Nuha Food Journey - Burnt Cheesecake


Bismillah

Okay as promised, another type of cheesecake by amak Nuha!
Bahan-bahan

1. 1/2 cream cheese Tatura
2. 2 sudu besar puree kurma atau madu (bergantung nak manis macam mana)
3. 2 biji telur
4. 85ml susu full cream (sukat dengan botol susu Nuha je)
5. 1 sudu kecil esen vanilla
6. 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara

1. Masukkan semua dalam blender
2. Blend sampai kembang
3. Masukkan ke dalam aluminium cup dan campak buah blueberry
4. Masukkan aluminium cup tu dalam loyang dan isikan loyang tu dengan air. Jangan penuh. Separuh or suku pun dah okay
5. Masukkan loyang tadi tu ke dalam oven, bakar api atas bawah pada suhu 200 degree untuk 50 minit.

After 50 minit, aku tambah lagi 10 minit api atas sahaja untuk hitamkan sikit bahagian atas kek tu macam gambar di bawah ni.
Close up
Dan inilah budak yang selalu makan je apa yang amak masak like you are my big fan! Hahahah! Thanks Nuha sebab at this age, Nuha makan je apa yang amak masak. Harap Nuha terus membesar dengan sihat dan selalu jadi peminat masakan amak~!

Amak Nuha

Nuha Food Journey - Cheesecake


Bismillah

This is a cheese-based recipe. Nuha Alhamdulillah tak ada masalah allergy so she can enjoy variety of foods. 
Weekend selalunya adalah waktu untuk aku bereksperimen. This time round aku buat dua jenis cheesecake. Another one aku akan post lepas ni ya. So please bare with me :)
Bahan-bahan

1. Biskut baby (Haritu ada baki beli dari Aariz Cookies)
2. Sedikit unslated butter yang dah dicairkan
3. 1/2 cream cheese Tatura
4. Fresh milk / full cream milk (agak-agak je)
5. Puree kurma atau madu
6. Potongan mangga atau buah blueberry

Cara-cara

1. Hancurkan biskut baby, campurkan dengan unsalted butter cair tu. Padatkan sebagai base kek dan masukkan bekas kek tu ke dalam chiller sekejap.
2. Sementara tu, blend cream cheese, susu dan madu / kurma hingga kembang.
3. Taburkan potongan manga dan blueberry dan gaulkan sebati
4. Masukkan bahan #3 ke dalam bekas yang ada base biskut tadi dan masukkan balik ke dalam peti ais untuk disejukkan.
5. Makanlah ape lagi~!

Senang sangat kan?

Selamat mencuba, ya!

Dhiya

Nuha Food Journey - Toast with Banana Cheese Sauce


Bismillah

Nuha sekarang di fasa yang makan je apa yang amak masak. Asalkan real food, no salt no sugar.

So here is the simple breakfast yang aku prepare untuk dia weekend lepas and seems like she loves it so much!
Bahan-bahan

1. Roti dipotong empat
2. Bancuhan susu tepung + telur + madu sikit (untuk 1y/o and above)

Cara-cara

1. Rendamkan potongan roti dalam rendaman #2
2. Biarkan semalaman
3. Esoknya bangun, bakar dalam oven pada suhu 150 - 170 degree selama 40 minit ke 1 jam. 

Untuk kuah banana cheese; 

1. Blend pisang dengan susu hingga lumat. Jangan banyak sangat susu nanti adunan jadi cair jenuh pulak nak pekatkan~
2. Masukkan ke dalam periuk
3. Masukkan cheese, kacau hingga likat
4. Masukkan tepung jagung sedikit untuk pekatkan kuah

Rasa roti tu crunchy di luar dan gebu di dalam. Sedap sangat sebab air rendaman tu dah larut ke dalam roti. Kalau tak guna susu tepung; nak guna susu full cream pun boleh je. Don't limit yourselves.
Kuah banana cheese tu pulak rasa macam kaya, tapi perisa pisang. Manis-manis lemak nyummy!

Senang kan?

Cubalah!

Dhiya

Work-Life Balance


Bismillah

Kerja - Balik rumah - Kerja

Nampak macam simple repeated cycle. 

But the truth is; 

Kerja- Bukak email, baca, find solutions - Reply email - Meetings - Site visit - Impromptu incidents or inquiries - Bos datang tiba-tiba request urgent matters - Perangai department lain yang tah apa-apa - sakit perut - mengantuk- minum kopi kejap - HR datang spot check - Balik on time (orang sindir but I don't care) - Tren rosak - Hujan - Ambik Nuha - Sampai rumah dekat pukul 7 malam.

Balik rumah - Masin baju - Memasak, reheat makanan Nuha - Main dengan Nuha - Nuha sepah kat ruang tamu - Suap Nuha dinner - Husband baru balik sebab banyak kerja kat ofis - Dinner sama-sama - Sidai kain - Prepare baju semua orang untuk esok - Kemas rumah lepas sepah tadi - Lipat kain (kalau sempat. Tapi selalunya tak sempat) - Tidurkan Nuha - Fikir menu nak masak awal lagi esok - Set jam bangun pukul 4.50 am - Memasak - Keluar pergi kerja sebelum 7 am - Jalan jem / tren rosak - Berlari masuk ofis

Kerja - Repeat balik buat kerja pejabat

Balik rumah - Repeat balik buat kerja rumah
Orang akan judge performance kerja kita je sebab orang tahu kita bekerja. Mereka tak tahu yang di rumah pun kita bekerja dan ada KPI sendiri. Entahlah…
People are too judgemental when it comes to career but always blame when we are not doing good at home.

Semua orang mengejar work-life balance tapi tak semua berjaya mendapatkannya. Aku kat tempat kerja sekarang ni, Alhamdulillah dapat. Kat tempat lama, jangan harap. Kau thumb print on time, orang akan pandang. Pelik kan. For them, good staff is those who going back late. Gile.
Now, habis waktu kerja je- Aku blah. Aku banyak kerja nak buat (especially when husband is not around). I don't care what people (HR) want to say. I come to the office on time, I will leave on time as well. 

I fight for my own work-life balance. So my husband too. Kalau asyik fikir kerja je, sampai mati pun tak sudah. Once dah mati, people don't care about you at all. They will find another substitute to suck it dry. That's life. 
Aku tak nak orang panggil aku workaholic tapi aku abaikan keluarga. Even aku belum kahwin dulu pun, aku sangat berkira dengan waktu kerja aku. Habis waktu kerja, aku takkan lengah-lengah untuk balik walau tak ada apa nak buat kat rumah sewa. Lying down lazy, rehat, tidur- that's my me-time. Kalau dah kahwin ni; Bestnya dapat jemput anak, bawak pergi taman, main sebelum masuk waktu Maghrib. That's my me-time.

Senang kata; Kerja kerja jugak. Tapi jangan abaikan diri sendiri dan keluarga.

Work-life balance fighter
Dhiya

Perempuan dan Pelik


Bismillah

Let's talk about ourselves. Perempuan.

Suami aku cakap aku wanita sempurna (biarlah dia nak puji bini dia~). Tangkas di rumah, mengemas, membasuh, memasak dan handle dia dan anak. Cuma satu je; Dia cakap aku pelik. Yes, PELIK.

Contoh 1

D, nak  makan apa?
Ikut abang lah
Pizza nak? 
Taknak lah...Tak lalu
Mee Tarik?
Taknak mee mee
KFC?
Taknak fastfood.
So nak apa?
Up to you lah~

Contoh 2

Suami lupa tutup lampu tandas je. Tapi isteri punya ungkit tu sampai ke peristiwa sinki dapur tersumbat 3 tahun yang lalu. Pampers Nuha dalam tong sampah pun jadi isu. (Tiberrrr)

Contoh 3

Balik kerja, suami belikan pisang goreng.
Ala...saya nak keropok lekor
Esoknya, suami belikan keropok lekor
Ala saya nak pisang goreng
Lusanya, suami beli pisang goreng dan keropok lekor
Ayang ni, membazir je

Ya, perempuan memang pelik. Aku sebagai perempuan memang mengaku. 
Tapi yang pasti, perempuan suka perhatian in the sense of nak didengari. Perempuan nak orang (suami dia) dengar bila dia bercakap. Dengar je. Tak payah cuba find any solution or menyampuk dengan hujah. Tadah je telinga.

Kaum kita ni suka diraikan. Dia suka bila terima pujian. Tak payah fake sangat lah yang nak memberi pujian tu pun. Cukup dengan pujian yang bersahaja dan selamba. Ha ni nak cerita tentang pujian bersahaja ni. 
Aku masak bubur nasi berlauk semalam. Masak campak-campak je sebab suami aku sakit gigi dan Nuha pulak macam meragam. Masa makan, dia cakap "Sedap la sup ni" Ehhhhhhhhhhhhhh aku punya kembang tu sampai rasa nak meletup! Entah-entah dia pun tak sedar yang dia tengah buat aku happy. Tapi aku ni cepat je alert dengan pujian. Lepas pada tu, mood aku jadi baik sampai aku berjaya mengemas dapur sambil mengasuh Nuha. Cemerlang tau!

Nampak tak.
Dengan sedikit pujian. Kita jadi light up dan bersemangat. Tak payah makan supplement apa-apa pun. Magic kan? Pelik kan?
So memang betul lah..Perempuan ni pelik.

Aku sendiri pun, 
Tak perlu barang mahal, makan tempat mahal or anything lavish. Aku just perlukan seseorang yang boleh dengan bersahaja menolong aku, menghargai aku dan effortlessly make me happy. Seriously, effortlessly.
And he is the one. Alhamdulillah.

Perempuan pelik
Dhiya

Dear Parents, be Alert!


Bismillah

Dear parents,

Sekarang kan musim virus macam-macam. Take care of our beloved ones ya.
Pesanan dari amak.

Dhiya