Nuha Food Journey - Burnt Cheesecake


Bismillah

Okay as promised, another type of cheesecake by amak Nuha!
Bahan-bahan

1. 1/2 cream cheese Tatura
2. 2 sudu besar puree kurma atau madu (bergantung nak manis macam mana)
3. 2 biji telur
4. 85ml susu full cream (sukat dengan botol susu Nuha je)
5. 1 sudu kecil esen vanilla
6. 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara

1. Masukkan semua dalam blender
2. Blend sampai kembang
3. Masukkan ke dalam aluminium cup dan campak buah blueberry
4. Masukkan aluminium cup tu dalam loyang dan isikan loyang tu dengan air. Jangan penuh. Separuh or suku pun dah okay
5. Masukkan loyang tadi tu ke dalam oven, bakar api atas bawah pada suhu 200 degree untuk 50 minit.

After 50 minit, aku tambah lagi 10 minit api atas sahaja untuk hitamkan sikit bahagian atas kek tu macam gambar di bawah ni.
Close up
Dan inilah budak yang selalu makan je apa yang amak masak like you are my big fan! Hahahah! Thanks Nuha sebab at this age, Nuha makan je apa yang amak masak. Harap Nuha terus membesar dengan sihat dan selalu jadi peminat masakan amak~!

Amak Nuha

No comments