Kisah dan Pengalaman Kulit Wajah Terbakar dek kerana Krim Jerawat- 2017


Fasa 1- Bagaimana ia bermula?

Mulanya jerawat je. All this while, kalau ada jerawat, saya memang akan guna Hiruscar Post Acne 10mg. Untuk pengetahuan, saya memang dah guna Hiruscar Post Acne ni sejak tahun 2015 lagi dan sangat berkesan. Saya bukan orang yang jenis berjerawat teruk sekarang. Cuma kadang-kadang adalah dua tiga ketul yang datang melawat, randomly. Sedikit review Hiruscar Post Acne, saya memang berpuas hati dengan penggunaannya selama ini. Walaupun harganya agak mahal, (anggaran dalam RM 40++) tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesan positif yang saya dapat selepas menggunakan produk ni. Lagipun, kadang-kadang produk ni akan ada diskaun teruk yang boleh buat saya senyum riang. Kena selalu rajin singgah drugstore untuk tengok harga terutamanya setiap kali hujung minggu.
Masa mula-mula jadi
Saya memang pengguna setia Hiruscar! Yang kecil tu sebenarnya adalah tester yang saya dapat di booth mereka di Mid Valley dulu. Tunjuk je pek saya sendiri (yang memang selalu letak dalam beg dan bawa ke mana-mana), terus dapat banyak trial pack. Untung!
Tapi nak dijadikan cerita, Hiruscar saya habis. Pergi farmasi pun tak ada stok. Jadi saya 'pejam mata' je beli Maderma. Esoknya sapu Maderma, kulit saya terus melepuh dan menjadi kemerah-merahan! Tak cukup dengan tu, kawasan merah tu kadang-kadang gatal terutamanya kalau saya berada di luar rumah atau pejabat.  Sekejap je terus kena! Jadi saya terus berhenti sapu Maderma tu.

Fasa 2- Kulit saya mula merah dan ada kesan terbakar!

Di pejabat, kawan-kawan mula tegur. Ada yang tanya muka kena tembak minyak panas ke. Ada juga yang tanya dalam nada jenaka kena dera dengan suami ke and what so ever which make me very stressful, down, and irritated. Saya sedar yang saya sebenarnya menjadi perhatian di pejabat. Ialah, kalau tak, masakan mereka sedar perubahan pada kulit saya. Maksudnya juga saya diperhatikan jika keluar rumah.  I was sooooo stress!
Duduk dalam pendingin hawa, kurang 'panas' dan kering elok. Tapi bila kena matahari, dia mula jadi 'panas' balik dan mulalah jadi lembap.
Teman sepejabat saya, seorang ahli farmasi nasihatkan saya supaya letak alovera di tempat tu sebab saya mengadu pada dia kulit saya terasa 'panas' dan bengkak sampai saya boleh rasa pipi saya besar sebelah.
Tips membeli alovera: Jenama apa pun boleh waima jenama Guardian. Itu lebih baik dari jenama lain yang ada alkohol dan tak 100% pure alovera. Ingat: Alovera mesti 100% content dan tidak dicampur dengan bahan lain!
Tapi malangnya alovera bukan penyelesaian terbaik untuk saya. Walaupun kulit terasa sejuk dan kurang mengelupas, tapi ada macam nanah mula naik di muka. Infection has begun! Sekali lagi saya berhenti letak apa-apa di muka dan tekad berjumpa doktor (seorang GP) di tingkat 13 pejabat saya. Dia bekalkan saya dengan ubat antibiotik dan krim sapu. Sepanjang seminggu saya guna (semasa cuti raya haji), kesannya on-off. Sekejap Nampak ok, sekejap naik balik. Follow up seminggu berikutnya (selepas raya haji), saya diberi ubat lain tapi nampaknya kesan tu tak nampak sangat. Kulit di bahagian yang terjejas tu masih kadang-kadang merah, kadang-kadang nampak pudar, kadang-kadang ok, kadang-kadang terasa gatal sangat. Saya berhabis hampir RM200 untuk dua kali rawatan di GP ni.
Waktu ni saya sedang guna ubat GP. Bengkak memang surut tapi merah tu tak hilang sangat. Kejap-kejap  nampak surut, tapi kejap-kejap nampak macam jadi balik
Ni yang nampak surut. Tapi kalau dia nak jadi balik, anytime je boleh tiba-tiba jadi merah balik.
Lepas balik dari raya haji, saya perasan yang it's getting worse.
Yang ni memang worst.
Immediately after that, saya terus ke pakar!

Fasa 3- Apa rawatan lain yang saya ikhtiarkan?


Saya akhirnya 'tewas'. Saya ke Klinik Pakar Kulit Md. Noh di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Klinik ni dicadangkan oleh suami saya sendiri sebab katanya dia pernah ke situ untuk mendapat rawatan masa kecil dulu. (Nampak tak dah berapa lama klinik ni ada?). Kalau nak tahu, klinik ini terletak di tingkat 1 bangunan kedai berdekatan dengan Kamdar. Tiada tempat letak kereta sebab klinik ni terletak di depan jalan besar berdepan dengan pawagan Tamil Coloseium tu. Jadi kalau nak dating, datanglah naik tren.
Sampai je di klinik, daftar dan tunggu sekejap nama dipanggil. Untuk pengetahuan, klinik ni sangat 'tradisional'. Pendaftaran tak menggunakan kad pengenalan, hanya perlu isi borang dan nombor yang diberi pun atas kad saja. Pun begitu, katanya pengunjung klinik ni sangat ramai terutamanya pada hujung minggu dan proses menunggu agak mengambil masa. Tapi flow pesakit pada hari biasa agak kurang jadi tak lah lama sangat menunggu. Alhamdulillah saya menunggu tak sampai 15 minit pun.
Sebaik masuk, saya ceritalah semua masalah saya kepada doktor. Saya bawa dan tunjuk juga semua ubat yang saya guna dan yang pernah diberikan oleh GP sebelum ini.
Doktor cakap memang saya kena infection jadi doktor bekalkan ubat lain dan berhenti semua ubat GP sebelum ini.
Ubat saya: Antibiotik (tak sama dengan yang GP bagi), ubat gatal, ubat alergik, cleanser dan krim. Banyak oih!
Dikurniakan MC. Ya Allah, rasanya selama saya dalam dunia kerjaya, saya tak pernah minta MC. Inilah yang pertama dan betul-betul perlukan MC...

Waktu operasi:

Isnin , Selasa , Khamis:  9.00 pg - 5.00 ptg
(rehat: 1.00 - 2.00 ptg)
Rabu :10.30 pg- 1.00 ptg
Jumaat- tutup
Sabtu: 9.00 pg- 5.00 ptg
Ahad & Cuti Am - tutup
Tawakal Hospital - 2.30 ptg/pm - 5.00 ptg/pm

Fasa 4: Selepas lebih kurang seminggu, apa terjadi sekarang?

Alhamdulillah Klinik Pakar Kulit Md Noh menjadi asbab untuk saya sembuh hampir sepenuhnya. Merah di bahagian kulit pipi kiri saya sudah hampir hilang, tak lagi gatal dan nampak sudah kembali kepada asal. Saya bersyukur sangat.
Gambar terbaru, selepas lebih kurang seminggu ke Klinik Pakar Kulit Dr. Md. Noh
Ialah, saya ni bekerja banyak jumpa orang, sedikit sebanyak orang pandang penampilan saya- Jadi sangatlah perlu untuk saya sihat tubuh badan dan juga penampilan (walaupun tak cantik mana, hot meletop berbakar~)
Kalau muka merah bertompok, ada infection, nak jumpa orang pun jadi tak yakin. Nak bercakap pasal kesihatan pun rasa orang taknak percaya sebab kita sendiri pun nampak tak berapa sihat. Huhuhu!
Tapi setakat hari ini, Alhamdulillah sangat. I'm fully recovered, which costs me another RM255. Tak apalah. Zakat untuk diri sendiri~
Saya masih ada 3 hari lagi untk habiskan ubat alergik dan seminggu lagi untuk habiskan antibiotik. Untuk yang nak berikhtiar, cleanser yang Dr. Md Noh bekalkan kepada saya hampir sama dengan Cetaphil cleanser. Jadi kalau nak cuba sendiri, belilah Cetaphil dan cuci kulit anda guna Cetaphil tu. Mana tahu cheaper trials first work on you.

Untuk yang mempunyai masalah infection, alergik terhadap krim tertentu yang dibeli di farmasi dan menyebabkan kulit anda terbakar, cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Kalau boleh terus jumpa pakar dan jangan 'buang duit dan masa' macam saya jumpa GP. Bukan nak cakap GP tak bagus, tapi biarlah kita pergi kepada ahlinya terus supaya dapat jimatkan kos dan cepatkan masa untuk sembuh.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian pengalaman saya. Semoga dapat membantu merungkai persoalan orang yang pernah senasib dengan saya. I wish you get well soon and all the best!
Pengajaran: Jangan letak sebarang-sebarang bahan di muka. Saya yang beli ubat di farmasi pun boleh kena. Inikan pula yang beli krim pemutih yang ada merkuri dan macam-macam bahan kimia tu. Berhati-hatilah~

Klinik Pakar Kulit Dr. Md Noh
87, Tingkat 1, Wisma Mohd Ebrahim
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
Sebelah Kamdar, (sekarang macam ada construction sikit) dan berdepan dengan panggung Tamil Coloseum tu.

Ikhtiar, ya!

Dhiya Dahlia

8 comments

  1. Jadi , saya nak tanya hiruscar tu bagus tak?

    ReplyDelete
  2. it works for dry acne. not for open scar acne. tapi doctor cakap kalau ada trigger, lebih baik hentikan penggunaan dengan segera walaupun dua tahun sblm tu pakai elok je.skrg saya dah tak pakai langsung hiruscar ni walaupun sblm ni mmg sentiasa dlm beg je.

    ReplyDelete
  3. Boleh tanya tak, berapa ye total cost pergi dr noh. Saya nak jumpa pakar kulit untuk masalah jerawat saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first treatment saya kena dalam rm300++ jugak. pada saya memang berbaloilah sebab memang elok. lagipun dia memang pakar. terbaru saya ada buat follow up, takde la sampai 300 tu dah...

      Delete
  4. Assalam..saya baru baca blog cik ni. Nak tanya, RM255 harga 1st time jumpa dr tu ke? Huhu dah lama tu kalau sekarang mesti lagi mahalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ye. follow up kedua kalau tak silap saya kena dlm rm170. kalau kerja, awak boleh je claim under medical fee. memang mahal sikit sebab dia pakar. dia pun kdg2 ada di klinik pakar kulit di hospital sekitar lembah kelang mcm kpj etc.

      Delete
  5. Assalam...tq for the review n suggestion...so skrg skin dh fully recovered? Or still continue the treatment till now?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. happy to share that my skin is great now. Alhamdulillah. saya guna cetaphil product skrg.

      Delete