Bismillah
Welcome back!
Selamat bangun pagi untuk pergi kerja.
Selamat kejutkan anak-anak untuk hantar ke pengasuh atau sekolah
Selamat hilang serkup kepala
Selamat suami hilang stokin
Dan semua tu berlaku di pagi hari dan kalutnya hanya kita yang lalui sahaja akan tahu!
Hahhahahaha!
Ok.
Alhamdulillah sebab cuti and all the hectic are over. Aidil Adha kali ni kami balik ke Johor, kampung suami saya sebab dia masuk korban di sana. Agak malang, saya diserang diarrhoea yang agak teruk dan tak enjoy sangat lah raya kalau asyik mengulang tandas je.
Selebihnya kami bawa bibik berjalan-jalan sambil membeli-belah sedikit sebab dia akan balik ke Indo hujung tahun ini. Berkumpul adik-beradik, memang seronok. Cuma biasalah kalau ada hiccup di mana-mana. Benda ramai-ramai, kadang-kadang ada yang tersilap langkah dan tersalah kata.
Dan hari ini adalah hari pertama selepas lebih kurang seminggu bercuti. Nak bangun pagi Masya Allah susahnyaaaaaaaaaa! Terasa berat sungguh selimut tu. Nak buka mata susah, nak jalan pergi bilik mandi susah, nak gosok gigi pun susah. (Alasan berbakul bakul!)
Sudahlah hari ni Isnin pertama selepas cuti sekolah. Keluar je dari rumah, jalan dah sesak. Sampai pejabat lewat 5 minit. Buka je laptop, email masuk macam peluru, bertalu-talu. Tersandar sekejap. Huuu!
Banyak juga perkara yang nak kena diselesaikan hari ini. Tapi Alhamdulillah setakat sebelum lunch break tadi, hampir semuanya sudah selesai dan saya sangat gembira. Petang nanti Insya Allah saya nak susun dokumen untuk stage yang paling stressful pada saya iaitu reading (membaca scientific paper, journal dan apa-apa sahaja berkaitan research)
Tapi takpe. Alah bias, tegal biasa. Setahun dah di sini. Walaupun membaca tu susah, tapi suasana di sini cukup membantu dalam menyediakan suasana kondusif untuk saya fokus.
Petang nanti, Insya Allah tak nak memasak. Tak larat. Belum ada mood. Lagipun suami saya mungkin balik lewat dengan komitmen kerjanya yang agak tinggi sekarang. Samalah juga dengan saya ni sebenarnya. Tapi kami optimis, kerja keras ni akan berbayar dengan cara yang paling indah nanti.
Selepas cuti panjang memang susah. Nak dapatkan balik momentum tu bukan senang. Saya sendiri pun lama di pantri tadi, minum sambil bawa planner dan susun balik to-do-list saya supaya kembali on track.
Insya Allah, mari kita bersemangat selepas cuti panjang!
Dhiya
No comments