Me Time for a Mom. Perlu Tak?


Bismillah

Tajuk dia memang mengundang sungguh!

Ok let's calm down. Sebenarnya dalam keghairahan aku berkongsi menu-menu Nuha dan berkongsi review dan pengalaman percutian aku, aku ada menerima banyak sangat soalan menerusi email: 

- Sis bila sis rehat
- Sis tak penat ke
- Sis ni rajinlah
- Sis bila sis spend masa untuk diri sendiri
- Sis ada me time tak

Ya, the key word of the day is ME TIME. 
Untuk semua persoalan di atas, jawapan aku adalah YA, PERLU.

Readers, 

Allow me to talk about myself first. 
Aku bekerja 8 pagi - 5 petang. Pagi suami hantar, balik suami ambil. Kadang-kadang je aku balik sendiri terus ke rumah atau singgah di rumah mama untuk ambil Nuha. Depends.
Malam, aku bersama suami dan anak. Kadang sibuk di dapur. Kadang sambil-sambil main kejar kejar di ruang tamu, kadang bersembang sekejap sementara lauk aku mendidih di dapur. Depends.
Waktu rehat aku hanyalah apabila waktu tidur Nuha tiba sekitar 9.30 ke 10.00 malam. Kalau weekdays, selalunya kami memang akan light off awal sebab nak kena bangun awal. Weekdays aku kena flawless. 

Jadi ramai yang tanya kalau dah jadual aku macam tu, bila aku masak-masak untuk Nuha, bila aku bercuti, bila aku basuh kain baju, bila aku rehat, bila aku balik kampung, bila bila bila bila
Jawapan aku; aku buat semua tu dalam 24 jam yang aku ada. Tapi ramai lagi yang tanya bagaimana bagaimana bagaimana. 
Jawapan aku; urus, rancang, urus, rancang

Dalam beberapa entri aku sebelum ni, aku banyak tulis tentang rancang dan urus masa. Bukan setakat urus masa, tapi urus diri dan urus emosi. Untuk urus diri dan emosi, memang ME TIME lah jawapannya.
Me time pada aku adalah masa untuk aku bersendirian dan tak bercakap dengan sesiapa kecuali bermonolog sendiri. It's a charging moment for your physical. emotion, spiritual, and renew motivation. Selalunya, aku akan ambil annual leave untuk me time. Bunyi macam rugi kan ambil annual leave just to stay at home do nothing while the husband go to work and the child are sent to babysitter. Tak. Cara ni tak rugi dan tak kejam. Kau lebih kejam kalau tak bagi masa untuk diri kau sendiri.
Alangkan mesin yang tak ada akal pun kena rehat (except mesin yang memang kena run production 24H, tu pun kena maintain dengan penuh teliti tau!), inikan pula kita manusia yang ada perasaan dan emosi. Aku memang menyokong me time moment especially untuk wanita dan ibu (bekerja atau tidak bekerja) sebab itulah masa untuk mereka refresh diri mereka.
For me, me time tu bukannya menyandar kat rumah sambal tengok tv sangat pun. It's more to nak buat sesuatu (samada house chores atau hobi kita) tanpa ada orang 'ganggu'. Macam aku, kalau aku AL untuk me time, selalunya aku akan vacuum satu rumah, sental jamban, susun pinggan mangkuk kat rak, kemas peti ais, tukar cadar, dobi baju dan masak makanan kegemaran sekeluarga. Tengahari tu boleh la landing sekejap untuk luruskan badan dan sambung lagi kerja lepas tu. Itulah me time aku. That's it~
Takde pun aku ber me time pergi mall sorang-sorang atau keluar dengan BFF bersuka ria. Tak. Tempat aku hanya di rumah, sendirian.
Ajaibnya, selepas aku dapat me time, aku akan masuk kerja dengan penuh semangat dan ceria. Bermula dari situlah baru aku sedar; ooohhh aku sebenarnya kena 'charge battery' je.

Benda ni juga buat aku terfikir, mak aku dulu pun rupanya dah apply me time. Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku selalu cakap dia nak mandi sambil sental bilik mandi dan berus kain baju (padahal mesin basuh ada je). So dia suruh aku main je dalam rumah, jangan keluar. Kalau ada orang datang, tengok dulu dan jangan terus buka pintu. Macam tu je pesan dia. Rupanya dia mencari me time dia dengan cara bersendirian sambil buat kerja yang dia nak. Kadang-kadang aku nampak dia menjahit dan baca surat khabar untuk menikmati me time dia.

(And please do not mention solat pun cara untuk enjoy me time, siap dapat pahala lagi. Ya ya tu aku akui tapi let's talk about something more general and not too personal).

Other than that, me time can be obtained if your husband is very supportive by bringing the kids out for a moment, left you behind at home alone and just do your own stuffs. Kami tak pernah buat macam ni sebab kami selalu keluar sama-sama, duduk rumah sama-sama. Aku memang kena cuti kalau nak me time and I am okay with that. Huhuh. Tapi kalau suami kau okay dan kau okay; Why not, bawak je lah anak pergi taman dalam 2 jam. Wife kat rumah boleh me time memasak dinner tanpa 'gangguan'. Win-win situation, kan?~

So to answer your question, YES, ME TIME IS NEEDED. Take your time, recharge and refresh. You will find yourself better. Cubalah di samping berdoa kepada Allah supaya dijauhkan rasa tertekan,penat dan merungut. Share your thought with beloved ones and seek for advice from the expert if you think that you need to do so. Jangan pendam dan jangan simpan sendiri.

Insya Allah kita akan jadi ibu yang berjaya. Tiada ibu yang sempurna, tapi kitalah ibu sejati dan sentiasa buat yang terbaik untuk keluarga. Amin.

I'll be back in no time, to write more!
Dhiya

Nuha Food Journey: Roti gebu


Bismillah

Ini adalah first attempt aku untuk menyediakan homemade bread untuk Nuha. Mula-mula rasa macam renyah je. Tapi dua-tiga kali belek resepi; Ehhhhh macam senang la pulak. Macam confident je nak buat.

Kebetulan Nuha semalam tidur dari pukul 6 petang sampai 9 malam, babah pulak balik lambat...Aku pun cepat-cepatlah menguli sementara dia masih tidur. Resepi adalah seperti di bawah, guna sukatan cawan dan uli pakai tangan je. Senang. Aku tak suka sangat sukatan gram ni sebab malas nak keluarkan weighing scale, dan malas nak keluarkan breadmaker dalam stor nuuuuu~.
Bahan-bahan

1. 1 1/2 cawan tepung high protein
2. 1 sudu kecil yis
3. 2 sudu susu tepung full cream Fernleaf
4. 2 sudu besar madu (untuk anak setahun ke atas je ye)
5. 1 sudu besar unsalted butter dicairkan
6. 1 biji telur
7. Susu full cream atau air untuk menjadikan adunan doh. Sukatan agak-agak je. Aku guna susu full cream. Tak guna air langsung.

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan (kecuali susu full cream), dan gaul sehingga peroi macam serbuk roti.
2. Kemudian masukkan susu full cream sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh
3. Uli uli uli hingga tak lekat di tangan dan hingga dapat tekstur licin, berkilat dan tak letak langsung dalam mangkuk uli
4. Tips: Lagi lama uli, lagi cantik dan lagi lembut roti tu nanti
5. Tutup dengan cling wrap, perap hingga saiznya menjadi dua kali ganda macam dalam gambar di bawah
 
6. Tumbuk-tumbuk sikit untuk keluarkan angin. Selepas itu bolehlah dibentukkan dan diletak dalam aluminium container. Ada orang timbang supaya dapat bentuk yang sama. Tapi aku tak kuasa nak menimbang segala. Masa ni pun Nuha dah bangun so masa aku uli doh, dia pun sibuk masukkan lego dalam doh aku~ Tu yang dapat bentuk asal boleh je tu...
7. Biarkan sekejap sampai kembang macam dalam gambar di bawah. Abaikan lah bentuk dia yang kecik besar kecik besar tu. Sebelum masukkan ke dalam oven, aku spray sikit dengan air supaya tak kering sangat.
8. Masukkan ke dalam pre-heated oven pada suhu 170 degree selama 25 minit dan kejadiannya adalah……….. Ting!
*Lepas keluarkan dari oven, aku sapu unsalted butter atas permukaan roti, sejukkan sekejap dan simpan dalam bekas bertutup.
 
Alhamdulillah kemenjadian yang baik dan percubaan yang sangat berjaya. (Tepuk bahu sendiri). Actually masa uli tu, aku masukkan cheese dalam doh, tu yang nampak cheesy sikit kat belah dalam tu. Tekstur lembut dan sangat gebu segebu pipi Nuha. Amak is happy!
Penerimaan Nuha? Alhamdulillah dia suka. Tak ada penolakan. Perasaan tengok anak makan sungguh-sungguh apa yang kita masak adalah satu kepuasan yang tak dapat diungkap. Rasa dihargai, disayangi dan diperlukan!

Nampak macam lama gilaaaaa nak buat roti ni kan? Baik beli je roti wholemeal je kat kedai. Tapi satu tips yang aku boleh share; Buat pada hari cuti atau malam yang esoknya cuti. Kalau buat hari Sabtu, bancuh tepung selepas solat subuh sebab yang buat kita menunggu lama tu adalah nak memerap tu. At least by 11-12 tengahari, kita dah boleh bakar. Kerja-kerja rumah lain pun siap. 
Kalau buat malam yang esoknya cuti, bancuh doh seawal sebaik sampai rumah dari pejabat. By 10 ke 11 malam, dah boleh bakar. In the mean time, boleh mesin baju, boleh main bola dengan anak dll. Buat roti ni bukannya kau kena hadap dia je samata. 

Sebab percubaan aku ni berjaya, Insya Allah aku nak buat lagi untuk makan sendiri pulak. Yakin bersih, suci dan sihat :)

Mommies, selamat mencuba!

Remedy Batuk Berkahak untuk Nuha


Bsimillah

Last 2 weeks, Nuha was not so well. Demam, sakit tekak, batuk, selesema all in one package. Kami bergilir on leave sebab taknak Nuha dihantar ke rumah Mama. At the same time, aku buat juga home remedy untuk phlegm dia tu.  
Bahan-bahan

1. Kurma merah
2. Kismis
3. Buah singo pear dihiris

Cara-cara

1. Basuh dan masukkan semua bahan ke dalam slow cooker. 
2. Aku set kepada 'auto' dan lepas 2-3 jam, dah nampak la kurma merah dan kismis mula mengembang. 
3. Airnya boleh diminum suam atau sejuk.

Alhamdulillah Nuha suka sangat air ni sebab rasanya macam manis-manis buah gitu. Dia pun tak tahu yang air ni adalah remedy untuk dia. Amak is senang hati.
Selepas 2-3 kali buat, Alhamdulillah batuk berkahak dia dah hilang pun. This is actually the first time Nuha got phlegm. Sebelum ni just demam sikit-sikit dan selesema biasa je.

So mommies out there, boleh la cuba dan ikhtiarkan ya. 

Dhiya

Nuha Food Journey: Bubur Sum Sum Sos Buah Naga


Bismillah

Amak Nuha lamaaa menghilang tenggelam ke dasar laut dalam. Kalau mood takde, kau janganlah suruh aku cerita apa-apa kat blog ni. Material ada, tapi terperuk 'duduk kau kat situ diam-diam'. Tunggu ada mood baru boleh cerita macam-macam. So hari ni mood tengah ada la ni~

So kali ni aku nak share menu pencuci mulut Nuha iaitu bubur sum sum. Bubur sum sum ni antara kegemaran Nuha dan aku jugak. Kalau aku, aku suga akan dengan kuah gula merah. Tapi untuk Nuha, lain-lain sos lah kecuali sos cili dan air gula. 
Bahan-bahan

1. Tepung beras
2. Santan
3. Daun pandan
4. Sos depends pada keinginan. Contohnya; sos manga, sos buah naga, atau puree kurma

Cara-cara

1. Masukkan tepung beras, letak air sikit, masukkan santan
2. Tips: buka api perlahan dan kacau jangan berhenti. Part ni kena sabar
3. Kacau sampai adunan likat, berkilat dan bau lemak-lemak
4. Letak dalam bekas
5. Untuk sos: blend kan sahaja buah pilihan dan tuang ke atas bubur sum sum tu. Tapi untuk buah naga, aku tak suka blend sebab rasa dia pelik. aku suka potong dadu je.

Bubur ni tahan dua ke tiga hari je sebab bersantan. Jangan buat stok sampai seminggu ya. Aku selalu simpan bubur sum sum je. Sos buah tu aku blend waktu nak makan.

Simple!

Selamat mencuba
Dhiya

Travel Tapi Masih Boleh Memasak Untuk Anak


Bismillah

Aku menerima request agar menulis tentang tips memasak ketika travel bercuti. Nahhh macam tau-tau je amak Nuha ni memang kaki travel. Mana tak nya, selain post tentang menu Nuha, amak juga aktif menulis tentang review hotel dan tempat-tempat yang best :p

Jadi dalam entri ni, aku kongsikan 3 tips utama untuk panduan rakan-rakan ibu di luar sana supaya dapat menyediakan makanan kepada anak-anak dan dalam masa yang sama dapat menikmati percutian bersama keluarga.
1. Don't overthink
Dengar je nak travel, kau dah fikir nak bawa macam-macam. Kalau boleh satu peti ais kau nak bawa kan, kan, kan? Elelele mengaku je la sebab dulu aku pun macam ni. Tapi lama-lama kau akan rasa penat dan tak seronok nak travel. Tak ke dah lari matlamat nak bercuti untuk berseronok? Sebab tu jangan overthink dan tolonglah bertenang.
Matlamat utama bercuti adalah untuk bergembira dan meluangkan masa dengan suami dan anak. Jadi jangan musnahkan matlamat asal ni dengan sibuk memasak.

2. Rancang, rancang dan rancang
Dalam banyak entri aku yang lepas-lepas, memang aku emphasize tentang pentingnya merancang. Rancang berapa hari nak pergi bercuti, rancang menu dan rancang alat apa yang perlu dibawa, bahan mana yang perlu dibawa dari rumah dan bahan mana yang boleh dibeli di kedai berdekatan dengan tempat bercuti.
Kami memang kaki travel. Sejak Nuha boleh makan hujung tahun 2018, merata negeri dalam Malaysia kami jelajah. Naik kapal terbang je belum lagi. Insya Allah soon. Bermacam-macam hotel kami masuk dari yang murah sampai la yang boleh tahan harganya.

Benda basic yang wajib ada dalam travel kit (sebuah bakul anyam berbentuk segi empat tepat) aku adalah:
- Mini multicooker Cornell
- Sudip kayu yang boleh mengacau dan cedok kuah sekali (beli kat Daiso)
- Mangkuk stainless steel untuk kukus nasi
- Sepasang sudu & garpu
- Tipuware (bawak dah lapiskan dalam 2-3 macam tu je) Itu pun kadang-kadang aku isi dengan bahan kering
- Papan pemotong nipis beli kat Eco dan 1 pisau
- Food jar. Aku guna yang jenama Tesco je
- Sebotol kecil minyak masak
- Sebotol kecil sabun pencuci dan span kecil

Bahan yang boleh dibawa dari rumah
- Bawang-bawang untuk menumis. Aku tak bawak banyak pun. Kena kira berapa hari nak pergi bercuti.
- Beras, oat, bihun baby semua letak dalam zip lock plastic kecil paket-paketkan kepada portion kecil untuk sekali guna. So senang nak grab
- Serbuk bilis
- Lobak merah, tomato, atau apa-apa sayur segar bergantung pada menu apa yang nak dimasak (keluarkan dari peti, biar kering, jangan ada wap air dulu baru masukkan dalam plastic untuk travel). Sampai je hotel, cepat-cepat masukkan dalam mini bar. Kalau tak ada mini bar, aku letak je di luar suhu bilik. Insya Allah tahan je sebab bilik ada air cond kan.
- Kentang
- Susu full cream kotak kecil

Bahan-bahan yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit berhampiran tempat bercuti
- Roti
- Telur. Telur ni memang penyelamat la kalau lets say susah nak menyimpan isi ayam atau daging sebab hotel tak ada peti atau mini bar.
- Buah-buahan on the go macam pisang, buah oren, buah naga, kiwi dll
- Isi ayam (kalau hotel ada mini bar) Ini protein paling senang nak masak compared to daging lembu atau ikan.
- kalau kedai runcit kampung, lagi best. Boleh beli sweet potato, labu dan sayur hijau sikit-sikit. Tak perlu beli sepaket besar.

3. Be simple
During travel, kau janganlah beria nak masak ayam masak lemak kuning berserai, paprik atau kari ayam bersantan segala. Be simple. Even masa Nuha masih baby pun, aku tak bawa hand blender during travel. Aku cuma bawa hand mesher je. Senang~

Contoh travel ke Melaka 3 hari 2 malam.
Day 1: Masak dari rumah; nasi goreng, gulai ayam + kentang simpan dalam food jar (untuk lunch dan dinner), roti telur, buah-buahan sebagai finger food.
Day 2: Sarapan: Roti telur. Lunch dan dinner: Nasi + Sup ayam dengan telur
Day 3: Sarapan: Sweet potato steam, Lunch dan dinner: Nasi + Sayur lemak labu + telur

Contoh travel ke Cameron Highland 3 hari 2 malam
Day 1: Masak dari rumah; roti telur, ikan masak lemak kuning + nasi (untuk dua kali makan, lunch dan dinner), buah-buahan
Day 2: Oat + pisang, nasi + sup telur (untuk dua kali makan), finger food seperti buah-buahan
Day 3: Nasi goreng telur hancur, nasi + masak lemak labu (untuk dua kali makan), finger food seperti buah-buahan

lain-lain menu travel:
- Oat dimasak, lenyek dengan pisang
- Tumis bawang, pecah telur, masukkan oat yang sudah direndam dan serbuk bilis
- Bihun goreng pecah telur dengan sayur
- Nasi goreng telur lenyek dengan labu
- Sweet potato dikukus

Benda simple, buat apa nak complicated sampai serabut kepala. Bawak barang biar cukup-cukup je. Yea aku faham mak mak ni selalu fikir 'Eh biar lebih takpe. Just in case...' Tapi disebabkan pemikiran macam nilah yang akan membuatkan kau bawa the whole peti ais ketika travel. Ingat; Rancang elok-elok. Insya Allah selebihnya akan senang.

So far aku survived dengan cara ni. Antara destinasi percutian kami termasuklah Melaka, Perak, Cameron Highland dan banyak lagi lah. Semuanya stay hotel. Hotel di Cameron Highland masa pergi dengan mak abah aku; takde peti. Tapi takde hal...Nuha masih boleh makan real food hasil kreativiti aku.

Untuk travel balik kampung raya; Kalau balik kampung sendiri, aku takde isu. Haritu yang mencabar sikit apabila kami balik ke kampung nenek sebelah suami aku. Tapi takde hallllllll…Aku kan guna multicooker, jadi taklah berebut dapur gas dengan mak cik-mak cik. Asalkan ada plug aku boleh hidup. Cuma kena pandai-pandailah bawak diri dan tahan telinga kalau orang tanya itu ini. One best part is, bahan basah macam ayam dan sayur tak ada isu sebab peti ais besar gedabak dan aku boleh tumpang atau mintak sikit. Kalau makcik-makcik buat sup tulang, aku akan menyibuk mintak sikit sup nya sebelum ditambah bahan perasa. Hahahahha. Demi anak, aku sanggup!

Demikianlah tips dan perkongsian aku yang diharapkan dapat memberi sedikit idea dan kelapangan dada kepada ibu-ibu di luar sana. Ingat, jangan stress-stress okay. Kita nak travel nak seronok-seronok. Kalau dok serabut otak pasal nak masak apa untuk anak sampai tak boleh senyum, kan dah tak best tu~

Enjoy!

Kalau ada apa-apa persoalan atau tambahan info, bolehlah tinggalkan komen ya.

Dhiya
Amak Nuha yang suka travel.

Nuha Food Journey: Potato Wedges


Bismillah

Rasanya dah pernah buat potato wedges ni untuk Nuha tapi aku malas nak double check samada dah ada resepi ke belum. So I just put the recipe again here for reference.
Insya Allah rasa macam potato wedges KFC, cuma aku belum discover lagi cheesy sauce dia. Tunggu la esok-esok aku bereksperimen untuk resepi tu pulak.

Bahan-bahan

1. 2 biji kentang dibelah 6 atau 8. Agak-agak je supaya jangan tebal sangat, jangan nipis sangat.
2. Tepung gandum Faiza : tepung jagung (4 sudu : 1 sudu)
3. Mixed herbs

Cara-cara

1. Steam kan potongan kentang. Aku guna periuk nasi je.

2. Bila dah lembut (make sure jangan lembut sangat, nanti hancur semasa digoreng), sejukkan sekejap.
3. In the mean time, masukkan tepung dan mixed herbs dalam satu bekas (aku guna tipuware) dan gaul sebati
4. Masukkan potongan kentang ke dalam campuran tepung tu. Ratakan tepung, make sure semua bahagian kentang disaluti tepung
5. Boleh ambil 4-5 ketul untuk digoreng. Goreng pun tak payah lama sebab kentang tu dah masak
6. Baki kentang dalam tepung tadi boleh disimpan untuk dibuat stok dan boleh digoreng esok lusa

Senangnya~
Dahlah senang, boleh buat banyak untuk stok 2-3 hari pulak tu. Bila nak masak, capai dan terus goreng je. 

Selamat mencuba, amak-amak sekalian!

Dhiya