Sabtu 25 Februari 2017


Bismillah and happy weekend!

Sekarang saya di pejabat suami saya. Tak. Anda tak salah baca. Saya tak salah tulis. Saya di sini sejak jam 11 malam tadi, menemani dia.

Sabtu kami tak indah macam orang lain (minggu ni sajalah). Boleh pergi mall dan makan di kedai hipster. Tak. Tak.
Pagi tadi dia bertungkus lumus dengan kerjanya di rumah. Saya memang tak expect pun untuk keluar ke mana-mana, satu sebab saya tahu dia tengah banyak kerja. Dua sebab kami belum gaji. Jadi kami hanya bersarapan dan makan tengahari di rumah saja (which is very rare for us).

But it's okay. Rasanya kami labih happy macamni. Duduk rumah, freestyle dan lebih jadi diri sendiri. Tak payah susah hati nak makan kat mana, nak solat kat mana, toilet mall teruk and whatsoever~

Saya tak boleh bantu banyak. Saya cuma tolong susun drawing dan gulung selain tebuk lubang pada dokumen tender. Semua tu nak dihantar kepada client hari Isnin nanti.
Life's good. We are more than happy. Hujung minggu ni, walaupun tak macam hujung minggu orang lain, tapi saya rasa rasa inilah cara kami spend masa bersama.

I am proud of myself. Doakan kami terus!

Dhiya

Family Day Trip


Bismillah

Bersempena cuti Thaipusam dua minggu lepas, kami berpeluang berkonvoi ke Utara bersama dengan beberapa keluarga lagi dari staf syarikat suami saya, untuk so-called family day. It's kind of blessing sebab tempat kerja suami saya rajin buat aktiviti macam ni walau bukan fully sponsored by company. Trip kali ni tak ada itinerary yang spesifik sangat melainkan mencari port makan saja. (Makan makan makan!)

Kerangka perjalanan kami adalah seperti berikut: (cerita dan gambar akan diperincikan dalam entri yang berikutnya)

9 Feb 2017 (Khamis)
Bertolak ke Taiping dan bermalam satu malam di Kamalodge Taiping. Makan di Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Kami curi masa balik ke rumah kakak saya di Bukit Merah untuk ambil kiriman untuk mak di kampung. Sempat makan malam di situ.

10 Feb 2017 (Jumaat)
Daftar keluar dari Kamalodge dan bergerak ke Pulau Pinang dan daftar masuk pula ke Century Bay Private Residences Bayan Lepas. Kediaman ala apartment mewah. Fuhh! Kami makan tengahari di Warung Kelapa Sawit Juru dan malamnya makan ikan bakar di Hammer Bay Seafood Restaurant dan makan macam raja.

11 Feb 2017 (Sabtu)
Bergerak ke Batu Feringghi dan daftar masuk ke Golden Sands Resort by Shangri-La, the best hotel ever! Malamnya kami makan di Hardrock Cafe Penang. Berjalan sekitar Batu Feringghi yang dah macam Pantai Cenang tu was sooo nostalgic and romantic. Huhuhu!

12 Feb 2017 (Ahad)
Daftar keluar dan bergerak pulang ke KL. We both had a bulk of tasks to be done actually. I brought along my laptop during the vacation but unfortunately we didn't even switched it on. Huhuhu! Maklumlah, nama pun cuti kan~?

Alhamdulillah percutian 4 hari 3 malam ni memang menggembirakan saya (walaupun kepala dok fikir hal kerja). Terima kasih suami dan team leader yang sungguh berinisiatif untuk konvoi beramai-ramai ni. We don't mind to spend on petrol and toll since our hotels were fully sponsored. Alhamdulillah again.

Entri seterusnya adalah cerita saya tentang hotel-hotel yang kami jejak sepanjang perjalanan ke utara ni. Yeay!

Dhiya

Sungai Ayer Tawar, Selangor


Bismillah

Hujung Disember lepas, kami bawa emak dan abah ke Sungai Ayer Tawar, di Sabak Bernam Selangor. Pakcik saya (abang sulung kepada emak saya) tinggal di sini. Emak saya, zaman kanak-kanak dan remajanya juga memang di sini. Cuma saya yang jarang balik ke Selangor sebab saya banyak membesar di kampung abah, di Perak.
Tapi sejak berkahwin, panjang pula langkah kami siap boleh bawa emak dan abah ke sini :)

Kami sempat singgah di rumah seorang lagi bapa saudara saya dan kami dijamu masakan berasaskan landak. (Lokasi terpaksa dirahsiakan sebab takut kena ambush dengan Perhilitan~). Ini adalah pengalaman pertama saya makan daging eksotik ni. Rasanya macam daging lembu je, tapi lebih lembut.
Landak masak 3 rasa (kut)
Kami sampai di Sungai Ayer Tawar sedang elok waktu makan tengahari. Maklong saya jamu dengan ketam masak lemak cili api. Rumah Maklong dan Paklong saya ni rumah kampung saja, Tapi suasanya sangat segar sebab berada di kawasan kampung. Rumah emak dan abah saya pun kampung juga, tapi entah kenapa rumah mereka ni lebih seronok!
Seronoknyaa lahai. Pokok pandan tepi dapur je. Kami di KL ni jenuh nak tanam pandan dalam rumah. Sobs!
Bekas dengan jaring hijau tu adalah tempat menjemur ikan masin. Oh ya, Maklong saya ni memang pengusaha ikan masin secara kecil-kecilan. Ikannya bersih (tengok sajalah cara dia menjemur), dan tak masin sangat. 
Maklong dan Paklong saya ni keluarga nelayan sebenarnya. Tapi Paklong saya sudah tidak lagi turun ke laut. Hanya anak mereka, (sepupu saya) yang masih turun ke laut. Hasilnya pun Alhamdulillah agak lumayan. Kalau dapat ikan besar-besar macam siakap, selalunya sudah ada pembeli yang menunggu. Selalunya pembeli Cina.

Selain itu juga, sepupu saya ni mengusahakan ternakan madu kelulut pada skala yang agak besar di belakang rumah Maklong dan Paklong saya. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya. 
Ladang kelulut
Paling mengujakan, Maklong saya tunjukkan sebekas udang galah yang besar-besar dan segar kepada kami. Katanya memang untuk kami. Suami saya apa lagi~ Bersemangatlah dia nak memasak. Macam yang saya kongsikan dulu, menu udang galah masak telur masin tu adalah hasil air tangan dia. Selain itu kami masak udang masak lemak cili api juga sebab udangnya banyak sangat!
Udang!
Udang telur masin! Ya Allah sedap juga rupanya!
Di sebelah petangnya, kami naik motor menuju ke kawasan pinggir laut untuk melihat suasana petang. Kami dapat tengok bot-bot nelayan yang mula turun ke laut untuk menangkap hasil. Seronok sangat dapat hidup dalam suasana macam ni. Hidup mungkin tak kaya, tapi tenang.
Sebelah kiri laut, sebelah kanan kawasan padi
Hari berikutnya, kami ke Bagan Nakhoda Omar iaitu kawasan pantai yang sangat popular di sini. Masa kami sampai, air sedang surut. Jadi kami dapat turun ke bawah sambil mengutip kulit kerang. Kami juga sempat 'bergaduh' dengan seekor ketam yang ada di kawasan air cetek pantai tu. Semuanya suami saya punya pasallah~
Kalau petang-petang, Pantai Bagan Nakhoda Omar ni ada gerai-gerai makanan macam mee udang, ABC dan banyak lagi. Makanannya pun sedap-sedap juga :)
Ketam yang digaduhkan
Satu pengajaran yang saya dapat sewaktu berada di rumah Maklong dan Paklong saya;

Jadi orang kampung tak salah. Mungkin hidup kita tak mewah, tapi Allah imbangkan dengan rezeki yang cukup, hati yang bersih dan tenang dan tidak banyak celaru dengan masalah. 
Jadi tak guna juga kalau kita punya pangkat, harta dan semuanya- Kalau hati kita busuk dan selalu tidak senang melihat akan kehidupan orang lain.

Sewaktu kami nak balik pun, sepupu saya sempat lagi menghulurkan buah tangan iaitu nanas hibrid yang sangat manis, di saat kereta kami sudah penuh diisi dengan macam-macam buah tangan. Maklong saya tu, agaknya kalau kami bawa 4x4- Sudah lama dia suruh kami bawa balik tebu, ubi kayu dan buah kelapa~
Insya Allah kami akan ke sini sekali lagi sebelum bulan puasa nanti. Saja nak berziarah sebelum Ramadhan. Banyak lagi yang kami nak explore di Sungai Ayer Tawar ni!

Dhiya

Jadi Apa Sebenarnya yang Kau Cari Dalam Dunia Ini?


Random thought

Lewat kebelakangan ini aku dengar dan jumpa benda pelik-pelik tentang manusia di sekeliling hidup aku. Mereka ni bukan dari planet asing pun. Orang kampung, orang Melayu macam aku juga. Tapi actingnya bukan main lagi. Puiii~

Kisah mak cik yang jaga standard

Anak makcik ni baru dapat jadi HO di salah sebuah hospital di Selangor. Sebagai anak bujang yang sado, haruslah anak ni teringin nak duduk sendiri dekat dengan tempat kerja. Tapi sayang, makcik ni masuk campur urusan mencari bilik sewa anak bujangnya sampai sekecil-kecil hal macam cat terkopak pun jadi isu yang besar.
Itu belum lagi isu environment rumah, housemate kerja apa- Semua makcik tu consider. Mungkin dia rasa yang anak dia doktor, tak layak kut duduk serumah dengan orang yang tak kerja doktor.
Tapi Alhamdulillah, Insya Allah kami suami isteri dah buktikan yang engineer boleh hidup serumah dengan aku, bukan seorang engineer. Dan makcik tu kena belajar dari kami~ Hhahahahah!

Jadi apa sebenarnya yang kau cari dalam dunia ini, makcik?

Harta? Kedudukan?

Kisah mulut

Perkahwinan kami dah masuk tahun kedua.

Dan kami masih berdua.

Sekarang ni- Bila balik kampung, adalah makcik-makcik (makcik lagi?) yang sangat concern dengan keadaan aku yang masih tak mengandung. Ada yang aku hulur tangan nak salam, tapi tangan dia pergi ke perut aku dulu. Ada yang tanya tu, aku bolehlah jawab 'belum lagi' ke whatsoever. Tapi kalau dah pegang-pegang perut ni, aku sensitif lah jugak. Kau nak cakap apa sebenarnya, makcik? Kau nak cari baby ke atau nak kata aku gemuk?

Marah ni
Marah ni

Ada yang kurang akal, boleh tanya mak aku bila aku nak mengandung. Siap bandingkan dengan anak dia yang sebulan nikah terus mengandung. Mak aku sendiri pun tak tanya aku, kenapa mak aku yang kena? Bukan dia yang nak mengandung! Esok kalau aku ada baby pun, bukan makcik-makcik ni yang nak mengasuh pun. Haih...

Jadi apa sebenarnya yang kau cari dalam dunia ini, makcik?

Pertandingan? Perbandingan?

Kereta baru

"F, kau tak ada cita-cita nak beli kereta baru ke? Dah dekat 10 tahun kerja dok pakai kereta ni jugak"

Tanya SE suami aku suatu masa dulu.

Bab kereta ni, bak sini aku nak cerita.
Sekarang ni kami dah ada dua kereta. Tu pun satu je yang bergerak sebab aku pergi balik kerja naik tren. Yang tak bergerak tu macam lembu tambat je. Kesian sangat sebab tu kereta aku. Jadi dapatlah aku simpulkan bahawa tak ada keperluan lagi untuk kami beli kereta baru walaupun aku dah aim satu kereta ni sejak 3 bulan bekerja. Kereta lawa, suami aku pun suka sebab dia boleh bawak drift katanya.
See, kami pun ada cita-cita. Teringin nak itu ini macam manusia lain juga. Tapi aku yakin Allah akan datangkan apa yang aku minta tu tepat pada masa dan keadaannya, ikut timing Allah. Bukan ikut timing aku. Apa yang perlu kami buat sekarang adalah terus berusaha supaya Allah recognize ikhtiar kami.
Kalau selamanya nak ikut cakap orang, hidup kami akan jadi robot dan kerja nak memuaskan hati orang lain je. Habis perasaan kami nak campak mana?

Jadi apa sebenarnya yang kau cari dalam dunia ini, Dhiya?

Sanjungan? Pujian?

Dunia ini bulat.

Aku jumpa banyak orang macam ni di luar sana.

Ada orang yang tak suka pilihan anaknya hanya kerana bakal menantu tu orang kampung, bukan siapa-siapa. Siap keluarga bakal menantu tu pun dilekehkannya.

Aku jumpa sejenis mertua yang tak suka menantu sampai menantu hulur tangan pun dia boleh berlalu sepi macam tu je.

Aku jumpa pemandu kereta besar yang dengan berlagaknya tukar lane tak bagi signal dan siap angkat jari tengah lagi pada kami kononnya sebab tak bagi ruang pada kereta dia.

Aku jumpa orang yang di dalam lif, di saat lif sudah hampir nak tertutup tapi dia nampak ada orang sedang berkejar nak masuk- Dia boleh tekan close button tu selamba.

Apa yang mereka cari dan dapat dengan berbuat macam tu? Puas je? Puas tu dapat time tu je. Selebihnya- Kita tak tahu kut esok-esok, orang yang dibenci tulah yang akan bantu kau balik di saat kau dah tak mampu makan waima duduk sendiri.

Sebab dunia ini bulatlah, jangan selalu ingat kita sentiasa akan berada di atas. Esok lusa, kau di bawah- Barangkali kau dilenyek teruk sampai jadi lepat.

Jadi tanya balik diri
Apa sebenarnya yang kau cari dalam dunia ni?

So called tazkirah Jumaat
Untuk betulkan diri aku yang gelong juga

Dhiya

Februari 2017


Bismillah

Pejam celik
Pejam celik

2017 sudah masuk ke bulan yang kedua. Macam baru semalam set azam tahun baru, tup-tup dah sebulan berlalu. Jadi apa khabar azam tahun 2017 anda? Semoga masih segar dan terus bersemangat!

Saya bercuti hari ni bersempena Hari Wilayah. Tak signifikan sangat pun pada saya, tapi seronoklah juga sebab saya dapat cuti panjang sejak Jumaat lepas sempena CNY. Huhuhu! Kami balik ke Pahang dan balik semula ke KL Isnin lepas sebab suami saya kerja (He's working in Selangor). Jadi dua hari saya di rumah ni, sakanlah mengemas dan dalam masa yang sama dapatlah sedikit me time (mostly doing house chores~)

Kami memang tak ada rancangan untuk melancong pun sempena CNY ni sebab
1. Musim cuti memang tak ada hotel murah, lagipun ramai orang~
2. Musim hujan, musim banjir
3. Minggu depan kami akan travel (February allocation) kononnya...

Kehidupan 2017 kami setakat ni OK. Cuma suami saya masih sibuk dengan projek dan tender. Kadang-kadang balik lambat. Tapi mujurlah dia pandai bahagikan masa kalau ada waktu terluang. 

Kadang-kadang saya rasa apa yang saya tengok dalam drama TV3 tu betul-betul wujud dalam dunia sebenar.
- Kerja dunia tak pernah habis
- Orang tak suka kalau kita senang atau bahagia
- Mulut orang boleh kata apa saja
- Orang sabar selalu kena buli, in the end baru dapat kegembiraan
- Orang jahat akan dapat balasan

For real

Untuk bulan Februari ni, saya akan sibuk sikit dengan training dan pembentangan. Bulan yang agak mencabar sebenarnya. Doakan saya.
Momentum untuk menulis tu ada, tapi terasa macam terumbang ambing sikit :(
DDD dah tak happening macam dulu kan~ Itu saya kena mengaku. Dulu, sibuk belajar dan dalam pada siapkan tesis pun, saya sempat curi masa kemaskini blog. Sekarang? Krik krik krik sangat.

Nak dapatkan seseorang untuk bantu saya buat re-branding DDD pun, masih buntu. Saya nak tukar layout dan standardize kan blog ni je. Nak tunggu tuan tanah yang buat? Entah bila. Bahan cerita banyak sangat menunggu. 

Doakan saya diberi keberkatan masa 24 jam tu supaya boleh terus dengan hobi saya yang satu ini.

Salam sayang, 
Dhiya