 

Semoga korang semua terus setia di DDD, aku akan terus menulis.

Dhiya